Assalamualaikum...
salam Jumaat yang mulia.........
Sekadar perkongsian ilmu......
Mari lihat bagaimana untuk mengecapi kegembiraan dalam hidup, walaupun berada di dalam keadaan yang serba kekurangan.
10 Panduan Hidup Gembira
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.
10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
Semoga ianya bermanfaat buat anda.
Semua org nak bahaga nomie... tapi kalau boleh bahagia jgn susahkan org lain.
ReplyDeleteCantik tips yg diberi...
insyaallah semoge perkongsian akak dpt memberi manfaat pada kite semua...
ReplyDeleteterima kasih kak!
moga kebahagiaan jd milik kita...thanks utk tips ni...
ReplyDeletesenyum..tak perlu kata apa2..hehe
ReplyDeleteinsyallah....:)
ReplyDeletealhamdulillah...info yg baik utk kita semua.
ReplyDeleteterasa diri begitu kerdil..thanks kak normi..insaf jap..hehehehe
ReplyDeleteterima kasih kak berkongsi ilmu yg hebat ni...
ReplyDelete... living in life with joy and contentment in life is the best choice of a person... Nice sharing this message...Smile...
ReplyDeleteUniforms
TQ sharing dikk
ReplyDeleteinsyaallah semoga dijadikan panduan buat kita semua ;)
InsyaAllah kalau kita ikut panduan nie tentu kita gembira :)
ReplyDeletesalam;
ReplyDeletesama2lah kita berubah kearah kehidupan yang lebih baik,gembira dan sejahtera.
insyaallah
ReplyDeletesemoga kebahgiaan kan menjadi milik kita semua
insyaallah =)
Kadang-kadang walau bdendam, lebih baik kita lepaskan kan dendam tu? Itu menunjukkan yang kita ni redha dengan ujian.
ReplyDelete