Assalamulaikum...
Apa punya manusia la buat anak kecil macam tu... gerammmm ni... apa dosa anak tu pada manusia berhati binatang tu.... kejam kejam kejam...
Semoga kes2 macam ni tak akan terjadi lagi di masa akan datang.... ya Allah sudah tak selamat kah persekitaran masyarakat kita.... sesungguhnya kita tidak mengetahui siapa baik dan jahat di kalangan manusia diluar sana... semoga kita akan berhati-hati... minta perlindungan dari Allah....
Dirang dibunuh, bakar
(petikan dari BHarian)
2012/03/13
JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, (kiri) yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25. Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.
Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa.
Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu.
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.
Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan.
Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya,
Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya.
Roslan berkata, tempoh tahanan reman empat suspek termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan Khamis lalu, dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.
Katanya, bapa kandung mangsa ditahan sehingga 19 Mac ini manakala tempoh penahanan tiga lagi suspek termasuk sepasang suami isteri disambung sehingga 16 Mac.
Masa dengar berita ini malam tadi nomie luruh airmata kakak... mesti ada kes berat hingga melibatkan bapa kandung sendiri kan nomie...
ReplyDeletesedih dgn kejadian ni..sbnrnye dlm kes ni, ibu mangsa yg bersalah..tp kita bkn nk cari slh sape2..cuma nak ibu bapa sedar yg kes seumpama ni dh bnyk berlaku..jdkanlah panduan dan pengajaran..ni dh terhantuk baru nk tergadah..dh jadi baru nk menyesal..semoga arwah dirang ditempatkan di syurga firdausi..semoga SI PEMBUNUH syaitonirrajim dpt balasan yg setimpalnya..
ReplyDeletemode: sedih!
mmg sedih kak...terganggu emosi keibuan kite kan....
ReplyDeletesemoga kite semua mendpt pengajaran setimpal tuk kite2 kaum ibu bapa supaya tak simply lepaskan anak beli barang....pada pembunuh yg syialll tu harap2 dpt le pembalasan yg setimpal....
sedih sungguh..
ReplyDeletepagi tadi masa antar anak2 kat rumah kakak pun.. bila diorang nak lambai.. dari dalam kete jerit suruh diorang masuk rumah.. haish... yelah benda yg tak disangka ni tak tahu bila2 boleh berlakukan..
semoga pembunuh tu dihukum dengan hukuman yang setimpal.
saya pun sedih sayu geram sakit hati semua ada dgr bierita ni....semoga kejadian ini tak berulang..
ReplyDeletemmg sedeh sgt baca citer ni...tak sangka menda camni blh berulang lagi.....al fatihah utk arwah...
ReplyDeletebetul tu kak..mlm td Alin dgr berita rasa sakit hati sangat. Biar Allah yg membalas
ReplyDeletesedih setiap kali mendengar berita mcm ni...t'ingat pulak kat kes nurin dulu... knp ada manusia yg kejam mcm ni..apa lah salah n dosa anak tu... :(
ReplyDeletesemoga roh adik Dirang tenang disana -al-fatihah
mmereka ini sungguh kejam ;(
ReplyDeletesadih & pilu dgr berita ni smlm..menitis air mata...napalah manusia semakin kejam..
ReplyDelete