Followers

Saturday, July 30, 2011

:)...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK...
DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA...
SEMOGA KITA SEMUA DIBERI KEBERKATAN DIDUNIA DAN AKHIRAT...

Wednesday, July 27, 2011

Buku resepi sempena ramadan....

Assalamualaikummm....

Ada sihat ka kawan2... harap ok jer... tarak sakit2 insyaallah... esok, lusa, tulat tak posa lagi...tonggeng (isnin 1/8/2011) insyaallah kita berpuasa bagi umat2 islam sedunia... hehe... "tonggeng" ada besa dengar tak???... tu orang-orang dulu dok sebut kalau kira hari... hehe...

kali ni nak cerita pasal buku resepi kuih yg baru jer saya beli pukul 8.30 pagi tadi.... panas lagi tu...dok ciwi la ni... masa pegi kantin untuk beli sarapan tadi tengok ada jualan buku... berhenti dok belek2 buku kat situ terpandang la buku-buku masakan... macam2 jenis buku masakan yang ada.... sambil tu terus terfikir dah nak puasa minggu depan... apa kata beli satu buat rujukan masak memasak... so amik satu buku "Senangnya Memasak - Kuih Kukus".... macam-macam ada jenis kuih kukus dalam buku tu.... kan kuih kukus ni sesuai untuk berbuka puasa.... tgk bahan-bahannya pun mudah jer.... ikut rajin buat dan tak rajin jer... hehe.... semangat berkobar2 ni....

taraaaa ni bukunya... nipis jer....RM5 satu... Chefnya tak lain tak bukan Chef Hanieliza.... kalau diikutkan banyak resepi yang ada dalam buku tu....hanya yang menjadi pojaan hati jer yang saya masukkan di sini... hehe...

muka depan buku...

Kuih Kiswi Pandan...

Alahai Kuih Badak Berendam... badak hijau...hehe


my favorite Kuih Lompang gula merah... yang pandan pun ada....

Kuih Lopes... skali skala makan sodapp ni...

Makkk oiii sedap kuih ni...kuih seri muka...

Nak try buat ni... kot2 menjadi...hehe... selalu dok tengok kat bazar ramadan jer...
Kuih Lompat Tikam... apa yang lompatnya pun tak tau... kot makan jer terlompat sebab sedappp...hehe

Kuih Talam Gula Merah.... sedappp ni... kuih talam ni mcm2 ada seperti Talam Kacang Merah...Talam Kacang Hijau...Talam Jagung.... Talam Cendul...


Menu-menu kuih diatas ni hanya sebahagian je... banyak lagi kuih kukus yang ada seperti Kuih Lapis warna-warni... resepi kek kukus.... resepi muffin... resepi Kiuh Paun pun ada.... berbaloi kalau beli buku ni....

Tuesday, July 26, 2011

rindu baby tecik ni...

Assalamualaikummm...

sajaaaa ja nak bagi tau korang semua saya rindu baby tecik ni... dah 3 kali tengok baby ni... ni anak sedara saya yang saya war-war kan baru-baru ni... dah satu bulan satu minggu umur baby ni... gerammm...

dah mutak baby tecik nii...
gambar ni masa balik kampung minggu lepas...

Monday, July 25, 2011

Besarkah Nilai Pengorbanan Isteri?

Besar atau kecilnya nilai sesuatu itu selalunya akan terasa bila ia
hilang atau sudah tiada……….

Dengan sekian banyak perkara yang isteri lakukan untuk suami, sepatutnya suami adalah orang yang paling tahu dan paling faham akan pengorbanan isterinya. Malah bukan sekadar faham, tetapi juga paling banyak memberi penghargaan kepada isteri atas segala pengorbanan si isteri.

Bagaimana hendak mengukur besarnya nilai pengorbanan isteri? Bagaimana pengorbanan isteri ini hendak dirasakan oleh suami sebagai pengorbanan? Besar atau kecilnya nilai sesuatu itu selalunya akan terasa bila ia hilang atau sudah tiada. Misalnya, berharganya nilai kesihatan dalam hidup akan benar-benar dirasai waktu ditimpa sakit. Kerana itu dikatakan bahawa ‘mahkota’ sihat hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit. “Kesihatan adalah ibarat mahkota yang terletak di atas kepala orang yang sihat, tetapi tiada yang dapat melihatnya kecuali orang yang sedang sakit,”, demikian kata hukamak. Kalau begitu, nilai pengorbanan isteri akan benar-benar dirasai hanya bila isteri tiada di sisi atau terlantar sakit. Waktu itu suami akan benar-benar terasa kehilangan. Terasa seperti putus sebelah tangan atau pincang sebelah kaki. Sebab itu ramai suami yang cukup bimbang jika isteri sakit. Siapa hendak hidangkan makanan, siapa hendak sediakan pakaian waktu hendak pergi kerja, siapa hendak uruskan anak-anak, siapa hendak buat itu dan buat ini. Waktu itu suami akan sangat berterima kasih kepada isteri yang selama ini membantu membereskan banyak urusan dan melakukan pelbagai kerja di rumah.

Baru terasa bahawa si isteri yang dianggap mempunyai banyak kelemahan atau kekurangan itulah yang menjadikan kehidupan suami lebih terurus. Dalam serba kekurangannya, si isteri itulah yang menjadi penyeri dan pelengkap dalam rumah tangga. Bila dia tiada di sisi, hilang segala seri. Terasa pincang perjalanan rumahtangga. Waktu itu baru terasa bahawa tidak patut isteri ini dimarah-marah kalau dia buat silap.

Sedikit ‘demerit’, kesalahan atau kealpaan yang dibuatnya tidak patut membuatkan suami lupa pada segala susah payah dan pengorbanannya. Dan sepatutnya isteri ini sentiasa diberi kalungan penghargaan. Sebab itu, Rasulullah s.a.w tetap mengenangkan Siti Khadijah selepas ketiadaannya walaupun baginda telah berkahwin dengan Siti Aisyah yang lebih muda, cantik dan cerdik.

“Ya Allah selamatkanlah suami kami, sejahterakanlah kesihatannya. Permudahkanlah urusannya dengan sesama manusia. Jadikanlah ia hamba yang sentiasa mendamba kasihnya kepadaMu ya Allah. Tautkanlah sepenuh kepercayaan dan amanah antara kami bersama. Panjangkanlah umur suami kami, juga umur kami agar sempat kami mendidik generasi kami menjadi insane soleh.”

Para suami………Bukan mudah untuk kami menggadaikan maruah kalau bukan kepada kalian yang sah dinikahi. Pengorbanan ini hanya sanggup kami lakukan atas ikatan yang memang Allah muliakan…..Ketahuilah para suami, gembiralah hati ini bila berlakunya perubahan pada diri biarpun terpaksa memual loya berbulan-bulan. Meskipun kami tahu diri akan bertarung dengan maut di saat melahirkan, namum detik itu dinanti-nantikan dengan penuh gembira. Apa tidaknya, sesekali berbonjol perut disenggul siku anak dalam kandungan terasa indahnya menyaksikan kejadian Tuhan……………..

Air mata kami mengalir bila ada suami yang saban pagi sepanjang tempoh berpantang mengusap wajah isteri dengan tuala suam panas sambil menghulurkan batu tungku, “terima kasih di atas pengorbanan sayang. Terima kasih melahirkan anak kita.” Oh, alangkah bahagianya bila semua suami mengungkapkan kata-kata indah itu pada kami. Kalian rela membuangkan sejauh-jauhnya ego dan rasa malu dalam menutur bicara itu. Bukan kami mengharap dibalas emas berbungkal di atas pengorbanan ini tapi bisikan kasih, sayang itu cukup bererti buat kami.

Ya Allah….. Terasa agungnya kebesaranMu tatkala para suami menadah tangan memohon keampunan di atas kelemahan-kelemahan isterinya, meredhai jodoh yang telah diamanah untuk dididiknya, mensyukuri nikmat dan harga sebuah kesabaran sepanjang hidup bersama………

Wednesday, July 20, 2011

mana satu yg sedapppp...

Assalamualaikum...

Sihat-sihat ke semua kengkawan di sana sini... hehe ... saya sihat alhamdulillah... seminggu lagi kan kita semua nak berpuasa... dah ber sedia ke....dah abis ganti posa tu ke... moga dah selesai kan...
hari ni just nak wat n3 yang simple jer... memang pun selalu saya wat simple dimple n3 je...
2 menu di bawah ni mana satu sedapppp bagi korang??.... dah tak da kerja la saya ni... kuikui...

Spagerti ni buat petang semalam... dah abis pagi tadi buat sarapan....

ini meegi simple dimple minggu lepas punya..... hihi..

Monday, July 18, 2011

Tepung Bungkus...

Assalamulaikum..

Sapa-sapa yg suka kuih tepung bungkus sila angkat kening... bole ke???...hehe... saja ja tanya... kuih ni memang favorite tau.... tah-tah nak bulan puasa ni... layan kuih ni memang jadik la.... kat tempat saya panggil tepung bungkus bukan tepung gomak tau...hehe... tak tahu lak kat tempat lain... kuih ni kalau orang yang terror buat ja jadik sedappp... kalau kurang lemak santannya pasti tak jadik... ada 2 inti kelapa gula merah di tengahnya... ada sapa yang pandai buat???... mak-mak kita memang terror... saya memang jauh tak terror.... makan ja pandai... kihkih...

cuba tengok kuih ni... sedapppp... baru ja layan makan free kuih tepung bungkus ni tadi pagi... sapa-sapa nak rasa cuba cari kat warung/kedai kuih petang ni...



Sunday, July 17, 2011

INFO PASAL "SARDIN".. wallahualam betul ke tidak...

Assalamulaikum...

N3 kali just nak kongsi email yang saya terima baru ni jer... di sebabkan ramai kita-kita ni yang suka sgt menu "sardin"... saya pun suka jugak mkn sekali sekala... sedappp klu masak sambal sardin... tanya lah sapa2 pun mesti suka kannn... hehe..
Apabila terbaca artikel/cerita ni... takutt la pulak...ermmm macam mana tu????....


BARU KUTAHU BAHAYA SARDIN...

Kongsi kisah...

Assalamualaikum wbh...

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.


Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenarannya

WALLAHUALAM...

Thursday, July 14, 2011

puding karamel sedapppp...

Assalamualaikum...

Asyik tengok orang lain buat jaa... dok terliuq sorang2 tak jadik niii... resepi puding karamel kak Nani Rostam kita tu laaa... oleh kerna saya cuti rehat sbb mak pengasuh anak pergi hospital... maka petang2 ni tak dak kerja... teringat resepi berhantu tu terus capai bahan2 yang patut... mudah ja kan... tak pun berselerak dapur... hehe... kejap ja dah jadikkk... kiki.. apa la orang lain dah lama layan puding karamel ni... saya baru jaa cuba buat... hehe... menjadi gua tell u... kihkih... certengok..certengok..


nyummm...

Monday, July 11, 2011

McDonalds Double Cheeseburger - Buy 1 free 1

Assalamulaikum...

Pepagi masuk ofis jer on pc... tinjau-tinjau email ofis... dapat email dari kawan tempat keja yang baik hati beri coupon McDonalds... buy 1 free 1... boleh la klu nak layan lunch nanti... hehe... tempoh 3 hari jer (11 -13 July) Malaysia Only!

sila la print klu nakkkk...

Thursday, July 7, 2011

Petua Tumit Kaki Pecah..

Assalamulaikum...

Hari Jumaat yg indah dan mulia ni saya nak kongsi petua jer… tarak n3 bagus dah… besakan banyak geng wanita macam kita ni ada problem tumit kaki merekah… saya pun ada problem ni… hehe.. hari2 masa mandi berus tumit dengan berus sabut… kihkih… kasi sental tumit kaki… saya ronda2 internet ada jumpa petua untuk mengatasi tumit kaki merekah… bolehle cuba anytime… follow yer…


Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

Wednesday, July 6, 2011

cuti sambil tu layan laguuu...

Assalamulaikum..

hari ni penang cuti la... penang sambut hari warisan... saya lepak rumah jer kot... hubby kerja... pagi2 buat roti bakar kat anak2... lepak layan fb...layan blog... anak2 pulak layan PS2.. layan Tv... hehe... banyak beno layan yer...

saja nak kasi korang layan lagu ni... lagu ni betul best tau... Lagu tema cerita TV3 "Anissa"...

Sunday, July 3, 2011

Tonton "Transformers Dark2 of the Moon"... best betoi...

Assalamualaikum...

Selamat berweekend untuk semua rakan2... sabtu kami pagi-pagi lagi dah bangun pagi bersiap-siap nak pergi tonton transformers... Adam dan Arfan nak sangat tonton Transformers ni.. berkali2 ajak pegi tengok... padahal baru ja di tayangkan... malam sabtu check online tengok ada show pukul 11.45 pagi... oleh kerana Adam tak der kelas KAFA hari sabtu tu so kami pun plan nak tengok show pagi tu... kami tengok di GSC kat Sunway Carnival Mall... sebelum tu kami pegi sarapan roti canai dan teh tarik dulu untuk kenyangkan perut.... sampai sana baru pukul 10 pagi... GSC tu pun baru buka... kaunter buka jer terus beli tiket... nasib baik masih ada lagi tiketnya... mak oii!!! dah penuh tau untuk show pagi tu... ramai yang beli online dan ada yang beli hari sebelumnya... Beli 4 seat untuk 2 dewasa dan 2 budak... lawaknya Si Arfan tu nampak macam excited nak tengok transformer.. macam beria-ria sangat tapi bila mula nak masuk panggung dia buat hal takut pulak.. siap suruh abahnya dukung.. peluk abah dia takut katanya... muka mcm nak nangis ja... last2 arfan tak mau duduk sorang di seat dia... nak mama jugak yang kena pangku dia... seat tu buat beg mama ja yang duduk... mulut dia asyik sebut mama bila nak abis ni???.. lambat lagi ka???... sebenarnya arfan ni fist time masuk panggung wayang... hehe...

sebelum tu kami ronda-ronda dan posing-posing ngan si "optimus Prime" dulu... anak-anak saya tu dah boleh hafal nama2 robot dalam transformers tu... tu la penangan filem yang hebat ini... hehe...

layan foto kami anak beranak ni ok...

3 of us...

Arfan ni peminat fanatik Bublebeee... gambar ngan optimus prime pun jadi la...

Adam n Arfan yg syok sgt citer Transformers... siap suruh beli DVD lagi...
Related Posts with Thumbnails