Followers

Sunday, February 28, 2016

29 February 2016 (Tahun Lompat)....

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Hari ni dalam sejarah... 29 February 2016 adalah Tahun Lompat....

Akak dulu2 x der ambik kisah pun tahun lompat nih.... bagi akak sama jer... hehe
mungkin kisah kot kalau mak, abah, kakak, adik2, suami dan anak2 yang lahir tahun lompat.... maklum ler sambut besday 4 tahun sekali... kesian kan....
4 tahun baru dapat potong kek besday..... hahaa

 
Sedikit info yang akak google mengenai 29 February Tahun Lompat..

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyaiangka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 199219962004kecuali tahun-tahun abad.
Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (180019002000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.
Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.
Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.
Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.

Tahun biasa mengandungi 365 hari dalam setahun sementara tahun lompat pula mengandungi 366 hari dengan ditambah 1 hari pada akhir bulan Februari.

Taqwim hari ini berasaskan kepada pergerakan bumi mengelilingi matahari. Satu pusingan lengkap bumi mengelilingi matahari disebut sebagai satu tahun suria.

Kalendar yang digunakan kebanyakan negara pada hari ini adalah calendar Gregorian iaitu mengambil sempena nama Pope Gregory (1502-1585).Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuat pembetulan terhadap kesilapan dalam Taqwim Julian.

Kenapa Wujudnya Tahun Lompat? 
Kewujudan tahun lompat adalah bertujuan memperbetulkan masa. Bumi mengelilingi matahari dalam 365 hari setahun, namun ia bukan betul-betul tepat dengan angka tersebut Tempoh bumi mengelilingi matahari adalah sekitar 365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan di antara 1 tahun mengikut Taqwim Gregory dengan 1 tahun suria sebanyak ¼ hari.

29 Februari adalah hari yang ke-60 dalam tahun lompat. Hanya ada 306 hari sebelum memasuki tahun seterusnya. Tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Tarikh ini berlaku hanya 4 tahun sekali dan berlaku dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagi dengan empat tanpa ada berbaki seperti 1992, 1996, 2004 melainkan tahun-tahun abad.

Kaedah Mengetahui Tahun Lompat 
Tahun abad adalah tahun yang berakhir dua angka sifar seperti 1700, 1800, 1900, 2000 dan lain-lain tidak dikira sebagai tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa ada baki. Ini bermakna tahun 2000, 2400, 2800, adalah tahun lompat akan tetapi 1800, 1900, 2100, 2200 2300 bukanlah tahun lompat. 

Contoh 1:
Tahun:
2012  ÷ 4 = 503
2016  ÷ 4 = 504
2020  ÷ 4 = 505

Penjelasan: Setelah 2012, 2016 dan 2020 di bahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor bulat yang tidak berbaki iaitu tiada sebarang titik perpuluhan (503, 504 dan 505). Jadi tahun 2012, 2016 dan 2020 adalah tahun lompat.

Contoh 2:
Tahun: 
1999 ÷ 4 = 499.75
2001 ÷ 4 = 500.25
2010 ÷ 4 = 502.5

Penjelasan: Setelah 1999, 2001 dan 2010 dibahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor pecahan iaitu terdapat baki . Jadi tahun 1999, 2001 dan 2010 adalah bukan tahun lompat.

Manakala bagi tahun abad seperti 1700, 1800, 1900 dan 2000 jika boleh dibahagi 400 ia adalah tahun lompat.

Contoh tahun:
1700 dibahagi 400 mempunyai baki ( 4.25 ), ini bukan tahun lompat.
Tahun 2000 boleh dibahagi 400 dan tiada baki ( 5 ), tahun 2000 adalah tahun lompat.

Tahun 2008 dan 2012 adalah tahun lompat sebelum ini....

GraphicRiver Calendar 2016 13579787


Note: Ada tak sesiapa yang sambut hari lahir pada 29 February hari ni... akak ucapkan "Selamat Hari Lahir"... semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....Aamiin...:)  

Wednesday, February 24, 2016

Drama Uda Dan Dara....

Assalamualaikum...

Hari ni akak nak kepoh sikit mengenai drama baru yang ke udara setiap petang di astro Maya HD 135 @ Prima.... abis jer cerita yang akak dok follow Memori Cinta Suraya.... akak terminat pulak nak follow cerita Uda dan Dara.... heheee.... nampak sangat akak suka layan cerita cinta2 dan feeling2 gitu.... hahaaaa.... akak kalau x sempat nak layan cerita ni....akak record jer simpan.... bila2 free akak tengok la....


Bawah ni ada sedikit sinopsis kisah Uda dan Dara....ceritanya macam best je.... pelakon2nya pun hebat2 jugak.... kita layan jer la....hehe

Sinopsis Penuh Versi Novel Uda dan Dara 

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, mak cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

cover novel

Bertahun terpisah, akhirnya mereka bertemu semula. Pertemuan yang tidak disangka langsung oleh Siti Mariam. Dia marah pada pertemuan ini. Dia marah pada lelaki itu yang senang-senang menghina dirinya.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Dalam benci ada sayang. Ya, sesungguhnya dia masih menyayangi lelaki itu. Bertapa payahnya membuang sayangnya pada lelaki itu. Di saat Izzat Hilman melafaz cinta untuknya, hatinya berbunga riang namun untuk membalas dengan ungkapan serupa, Siti Mariam tak berani membalas dengan ungkapan yang sama. Dia masih keliru. Masih sangsi dengan perasaannya sendiri. Dia takut kecewa andai hati telah penuh cinta untuk Izzat Hilman. Berbelah bagi antara cinta dan sangsi.

Kehadiran Kak Yah bersama amanah arwah ibu mereka menambah lagi kekusutan yang ada. Dan kehadiran Khalidah bagai satu petanda yang dirinya bukan pilihan keluarga mereka. Siti Mariam tak nampak jalan untuk dia bahagia bersama Izzat Hilman. Lalu, dia menjauhkan diri. Melarikan diri dari semua ini. Juga dari Izzat Hilman.

Cadangan Abang Omar dan Kak Aida boleh diterima pakai. Berpisah apabila masing-masing sudah bersedia untuk berpisah. Berpisahlah dengan cara baik. Itu adalah cara yang paling bijak untuk menagani masalahnya sekarang. Siti Mariam nekad. Dia bersetuju kembali kepangkuan Izzat Hilman dengan syarat mereka akan berpisah apabila tiba masanya. Tujuh bulan. Itu masanya. Izzat Hilman setuju dalam keterpaksaan. Namun janjinya pada dirinya sendiri, dia akan memastikan yang Siti Mariam akan terlupa pada permainannya ini.

Hubungan mereka bertambah erat. Cinta bertambah mekar. Siti Mariam tak nampak cara untuknya berpisah dengan Izzat Hilman. Namun yang pasti perasaannya terhadap Izzat Hilman tak mampu dikawal lagi. Cintanya makin mendalam pada lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Siti Mariam di duga dengan dugaan yang tak tertanggung olehnya. Ayahnya muncul kembali setelah menghilangkan diri sekian lama. Muncul bersama hutang piutang yang tak terkira banyaknya. Dia diburu oleh ah long. Permasalahan itu semakin mengeratkan hubungan di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman. Siti Mariam perlukan seorang penjaga untuk menjaga keselamatannya dari diburu oleh ah long.

Tindakan kejam lintah darat itu semakin menjadi-jadi. Siti Mariam dijadikan mangsa. Izzat Hilman semakin bimbangkan keselamatannya. Kerana terlalu ingin menjaga, Izzat Hilman melamar Siti Mariam. Ingin mengahwini Siti Mariam. Tetapi permintaan Izzat Hilman itu ditolak mentah-mentah oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu mereka berkahwin di atas alasan ini. Tidak sama sekali.

Tanpa disangka Izzat Hilman melakukan sesuatu yang diluar dugaan Siti Mariam. Dia sanggup menjualkan tanah pusaka milik orang tuanya semata-mata untuk melunaskan hutang abah Siti Mariam. Dia tidak mahu keluarga Siti Mariam diganggu lagi. Terutama Siti Mariam. Dan dia mahukan Siti Mariam menjadi isterinya. Siti Mariam terkejut dengan perbuatan Izzat Hilman itu. Dia merasakan dirinya dibayar untuk menebus sebuah budi.

Sudah tersurat jodohnya bersama Izzat Hilman. Walau apa pun sebab nya, kini Siti Mariam sah menjadi isteri Izzat Hilman. Siti Mariam pasrah jika ini suratan takdir baginya. Dia mengharapkan agar kebahagian menjadi miliknya jua nanti.

Bahagia yang di sangka bakal mucul terhalang jua oleh kerenah Kak Yah. Ada-ada saja perbuatan dan kelakuan Siti Mariam yang jelik pada pandangan matanya. Belum termasuk kata-kata penghinaan dan sindiran yang sengaja ditujukan padanya. Di depan Izzat Hilman, sikap Kak Yah lain di belakangnya Kak Yah mengambil kesempatan membuli Siti Mariam. Tak cukup dengan itu, Kak Yah sengaja memanggil Khalidah supaya Khalidah sentiasa berasa di sisi Izzat Hilman. Segalanya di pendam oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu ada perselisihan faham dan pertengkaran di antara suaminya dengan kakak iparnya. Biarlah dia yang menanggung semua sengara itu kerana dia sedar yang dia bukan menantu pilihan keluarga Izzat Hilman.

Kepulangan Kak Yah ke Labuan seakan kelegaan buat Siti Mariam namun perhubungannya bersama Izzat Hilman tetap begitu. Dingin dan sepi. Seolah-olah mereka seperti orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Perhubungan dingin mereka bagai dapat di hidu oleh keluarga Siti Mariam namun masing-masing tidak mahu campur tangan dalam urusan rumah tangga nya.

Namun siapa sangka dingin yang melanda mereka boleh berubah sekelip mata. Akhirnya Siti Mariam kembali dalam dakapan suaminya, Baru dia sedar selama ini Izzat Hilman tidak pernah membiarkan dirinya keseorangan. Siti Mariam baru merasa bahagianya menjadi seorang isteri yang disayangi oleh suaminya.

Kehadiran Kak Yah kembali merobek kebahagian mereka. Pembohongan Izzat Hilman di persoalkan Kak Yah. Siti Mariam lah punca segala kekalutan. Siti Mariam berasa di khianati oleh suaminya sendiri. Perbuatan Izzat Hilman semakin menyukarkan hubungan di antara Siti Mariam dan Kak Yah. Siti Mariam kembali membenci suaminya sedangkan apa yang dilakukan oleh Izzat Hilman adalah untuk kebaikan Siti Mariam juga.

Selepas berlakunya pertengkaran di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman, masing-masing membawa haluan sendiri. Tanpa di duga Siti Mariam keguguran setelah jatuh tangga. Izzat Hilman menuduhnya sengaja menggugurkan kandungannya kerana marah dan benci padanya sedangkan Siti Mariam tidak mengetahui langsung yang dirinya sedang mengandung. Izzat Hilman tidak mengendahkan rayuan Siti Mariam. Sekali lagi Siti Mariam di biarkan sepi.

Keadaan anak Kak Yah semakin kritikal. Dia perlukan darah segera namun pihak hospital tiada stok darah seperti itu. Siti Mariam yang dibenarkan keluar hari itu, membuat keputusan untuk mendermakan darahnya tanpa pengetahuan sesiapa dan dia juga tidak berniat untuk memberitahu sesiapa akan hal itu.

Sesampainya dia dirumah, pertengkaran tercetus lagi. Antara suaminya, Izzat Hilman dengan Kak Yah. Kak Yah memujuk Izzat Hilman mengambil Khalidah sebagai isteri keduanya. Bagai halilintar menyambar sanubari Siti Mariam tatkala mendengar kata-kata Kak Yah. Di lihatnya suaminya tertunduk mendiamkan diri. Siti Mariam tahu yang Izzat Hilman telah termakan kata-kata Kak Yah. Siti Mariam nekad. Dia harus keluar dari rumah ini.

Izzat Hilman termanggu bila melihat Siti Mariam mengemaskan barang-barangnya. Dia menghalang Siti Mariam pergi dan buat pertama kalinya Siti Mariam melihat suaminya, Izzat Hilman menangis di sisinya. Ternyata cinta antara mereka masih ada. Walau marah macam mana sekali pun, cinta mereka tetap utuh. Siti Mariam yakin kini, cinta Izzat Hilman hanya untuknya. Dia mempercayai suaminya. Percaya sepenuh hati.

Akhirnya segala permasalahan terungkai jua. Kak Yah menyesal kerana terlalu mengikut kata hati. Dia sungguh tak sangka yang Siti Mariam sanggup menderma darah kepada anaknya tatkala Siti Mariam banyak kehilangan darah akibat dari keguguran. Izzat Hilman juga seakan tidak percaya pada kesungguhan Siti Mariam membantu anak saudaranya sedangkan dirinya di dalam kesakitan juga. Siti Mariam bersyukur kerana segalanya berakhir dengan kegembiraan dan lebih bermakna lagi semenjak Arif Hilman hadir dalam hidupnya. Dialah pelengkap rumahtangganya bersama Izzat Hilman. Bahagia di rasakan lebih manis berbanding dahulu. Tamat ...


Tajuk: Uda dan Dara
Jumlah Episod: 65
Tarikh mula: 24 Februari 2016, Isnin - Jumaat 6 pm
Novelis : Aisya Sofea
Pengarah: Ejump Zahir
Terbitan: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Zul Ariffin, Siti Saleha, Idris Khan, Dilla Ahmad, Anis Al-idrus, Dynas Mokhtar, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Sherry Merlis, Nazia Mustafar, Atiqa Farhana, Shahrul Nizam, Balkisyh Semundur Khan, Putri Damia, Dania Syafi, Firdaus Ghufran, Amai Kamarudin, Shakilla Khoriri, Tash Yong





Tuesday, February 23, 2016

Menu Hujung Minggu...

Assalamualaikum...

Macam lemau jer badan ni sebab cuaca panas sekarang ni .... apapun hari ni akak nak cerita pasal menu hujung minggu lepas akak.... boh kat blog boleh gak buat kenang-kenangan..... bila time boring2 tengok balik menu2 kat blog...boleh kasi idea kan..... hahaaa....


Hari Sabtu entah kenapa tiba2 jer teringat laksa kuah lemak mak akak di kampung... 
mak akak kalau menu laksa mesti masak kuah lemak... 
selalu sangat dah dok masak kuah belacan jemu dah....
kali ni nak try kuah lemak pulak.... 
kuah lemak ni boh santan dan guna serbuk kari ikan.... 
memang terkenal di belah utara sini.... 
selalu akak makan mak masak jer... 
first time akak cuba sendiri...alhamdulillah menjadi.... 
dapat pujian suami dan anak2.... heheee.... 
kembang hidung akak....kihkih.......

see u all laksa kuah lemak akakkk.... hehee 





Tengok balik terus leleh ayaq lioq... padan muka sendiri tayang sendiri teringin....hahaa
makkkk rindu laksa kuah lemak makkk....huhuuu




Hari Ahad pulak tiba2 teringin nak makan kek pisang.... 
tanya anak2 nak kek pisang tak???....semua okey jer....
ketung-ketang kat dapur.... jeng-jenggggggggg siap kek pisang.... 
selalu buat pisang emas.... 
kali ni guna pisang berangan....
petang Ahad sebelum keluar lepak tepi pantai...
layan dulu kek pisang dengan teh O....




Kek pisang ni sedap lagi dari yang kita beli dari kedai atau supermarket tau.... Anak2 suka.... :)




Note:  Pening nak cari kursus/seminar untuk tahun 2016.... kursus/seminar pun dah berkurangan sekarang ni.... harapkan kursus/seminar dalaman jer la..... jadik ler.....:(

Thursday, February 18, 2016

Naik Gunung Jerai....

assalamualaikum...

Februari x dak entry lagi... kata nak rajin update blog kennnn.... heheee...janji tingggal janji la.... :p
Sebelum munculnya bulan mac baik buat2 rajin cerita pasal pegi jalan naik Gunung Jerai masa cuti Chinese New Year baru2 ni....

Plan nak naik gunung jerai lama dah... cuma masa x mengizinkan lagi.... balik kampung dok nampak jer gunung jerai melambai2... hehee.... kata orang kedah mestila nak merasa jugak naik puncak gunung jerai kan.... akhirnya dapat jugak naik ke sana....

Cara naik ke puncak gunung jerai ada 2 3 cara jugak... ikut la nak cara mcm mana pun.... ikut kemampuan kita.... memandu kereta sendiri ke sana atau naik van sewa yang ada di kaki gunung.... selain tu ada jugak yang bermotor, berbasikal dan berjogging/jalan kaki.... akak naik kereta sendiri..... senang.... tapi pastikan kereta kita berfungsi dengan baik.... sebab jalan berliku-liku....kona baring ok.... jalan sempit.... kena berhati2.... nak berselisih sesetengah tempat kena slow dan berhenti beri laluan pada kereta lain.... itulah pengalaman akak naik kesana.... akak dah la penakut.... dalam kereta mulut bising.... kejap2 suruh cik abang hati2 bawa kereta.... kejap2 tanya abang ok ke..... baik2 ye bang..... slow2 bawa kereta bang...hahaaa..... mai tang kona baring siap jerit2 akak dan anak2... jerit2 sebab seronok ke takut ke sama banyak.....hahaaaaa.... 12 km naik kesana macam 30 km.... lama nak sampai.....kihkih.....

Sampai atas puncak gunung.... bangga sangat sebab dapat juga jejak kaki ke sana.... sebeb dapat naik gunung tertinggi di Kedah tau.... heheee.... macam la akak mendaki guna kaki bangga sangat tuh.... padahal naik kereta jer pun....kihkihhhh....

Atas gunung jerai ada The Regency Hotel.........chalet2 yang cantik.... bangunan hotel cantik....Taman Herba.... landscape yang cantik....pokok2 bunga.... dapat hirup udara segar..... nyaman.... yang best sekali dapat tengok pemandangan yang cantik dari atas..... luas sangat bila pandang kat bawah tu....... sayupppppp je....:)

Macam biasala acara ambik gambar banyak2.... gambar pakai snap jer.... anak teruja sampai nak bergambar pun mcm2 alasan..... huhuuuu

Layan jer la gambar2 di bawah ni... kalau ikut tu banyak lagi.... banyak sangat pulak nak letak di sini....hehe

Korang yang datang Kedah jangan lupa ke Gunung Jerai nohhh....:)


































































Selepas ronda2 tengok pemandangan cantik... tengok bunga2.... tengok pokok herba.... kami singgah ke Muzium Perhutanan pulak....sayang dalam muzium gambar tak boleh ambik.... gambar kat depan muzium jer la....















 Note: Cuaca panas sekarang ni anak2 jadi tak sihat.... demam... batuk...selesema...sakit tekak melanda.... semoga cepat sembuh ye anak2....:(

 
Related Posts with Thumbnails