Followers

Thursday, September 13, 2012

Gambar Raya 2012 akak sekeluarga...

Assalamualaikummm...

Pa kabor semua??... lamanyaaaaaa (kasi panjang sket sbb lama sgtkan) tak ke udara di alam maya... masih sihat lagi akak ni... cuma jalan jer x boleh lelaju sgt... mcm itik pulang petang dah gayanya.... rasa itik laju sket dari akak...hehe... malas sebenarnya nak update blog suam2 kuku akak ni... walau malas update baca blog korang semua tetap hari2 acara wajib bagi akak... syokkk baca kisah raya korang semua... akak pun tah macam mana gatai jugak tangan ni nak upload gambar raya akak sekeluarga yang tak seberapa ni.... lagi pun dah basi gambar tu dalam draf.... hehe.... raya pun dah nak abis 2 3 hari lagi... so akak amik kesempatan ni kasi gambar 2 3 keping buat kenangan dalam blog akakkk ni...:)


kami sekeluaga... arfan tak der mood bergambar masa ni...

berdua...:)

bertiga... dalam perut ada lagi...hihi

rasa mcm panten baru masa ni...hihik

satu2nyer gambar famili yang ada tuk raya 2012...nasib baik ada...


Tuesday, August 14, 2012

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FiTri...

Assalamulaikum...

Dikesempatan ini akak dengan ikhlas hati memohon maaf kepada semua geng alam maya akak yang memang sangat sporting morting sekiranya ada terkasar bahasa dan laku... cayang u all semua...hehe... kad raye tak der ok... malas nak load kat sini...memang dah dasar akak ni pemalas (sejak mengandung ni le)....huhuuuu....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN...

BERHATI-HATI KETIKA BALIK KE KAMPUNG MASING2...

SEMOGA LEBARAN KALI INI MEMBERI SERIBU MAKNA BUAT KITA SEMUA....


DARI: Normi, Nadzri, Adam, Arfan.... :)))))))

Tuesday, July 31, 2012

Kongsi Maklumat : Pertolongan Pertama Pada Pesakit Stroke

Akak ingin berkongsi maklumat berguna untuk semua... email berkaitan ni sudah lama akak
terima.... semoga maklumat ini dapat membantu kita sekiranya ada berlakunya kes stroke kepada
sesiapa...




*** Pertolongan Pertama Pada Stroke (Dengan cara mengeluarkan darah pada setiap hujung jari tangan

dan hujung daun telinga)***

Ada satu cara terbaik untuk memberikan pertolongan pertama kepada orang yang mendapat serangan

STROKE. Cara ini selain dapat menyelamatkan nyawa si penderita, juga tidak menimbulkan efek

sampingan apapun. Pertolongan pertama ini dijamin merupakan pertolongan GAWAT DARURAT

yang dapat berhasil 100%. Sebagaimana diketahui, orang yang mendapat serangan STROKE, seluruh

darah di tubuh akan mengalir sangat kencang menuju pembuluh darah di otak.

Apabila kegiatan pertolongan diberikan terlambat sedikit saja maka pembuluh darah pada otak tidak

akan kuat menahan aliran darah yang mengalir dengan deras dan akan segera pecah sedikit demi sedikit.

Dalam menghadapi keadaan demikian jangan sampai panik tetapi harus tenang.

Si penderita harus tetap berada di tempat asal di mana ia terjatuh (misalnya: di bilik mandi, bilik tidur,

atau di mana saja). JANGAN DIPINDAHKAN!!! sebab dengan memindahkan si penderita dari tempat

asal akan mempercepat perpecahan pembuluh darah halus di otak..

Penderita harus dibantu mengambil posisi duduk yang baik agar tidak terjatuh lagi, dan pada saat itu

pengeluaran darah dapat dilakukan..

Untuk yang terbaik menggunakan JARUM SUNTIK, namun apabila tidak ada,maka JARUM JAHIT /

JARUM PENITI dapat diguna dengan terlebih dahulu disterilkan dengan cara dibakar di atas api.

Sejurus setelah jarum disterilkan, lakukan PENUSUKAN pada 10 HUJUNG JARI TANGAN.

Titik penusukan kira-kira 1cm dari ! hujung kuku. Setiap jari cukup ditusuk 1 kali saja dengan harapan

setiap jari mengeluarkan 1 titis darah.

Pengeluaran darah juga dapat dibantu dengan cara dipicit apabila darah ternyata tidak keluar dari ujung

jari. Dalam jangka masa kira-kira 10 minit, si penderita akan segera sedar kembali.

Bila mulut si penderita tampak mencong / tidak normal, maka KEDUA-DUA DAUN TELINGA si

penderita HARUS DITARIK-TARIK sampai berwarna kemerah-merahan.

Setelah itu, lakukanlah 2 KALI PENUSUKAN pada masing-masing HUJUNG BAWAH DAUN

TELINGA sehingga darah keluar sebanyak 2 titis dari setiap hujung daun telinga. Dengan demikian

dalam beberapa minit bentuk mulut si penderita akan kembali normal.

Setelah keadaan si penderita pulih dan tidak ada kelainan yang berarti, maka bawalah si penderita

dengan berhati-hati ke doktor atau hospital terdekat untuk mendapatkan pertolongan lebih lanjut.


Sunday, July 15, 2012

Weekend kami ke Penang....

Assalamulaikumm...


Sabtu Ahad akak n famili pegi jalan2 kat Penang pulau sana.... saja jer nak bawa anak2 jalan2 kat sana... selalu pergi tuk makan2 ikan bakar jer dan ronda2 kat padang kota jer.... tapi kali ni kami decide nak stay semalam kat penang... so pagi sabtu bertolak kami ke destinasi pertama kami iaitu bukit bendera.... nasib baik cuaca hari sabtu elok jer tak panas redup jer tapi tak hujan pun.... so seronok ler naik bukit bendera.... klu tak silap dah lama akak naik ke bukit bendera... kalau tak silap Adam masih kecil kot... kali ni saja jer bawa Arfan yang belom pernah naik tu.... ramainya umat manusia hari tu... maklum ler cuti weekend dan sempena cuti Yg Dipertua Negeri Pulau Pinang.... beratur panjang jugak nak beli tiket...hehe.... nasib baik cepat dapat tiket... kira murah jugak ler nak naik train tu dalam RM18.00 tuk 2 dewasa dan 2 kanak2.... tapi kena tunjuk mykad la....













Lepas jer jejalan atas bukit bendera kami ke batu feringgi check in hotel.... kata anak2 nak hotel yang ada swimming pool... so nasib baik dapat hotel yang ada swimming pool... kalau tak kena mandi laut ler jawabnya.... oleh kerana kami pegi weekend so hotel banyak yang penuh... dapat jugak check in Hotel Sri Sayang... bilik dia ala2 apartment ada 2 bilik... so dapat ler anak2 satu bilik dan akak n hubby satu bilik...haha....luas jugak apartment ni.... janji anak2 dapat berlari-larian dlmnya.... lepas makan2 agenda pertama anak2 ialah mandi pool... layan la akak anak2 mandi hampir 2 jam kat pool tgk jer anak2 dan hubby mandi manda.... walau pun pool tak besar sgt tapi ok ler... penat mandi balik bilik masing kebuluran so makan jer roti dan meggi cup sebelum keluar makan malam... malamnya kami gi ronda padang kota jer... tak lama sebab parking full orang memang ramai sangat.... sakit pinggang akak duduk dalam kereta cari parking... lepas makan terus balik hotel lepak2 sambil layan tv....

Esok pagi nya bangun makan roti dan minum terus anak2 ajak mandi pool lagi... kali ni akak tak turun pun... malas dan nak kena pack barang sbb kul 12 nak checkout dah.... tengok anak2 dar balkoloni jer la....













Lepas checkout kami layan laksa penang di tepi jalan batu Feringgi pulak... besa lah kalau ke penang mesti
nak pekena laksa penang kan... gerai ni betul2 kat tepi jalan pantai batu feringgi... memang asli punya laksanya... pekena rojak buah sekali...sedapppp:)





Lepas makan kami singgah jap ke Queens Bay Mall... ronda2 dan sempat beli baju raya anak2....hehe...
tu jer la citer ronda2 weekend kami sekeluarga.... hehe

***Minggu depan sudah nak berpuasa... so Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat semua Sahabat Blogger....:)***

Wednesday, July 11, 2012

Perkongsian ilmu....

HAID , NIFAS DAN ISTIHADHAH


Pendahuluan :

Masalah diatas ialah masalah yang dialami oleh makhluk Allah yang bergelar wanita yang ada di atas dunia ini. Di dalam dunia, terdapat 4 makhluk yang didatangi haid iaitu manusia, kelawar, arnab dan dubuk. Jadi antara 4 makhluk tersebut, hanya manusia yang diberikan taklif ( tanggungjawab ) untuk mentadbir dan mengikuti peraturan dan perintah Allah. Bagi wanita Islam, ia merupakan satu kewajiban untuk mengetahuinya kerana ia berkait dengan pelbagai masalah hukum terutamanya berkait dengan ibadah kepada Allah S.W.T. Jadi mengetahui hukum-hukum berkaitannya menjadi wajib juga. Kaedah fikah ada menyatakan : Apa yang tidak sempurna kewajibannya melainkan dengan perkara tersebut, maka perkara tersebut menjadi wajib jua . Suci adalah satu dari syarat sahnya ibadah, jadi bersuci, mengetahui hal hal dan kaedah bersuci juga menjadi wajib bagi wanita.

Mudah-mudahan ringkasan ini akan menjadi panduan yang amat berguna kepada wanita-wanita Islam sekalian. Sebarang kesalahan atau kesilapan mohon disampaikan kepada saya.
Sebagai permulaan , darah yang keluar dari faraj perempuan terbahagi kepada 3 jenis yang mana ia berbeza antara satu sama lain. Jadi ringkasan ini akan menceritakan secara ringkas 3 jenis darah yang dialami oleh wanita-wanita

Takrif ( pengetian )

Haid : darah yang keluar dari faraj perempuan ketika sihat

Nifas : darah yang keluar dari faraj perempuan sejurus keluar anak atau selepas bersalin

Istihadhah : darah yang keluar bukan waktu haid dan nifas. Ia dikira darah penyakit

1. Haid

a) Warna darah haid

Hitam, merah, merah keemasan, kuning, keruh.. 5 warna
b) Sifat
- Pekat, seperti terbakar akibat kepanasan, ia keluar dengan perlahan, bau busuk

c) Permulaan haid
- 9 tahun dan berakhir pada 62 tahun.
( jika keluar darah kurang dari 9 tahun atau lebih dari 62 tahun tidak dikira
sebagai haid )

d) Tempoh haid
- 1 hari 1 malam dan paling panjang 15 hari 15 malam
(jika keluar darah kurang dari 1 hari atau melebihi 15 hari tidak dikira haid )

e) Tempoh suci minima adalah selama 15 hari dan tiada tempoh maksima

f) Orang mengandung jika turun darah - dikira haid

g) Tanda berhentinya haid : berhentinya keluar darah merah, kuning atau keruh samaada keluar cecair putih atau jernih atau tidak keluar apa-apa. ( asma binti abu bakar sebut perlu nampak macam putih susu )

h) Penggunaan ubat
• Untuk hentikan darah haid :
- tidak memudaratkan orang yang memakannya
- perlu minta keizinan suami
• Untuk turunkan darah haid :
- tidak berniat menggugurkan kewajipan lain
- perlu minta keizinan suami

i) Darah kuning adalah haid jika ia datang dalam waktu haid
Tetapi jika datang bukan pada waktu haid, ia bukan darah haid

j) Hukum orang yang berhaid ( 10 untuk wanita, 3 untuk lelaki )
Wanita:
sembahyang, sujud tilawah, sujud syukur , tawaf , puasa , masuk & iktikaf dalam masjid, membaca alquran, menyentuh dan menulis mushaf , bersuci ( wuduk & mandi wajib )
Lelaki :
persetubuhan , talaq , berseronok - seronok antara pusat dan lutut


Wanita :
• Sembahyang : tidak perlu qada - qada hukumnya haram. Zikir dibenarkan
- Sekiranya suci pada akhir waktu, seseorang perlu solat waktu tersebut &
qada satu waktu sebelumnya (bagi yang kering waktu asar & isyak sahaja)
- jika datang haid ketika masuk waktu, wajib qada solat waktu tersebut.

• Sujud tilawah dan sujud syukur : diharamkan keatas orang yang berhaid.

• Tawaf : tidak sah walaupun ia tawaf fardhu atau sunat. Ibadah lain dibolehkan

• Puasa : wajib qada puasa
- Keluar haid sebelum maghrib ( batal ) , keluar selepas subuh ( batal ) ,
- Suci sebelum subuh tapi tidak mandi ( sah puasa ) .
- Dapat pahala jika tinggalkan puasa

• Membaca & menyentuh alquran : diharamkan walaupun 1 huruf tapi jika niat zikir, doa naik kenderaan , doa bila mendengar berita kematian dibolehkan
- Melihat quran dibolehkan
- Membawa al quran haram melainkan dibawa bersama barangan lain.

• Berhenti didalam masjid : haram berhenti, duduk, tidur, beriktikaf dalam masjid.
- Lalu sahaja didalam masjid harus jika ada hajat, duduk atau berhenti di tempat sembahyang selain masjid seperti surau, musalla, madrasah, padang dll dibolehkan..

• Bersuci : orang yang berhaid diharamkan mengambil wudhuk dan mandi wajib jika belum kering.

Lelaki :

• Persetubuhan : haram ketika haid
- wajib mandi terlebih dahulu sebelum bersama.
- Dilarang bersama jika belum mandi wajib.
- Bagi yang bersama ketika haid, sunat membayar kifarat 4.25 gram emas.

• Talak : haram talak isteri ketika haid tapi talak dikira dan ia berdosa
- Suami perlu rujuk @ dipaksa untuk rujuk

• Berseronok antara pusat dengan lutut
- haram walaupun tidak bernafsu.
- Berseronok dengan anggota di atas pusat atau di bawah lutut dibolehkan.
- Hukum bergurau sehingga bawa kepada persetubuhan juga dikira haram.
- Sama juga jika isteri menggauli suami dengan anggota tersebut juga hukumnya haram.
- Lutut juga termasuk dalam kategori haram.

k) Orang yang berhaid :

- wajib memakai kain ketika bersama suami
- wajib membasuh darah jika terkena pada pakaian
- boleh melayani suami, boleh melaksanakan tugas seperti biasa
- boleh berbaring dalam satu selimut
- sunat memakai pakaian khas untuk orang haid
- harus makan bersama dengan orang yang suci
- boleh menghadiri orang sakit mati
- boleh dinikahkan, boleh tengok akad nikah
- boleh menghadiri hari raya dan jemputan orang islam
- boleh mendengar al quran


2. Mutahayyirah

Darah yang keluar tanpa diketahui kadar, masa dan warnanya dan ia merumitkan ahli fekah untuk menetapkan hukum.

a) Perkara yang perlu dijaga :
- ia perlu solat dan puasa
- tidak boleh ( haram ) membaca dan membawa mushaf
- haram bersetubuh dengan suami
- ia wajib mandi setiap kali solat fardhu
- wajib menyumbat kapas ke dalam faraj ketika hendak bersolat
- suami wajib membayar nafkah kepadanya.

3. Nifas
Darah yang keluar dari faraj perempuan sejurus keluar anak atau selepas bersalin

a) Tempoh nifas
- paling pendek masa 1 titik darah dan paling panjang 40 hari.
- ada yang mengatakan 60 hari.

b) Masalah berkait dengan nifas
- Melihat darah keluar sebelum 15 hari bersalin - dikira darah nifas
- Melihat darah keluar selepas 15 hari bersalin - dikira darah haid
- Darah keluar 2 hari sahaja kemudian kering selama 15 hari dan lebih, kemudian
keluar semula, darah yang keluar awal dikira nifas dan yang kedua dikira haid.

c) suci sebelum 40 hari
- wajib solat, puasa.
- sunat suami tidak menyetubuhinya sebelum 40 hari.

d) darah turun selepas 60 hari
- dikira sebagai darah istihadhah ( sakit )

e) darah yang keluar semasa bersalin@ ketika keluar bayi - tidak dikira sebagai darah nifas

f) Hukum keguguran
- jika ia melahirkan bayi yang mati atau keluar seketul daging sama ada berbentuk
manusia ataupun tidak, maka dikira hukum nifas kepadanya.

g) hukum nifas anak kembar
- dikira nifas selepas keluar anak terakhir...darah yang keluar antara anak pertama
Hingga terakhir dikira sebagai darah sakit ( fasad )

h) Hukum pembedahan
- dikira nifas jika darah keluar dari rahim.
- dikira darah sakit jika keluar dari perut.

i) Adakah perlu mandi wajib jika lahirkan anak tanpa ada darah nifas ?
- wajib mandi kerana anak dihukumkan seperti air mani yang keluar.

j) Apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita nifas?
- sama seperti wanita haid


4. Istihadhah
Darah yang keluar bukan pada waktu haid atau nifas

a) Jenis darah istihadhah
- darah yang keluar kurang dari 1 hari 1 malam
- darah yang keluar lebih dari 15 hari
- darah yang keluar sebelum usia 9 tahun
- darah yang keluar selepas nifas 60 hari
- darah yang keluar bukan pada waktu kebiasaan haid dan nifas

b) Keadaan wanita istihadhah
- tidak dapat membezakan antara darah yang keluar sejak dari awal turun darah
( haidnya dikira sehari semalam sahaja )
- dapat membezakan darah yang keluar sejak dari awal turun darah
(dikira berdasarkan jenis darah yang keluar - jika bersifat seperti haid, dikira haid)

c) Hukum wanita yang istihadhah ( ada darah penyakit )
- wajib sembahyang dan berpuasa
- wajib membasuh faraj dan membalut atau menyumbatnya dengan kapas
- wajib berwudhuk setiap kali setelah masuk waktu solat ( tidak boleh wudhuk
sebelum masuk waktu solat )
- wajib segera solat setelah mengambil wudhuk

d) Ada kemusykilan

: jika darah berhenti
- sebelum solat : batal wudhuk
- semasa solat : batal wuduk dan solat
- selepas solat : batal wudhuk tetapi sah solat
- wajib membasuh faraj setiap kali hendak bersolat
- wajib mandi 1 kali sahaja iaitu ketika haid berakhir.
- boleh masuk dan beriktikaf di dalam masjid
- harus suami bersama dengan isteri ketika istihadhah


Rujukan :
Kitab Al-Ihathoh : Persoalan haid, nifas & istihadhah
Karangan Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Thursday, July 5, 2012

gambar terkini akak buyong....haha gelak skettt...:)

Assalamualaikum....


Update gambaq terkini  akak buyong bersama-sama anak2...hehe...atas permintaan http://lieyalatif.blogspot.com/ yang cun melecun tu... cayang ko dik...muahhhh...
Sudah lama x update blog...almaklum ler penyakit malas dah melekat sejak menjak dah berbadan dua ni...
gambaq ni sabtu lepas lepak2 tepi pantai...hehe.... sekarang minggu ni dah masuk 27 minggu perut akak... alhamdulillah setakat ni baik2 jer... moga kekal ke waktu bersalin nanti...aminnn...:)


With Arfan the manjerrrrr.....:)

pakat peluk perut mama...haha....


With Adam the bulattttt...hehe

***Akak dah scan baby kemarin... tp belum puas lagi..nak scan minggu ke 30 pulak...insyallah...:)

Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Syaaban.....Sampaikanlah walau sepotong ayat....


Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.


Dan pada 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai malam Nisfu Syaaban yang mana pada malamnya ada banyak kelebihan. ( Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban )

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang dirsebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a:

“Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib).

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

1) Memperbanyakkan puasa sunat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”.

2) Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit”

3) Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.





Sunday, June 10, 2012

Hari Lahir Akak hari nie....

Happy Birthday 2

Hari ni 11 Jun 2012 Hari Lahir Akak...
Insyaallah dapat ler potong kek malam ni... hehe...
(nak jugak kasi tau semua yer...ekekeekk...tak malu kan...haha)...

"MOGA AKAK DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT" AMINNNN...

Monday, May 21, 2012

bercanda di tepian pantai...


Assalamualaikum...


selamat datang ke blog suam-suam kuku akak... haahaa...


Tajuk macam ler bercanda kat tepi pantai berbikini bagaikan... padahal bercanda cara lepak2 akak nak beranak jer... tu jer aktiviti mingguan kami...hehe... tak pegi lepak tepi pantai macam tak lengkap jer idop kami kalau weekend.... moga korang jangan bosan udah ler tengok blog akak asyik2 lepak tepi pantai jerrr.... haha... nak buat ganoo anak2 sukaaa akak ikut jer....kihkih


-Hari sabtu akak dan anak beranak memerap kat umah jer... masak2 gitu2 jer.... petang layan zzzzz jap... malam ke pasar pasar malam sekangkang kera dekat rumah akak jer.... layan pizza pasar malam... sedap jugak amik saiz besar sekali... kebetulan Adam request nak makan pizza... esok lak besday Adam so layan jugak la.... nasib baik sedappp sekelip mata ja licin....haha...



-Ahad pulak setengah harian kami lepak sampai bosan di rumah... petang baru hubby akak ajak kami keluar... macam biasa lepak2 tepi pantai... otw ke pantai singgah tapaw KFC sempena besday adam(20/5/2012)... kira makan sambil berpiknik tepi pantai ler kami...hehe... kek belum sempat tempah lg so makan la KFC dulu yer Adam... kek hari ni baru mama bawa balik yer....:)...



Kata nya lepak2 tepi pantai gitu... harap ler anak2 akak tu.... abis makan jer terus jer berlari2 di tepian pantai main pasir... ambik kayu conteng2 pasir... baling2 batu ke laut... mcm2 la depa tu buat....hehe... yang bercanda nyer akak jugak... abis kan makanan yang ada.... lepas tu baru bercanda di atas batu.... tak kuasa nak main pasir macam tu... tak larat dah...haha.... sambil2 bercanda tu akak pun snap2 la gambar anak2 dok main dari jauh jer.... hubby pun tak kuasa nak join sekali sebab kenyang...hehe









Main lah anak2 akak  tu sampai matahari pun dah nak hilang baru balik... :)


see gambar akak buyong terbaru yang sedang bercanda atas batu.... ekekkeeekkk...


*** weekend ni dan weekend minggu depan yahooo dapat balik kampung...haha...korang balik kampung tak????***...Selamat bercuti yer anak2....



 pantai singgah tapaw

Tuesday, May 15, 2012

Adiah Hari Mama....

Assalamualaikum...

Hari ni baru akak nak up citer pasal adiah hari mama yang akak dapat sempena "Hari Ibu" baru2 ni... masih belom terlambat kan...hehe... besa la kan akak ni selalu ketinggalan keteapi...haha.... sajer nak kasi korang tgk adiah apa yer yang akak dapat...jeng2....untuk kenang-kenangan dalam blog la katakan...ekekeeekk




Frame gambar comel ni anak teruna sulung akak Adam Hakimi yang beri... balik jer sekolah belom buka baju sekolah terus selongkar buka beg sekolah kasi adiah ni pada akak... untuk hari mama katenya...dah 2 3 hari sebelum tu asyik dok sebut nak kasi mama adiah hari ibu.... siap minta duit lebih sket... nak beli adiah..heheeee.... Adam ni tiap2 tahun kasi something pada akak... terharu akak tau.......tq Adam...



Henpon comel ni en.hubby lak yang kasi.... kebetulan henpon akak yang lama beteri dah kong... so beli la satu henpon untuk akak satu sempena hari mama ni.... akak syok la sangat sebab sebelum tu susah guna Tab sebagai henpon gantikan yang lama tu...hehe... Tq lalingggg....


Terima kasih buat Adam n En hubby kasi adiah sempena "Hari Ibu" buat mama.... mama sayang semua ketat2.... Arfan lak tak kasi sebab dia belum faham pasal hari ibu ni...haha... tahun depan yer dik.....



** Tak sabar nak balik kampungku...***

Wednesday, May 9, 2012

mee itam @ sizzling yee mee

Assalamulaikum...

Kisah mee itam ni masa dinner semalam punya... mee itam ni gelaran anak2 akak yang beri... kalau tanya nak makan sizzling yee mee tak?.....boh layannyer depa tu... kalau sebut mee itam laju jer nak makan... hehe.. pada hal sama jer... ni gara2 akak ler first ajak anak2 makan dulu2 sebut mee itam lastnya sebut mee itam jer sampai dah besar...kihkih... sebab dah tak tahu nak makan apa malam tadi ajak la anak2 pekena mee itam lagipun dah lama tak makan... makan selalu jemu jugak.... mee itam ni ada sesetengah tempat jer yang sedap... kalau akak ngan anak mesti pilih kat food court Tesco extra seberang jaya... boleh dikata kan sedap la... kalau kat tempat lain tak sangat.... :) tengoklah aksi Adam dan Arfan makan mee itam...hehe


tak sah kalau tak terjah sini kalau datang tesco... sambil tggu abahnya order mee itam kita main dulu....:)

Arfan makan share ngan mama... sah2 tak abis klu mkn sorang2....


Adam pulak tak cukup makan sorang tu pun paw yang mama punya...kihkih....makin tombam ini budak...


abah kalau makan mee mesti pakai chopstick... akak tak retinya guna...hehehh

Mee itam akak punya...pekena ngan cili kicap tu sedappp....:)))

Hubby akak tak sah kalau tak makan mee ni....entah nama mee apa.... akak pun tompang sekaki makan..kihkih

Related Posts with Thumbnails