Followers

Tuesday, November 30, 2010

Laaa dah hujung tahun rupanya...

salam..

Hari ni sudah 1 Disember 2010..(ada lagi 30 hari lagi)..
Dah hujung tahun laaa..
Pejam2 and celik2 dah nak masuk tahun baru kita kan...
Rasa baru jer 2010 tup2 nak masuk 2011 pulak..
Umur pon bertambah kan..kan..kan... Dah semakin tua...tapi perasan muda lagi..hehe..
Kena buat azam baru lagi... yg tahun lepas pun belum lepasi target.. mcm mana tu...

Apapun...
SEMOGA TAHUN 2011 MEMBERI SINAR BARU BUAT KITA SEMUA..
AMIN..

Sunday, November 28, 2010

Cerita korban lepas..

Salam..

Saja nak cerita sket pasal buat ibadat korban pada hari raya pertama Hari Raya Haji baru2 ni.. tak sempat nak cerita minggu lepas sbb kena pegi kursus kt Langkawi.. balik cuti raya terus pegi 22/11 isnin sampai 25/11 Khamis baru balik tu pun sampai lewat malam.. penat tahap gaban tul.. esok keja pulak.. malas nak ambik cuti rehat.. sudah jadi adat klu gi langkawi mesti kena soppin2 sket.. sebab musabab soppin la kami ambik Feri yg last sekali.. so sampai pon lewat malam kat rumah..
Ok bukan pasal langkawi nak cerita ni.. tapi kisah korban di rumah kat kampung.. ada sket gambar2 untuk tatapan kengkawan semua..hihi layan jer yer..


Dalam kelam kabut nak sembelih lembu sempat lagi Adam and the sepupu2 nya berposing..
org kat belakang tu sibuk tgk lembu yg dah rebah tggu nak sembelih jer..


Masing2 sibok pegang tali lembu sbb nak rebahkan lembu tu..
my hubby pon tarik jugak (yg pakai baju T merah membelakangkan camera)..


Akhirnya lembu pun selamat dikorbankan.. alhamdullilah..
masa ni tak tgk pon takut..


Orang lelaki sibok ngan lembu..
para2 ibu pulak sibok siap buat persiapan nak masak kat dapor...
kami ada buat kenduri sket untuk jamu orang kampong yang datang..


Lembu yang sedang di lapah..
gambar ni adam yg snap sbb saya ni takot sket nak tgk darah2 ni..


Ni la gambar lembu sebelum di korbankan..


Ni lak gambar Adam dan Arfan serta sepupu2 nya sedang kusyuk tgk org sedang sembelih lembu.. Kakak saya pon tumpang sekaki..



Alhamdullillah.. akhirnya tercapai jugak hasrat kami sekeluarga nak buat Ibadat Korban tahun ni.. Moga di murahkan rezeki lagi untuk tahun depan.. insyaallah..

Sunday, November 14, 2010

Kelebihan Korban

Kelebihan melakukan ibadah korban

HARI RAYA Haji dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah.

Hari Raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:

"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah .....'

Pada hari ini, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam telah mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin.

Manakala dari segi kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antarnaya ialah:

1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.
2. Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.
3. Bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.

Sementara kelebihan ibadah korban dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan pula ialah:
1. Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama Muslim.
2. Melahirkan sikap penyayang.
3. Memupuk sifat suka berkorban dan bersedekah.

Namun demikian, seperkara yang patut diberikan perhatian di dalam melakukan ibadah korban ialah agar ianya dibuat di atas dasar keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wataala semata-mata dan bukan sebagai jalan untuk bermegah-megah dengan kekayaan yang ada. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala hanya akan menerima amalan seseorang itu mengikut tahap keikhlasan dan juga ketakwaannya dan bukan kepada besar atau kecilnya binatang yang dikorbankan itu.
Firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu...."

Menyedari akan kelebihan ibadah korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan bersegera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya, di samping memperbetulkan niat agar segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wataala demi kebahagiaan di akhirat nanti...

**** INSYAALLAH...SEKIRANYA TIADA ARAL MELINTANG SAYA DAN KELUARGA AKAN MELAKUKAN IBADAH KORBAN TAHUN NI DAN SEDIKIT KENDURI KESYUKURAN DI KAMPUNG.. SEMOGA IA DI BERKATI OLEH ALLAH...

Sunday, November 7, 2010

Just nak promote Bantal Panas Electric.. A.K.A Tungku Moden..

Bantal Panas @Tungku Elektrik Mudah dan Berkesan

Produk ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan anda, ia sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga.
Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.

Fungsi :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Ciri-ciri:
Cecair merupakan air garam bukit dan gel, ianya diisi sekali sahaja dan mudah di bawa ke mana-mana.

Berat = 1.7kg++ setiap satu

Siapa yang sesuai memakainya?

* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.

Cara-cara penggunaan:
Caj tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam.


Penting:
1. Pastikan sambungan plug sempurna.
2. Selepas lampu caj terpadam bekalan elektrik hendaklah ditutup.
3. Tanggalkan wayar caj dari bantal.
4. Elakkan dari meninggalkan tungku ini pada suatu bahagian di badan terlalu lama bagi mengelakkan masalah kulit.


Hubungi saya klu berminat... normi@psp.edu.my (013-5056933)

Satu bantal cuma RM45.00

Mudah di bawa kemana-mana saja.. ke tempat kerja.. dalam kereta.. balik kampong..
Boleh dijadikan buah tangan kepada Ibu Dan bapa..

Monday, November 1, 2010

Celebrate besday adik..

Salam...

Cerita ni miggu lepas punya.. 25 hb lepas kan besday Arfan Harith.. so ada la buat sambutan kecil-kecilan malam tu.. cuma kami sekeluarga jer.. selalunya buat di rumah kali ni saja nak buat kat mcD.. di mcD kan ada playground so boleh lah bebudak tu makan sambil main... saya order 3 set burger.. aiskrim... fun fries.. milo ais jer.. ala2 kadar jer..

Ada aksi potong2 kek dan makan2 jer.. selain tu sesi bergambar.. layan jer foto2 yg my hubby snap tu...


Tadaaa kek besday.. Kek tu share 3 org.. my hubby besday pada 17/10 baru2 ni.. yang Adam pulak dah lepas lama dah.. saje letak nama dia sama sbb merajuk la klu tak da nama dia... kek ni order dari member tempat keje..



Acara potong kek.. Adam tumpang sekaki potong kek.. klu tak bagi mesti muncung jer mulut dia merajuk..


Besday boy sedang makan fun fries.. suka sgt dia mkn.. sorang dia habis kan yg saiz besar..


Tak sempat ready daaa...


Aktiviti lepas makan... main sepuas-puasnya ajak balik tak mau.. hehe
Related Posts with Thumbnails