Followers

Sunday, February 28, 2010

Cover h/phone baru..

Tah apa2 aku kehilangan cover h/p ku semasa balik kg ari tu.. so kena beli baru la.. servey punya servey jumpa satu cover cute miut.. sajer beli yg mcm tu.. anak2 aku sgt suka.. siap dok cium2 lg.. dulu punya mcm warna kulit sket.. tapi yg ni mcm budak2 jer.. tapi aku suka.. hahaha cute tak?..

Jamuan tempat keje..

Tarikh : 25/2/2009..
Tempat : Wing Kanan Jabatan Perdagangan
Sempena Jamuan Bulanan Januari dan Februari merangkap Sambutan Besday..


Nyumm..

Kak Noorul...

Antara menu ari tu..

Wednesday, February 24, 2010

Jejalan ngan Family...

Hari sabtu lepas mak, abah, kak,abg ipar, adik2, dan anak sedara mai rumah.. sblum mai dia orang p melawat tok wan aku kt rumah mak sedara tak jauh dr rumah aku.. plan nak wat laksa hari ahad..brg dah beli so dah dia org nak mai aku pun buat ptg tu utk santapan..
dia org sampai kul 3 lebih.. lepas menjamu selera.. adik ku yg bongsu ajak p jln kt Penang dan sambil tu bole mkn ikan bakar.. btolak kp Penang dlm kul 5.30 prg betolak ke Penang naik kreta baru adik aku.. sblum ke tempt makan ikan bakar kami singgah sat di tepi pantai Seagate (org panggil mcm tu).. sempat lg posing ramai2.. lepas tu ke Telok Tempoyak mkn ikan bakar.. tak sempat lak nak snap gambar si ikan bakar sbb sampai jer kt meja mkn kena serbu la...



Abah ku










(Aku load foto2 ni atas permintaan adik2 ku..)

Foto my cousin kawin..

My cousin belah my hubby kawin pd chinese new year ari tu.. tak sempat snap gambar sbb ramai sgt.. cuaca lak panas terik.. ni pun gambar yg di zoom jer.. kira tangkap dr jarak jauh jer.. cantik sepadan org nya.. moga kekal hingga akhir hayat..

Tuesday, February 23, 2010

Alahai mesin basuh..

Tension2.. dia wat hal la pulak.. tetiba jer dia berhenti semasa sdg dok gunakannya.. kawan2 tahu tak klu jd mcm tu sal apa.. tentu sbb rosak kan.. dah la time tu baju berlambak2.. mesin basuh aku tu lama tak lama dah nak masuk umur 8 tahun.. tak penah wat hal sblm ni.. jenama SAMSUNG jer.. klu tgk dr luaran nmpk baru lg.. my hubby lak tgk cam rilex jer bila kasi tahu yg mesin basuh rosak tak bfungsi.. dia kata tak per basuh manual jer (pakai tgn).. dia ingat senang la.. bj anak, bj dia, bj aku lg dan lain2.. lengoh dan sakit tangan ni... teringat mak2 kita dulu tak der pon mesin mcm la ni.. tp bole basuh pakai tangan.. nape kita tak boleh.. haha sbb kita dah diajar mcm tu.. manja la konon.. sehari dua bole la basuh manual msk ari ke3 dah tension.. ingat mesin tu nak kena masuk wad kot.. dok servey wad mana dia nak kena masuk.. klu ada kwn2 tahu kt mana nak repair mesin basuh bgtau la.. klu tak ok gak jawabnye kena beli baru la..huhu.. sedih tau mesin tu beli masa mula2 kawin dulu.. kira baru nak masuk rumah la.. kira ada kenangan manis la..

Monday, February 22, 2010

Untuk renungan kita bersama....

Amalan Ibu Bapa Memberi Kesan Kepada Anak-anak

Seseorang anak yang melihat ayahnya selalu berzikir, mengucapkan tahlil, tahmid, tasbih, dan takbir nescaya akan menirunya untuk mengucapkannya.

Begitulah juga, seseorang anak yang diutus orang tuanya di malam hari untuk memberi sedekah kepada orang-orang miskin di rumah-rumah mereka tanpa pengetahuan orang lain dia akan memiliki sikap yang berbeza dengan seorang anak yang diminta oleh orang tuanya untuk keluar membeli rokok dan barang-barang yang memabukkan.

Seseorang anak yang melihat ayahnya berpuasa di setiap hari Isnin dan Khamis, serta melaksanakan solat Juma’at dan berjama’ah tidak akan sama dengan anak-anak yang melihat kebiasaan ayahnya yang gemar melepak di gerai-gerai, pusat-pusat hiburan, dan panggung wayang.

Apabila seseorang ayah selalu melakukan kebaikan kepada orang tuanya, mendoakan, dan memohonkan ampun untuk mereka, sentiasa berusaha mengambil tahu khabar mereka, mengambil hati mereka, memenuhi keperluan mereka, memperbanyakkan doa-doa kebaikan untuk mereka, serta menziarahi ke kubur mereka apabila telah meninggal, bersedekah untuk mereka, serta tetap menjalinkan hubungan baik dengan sahabat-sahabat mereka dan memberi hadiah kepada orang-orang yang biasa diberi hadiah oleh mereka dahulu, maka anak-anak yang melihat akhlak ayahnya seperti ini dengan izin Allah akan mengikutinya (mengambil contoh) dan juga akan memohonkan keampunan untuk orang tuanya.

Seseorang anak yang dididik dengan solat tidak akan sama dengan anak yang dibiasakan menonton filem, mendengar muzik, dan permainan bola sepak.

Seseorang anak yang melihat ayahnya melaksanakan solat di malam hari, menangis kerana takutkan Allah, membaca al-Qur’an, sudah tentu mereka akan berfikir:

“Mengapa ayah menangis?”

“Mengapa ayah solat?”

“Untuk apa ayah meninggalkan (bangun dari) tidur lalu pergi berwudhu’ dengan air yang sejuk di tengah-tengah malam seperti ini?”

“Untuk apa ayah hanya mengambil waktu yang sedikit untuk tidurnya dan memperbanyakkan berdoa dengan penuh kekhusyukkan, penuh harap, dan diliputi dengan perasaan penuh cemas?”

Setiap pertanyaan ini akan bermain-main di benak fikirannya dan akan sentiasa hadir di dalam perasaan ingin tahunya. Seterusnya ia mampu melahirkan perasaan ingin untuk mengikutinya.

Demikian juga dengan seorang anak perempuan yang melihat ibunya berhijab dari lelaki yang bukan mahramnya, menutup aurat di hadapan mereka, menutupi diri dengan perasaan malu, bersikap tenang, dan sentiasa menjaga kesucian diri. Anak tersebut akan menekuni dan menyelami akhlak tersebut dari ibunya.

Berbeza dengan seseorang anak perempuan yang selalu melihat ibunya bersolek di hadapan para lelaki bukan mahram, bersalaman dengan mereka, ikhtilat (bercampur-gaul dengan lelaki bukan mahram), serta melepak dengan mereka, saling bergelak-tawa, dan apatah lagi saling menari berdansa. Sudah tentu ia akan mempengaruhi jiwa dan naluri anak tersebut untuk mengikutinya.

Dari itu, takutlah kepada Allah, wahai ayah dan ibu di dalam membina jati diri anak-anak anda. Jadikanlah diri anda sebagai contoh teladan yang baik, berhiaslah dengan akhlak yang baik, tabiat yang mulia, dan sebelum semua itu berlaku - berpegang teguhlah terlebih dahulu dengan agama ini dan cintailah Allah dan Rasul-Nya.
Amin ya rabal alamin..

Thursday, February 18, 2010

Mama Fried Chicken...

Semalam aku ada wat ayam goreng ala2 KFC gitu.. tp aku namakannya MFC (Mama fried Chicken).. Si Adam suka sgt mkn.. so smlm kami mkn MFC jer la.. senang jer klu ada tepung serba guna utk goreng ayam atau sotong.. lepas tu telur sebiji.. gram sket klu nak rasa masin lebih.. tp aku tak tambah garam.. campur jer tepung ngan telur kuantiti tepung agak2 jer.. ikut brapa ketul ayam kita nak goreng.. tambah air sket nak bg telur dan tepung jd sebati.. masukkan ayam dan perap seketika.. lepas tu goreng sampai garing.. jgn letak api kuat sgt takut x sempat msk isi ayam.. so layan jer hasilnya.. senang dan mudah.. klu aku goreng biasa selalunya si Adam dan Arfan tak berapa layan..


Ayam kena perap dulu..

Hasil nya..rangup tau..

Wednesday, February 17, 2010

Cerita balik kg..

Sememangnya klu ada cuti raye jer mesti sume plan balik kg dan p jalan2 kt mane2.. aku lak balik kg jer.. dah sebulan tak balik.. last balik krismas ari tu.. kan aku kata asalkan raye jer balik kg.. kali ni kan cuti 4 hari.. lagipun balik makan kenduri kt rumah sepupu sebelah my hubby ..so aku dah rancang 2 hari kt umah aku dan 2 hari lagi kt rumah my hubby.. kami ni kg jiran jer.. kira rumah boleh nampak la.. aku kg Bukit Seni.. my hubby lak kg. Bukit Raya.. anak ku, Adam dulu2 dia confius klu balik kg.. mesti tanya dia nak balik kg mana?.. mesti dia kata Kg. Bukit Sini dan Kg. Bukit Sana.. smpai la ni dia dok panggil mcm tu.. berbalik ngan crita tadi.. kami bertolak balik lepas kerja dlm kol 6.30ptg kira jalan tengah jem la.. nak masok tol jer dah que panjang.. sabar jer.. kami sampai dlm kol 8.00 mlm.. mcm biasa klu dah nak smpai kami sekeluarga p mkn kt pekan Pendang dulu.. p pekena laksam dan laksa kuah lemak.. memang best.. siap bungkus kt mak dan abah ku.. on the way menuju ke kg pulak mesti lalu kt kg aku dulu.. so balik ke kg aku dulu la.. selalu mcm tu.. my hubby tak kisah sangat.. esoknya aku plan nak wat mee rebus versi mak aku.. my hubby pi market pendang beli bahan2 nya.. so termakbullah permintaan ku ari tu.. sedap woo mee rebus mak aku.. ari ke 2 lak p aloq setaq p umah adik bongsu aku.. baru pindah rumah dan beli kreta baru.. dia wat makan2 sket.. lepak rumah dia smpai petang baru balik.. kul 7 mlm mcm tu aku pun bertolak ke rumah my hubby lak.. kt umah dia ramai org sbb esok (ari Isnin) kenduri sepupu my hubby sebelah rumah jer.. kakak2 ipar ku balik semuanya.. mak sedaranya dr sg. petani pun balik tidor kt rumah mak mertuaku.. kira penoh umah la.. nak d jadikan cerita lepas tolong lebih kurang kt rumah kenduri tu dlm kul 10 malam aku pun tanya my hubby kita nak tidor kt mane mlm ni.. sbb aku tgk mcm tak de tempat kami nak tido jer.. sbb dah penoh.. my hubby tanya aku barang2 dah keluar dari kreta ka?.. aku kata belum lagi.. so dia kata jom balik tido kt rumah mama lah.. apa lagi aku seronok la.. terus call mak aku.. bgtau nak tido kt sana.. bgtau jangan kunci pintu kami nak balik sat lagi.. maka berangkatlah aku ke rumah mak aku balik.. nak tergelak jugak sebab td petang kalut packing barang.. lastly tak tidor pun kt rumah my hubby.. nasib baik mak dan bapak mertua ku tak kata apa2.. kira fahamla situasi ku.. plan nak tidor 2 hari rumah aku dan 2 hari rumah my hubby tak jadi la..
kira mlm terakhir kami balik kg dapat juga my hubby tidor kt rumah nya.. esok petang (selasa) kami pun betolak balik penang.. Singgah jap kt Sg.Petani..p makan Radix Fried Chicken (RFC)dan shopping kt TESCO sket.. nak tergelak sebab Adam panggil Kedai kopi Radik bukan Radik Fried Chicken.. Kami smpai rumah kul 9.30 mlm.. alhamdullillah..

Wednesday, February 10, 2010

Sambal Tumis Ikan Bilis Suami ku..

Ini cerita semalam.. my hubby klu balik keja jer mesti soklan dia ialah nak makan pa mlm ni..aku plak kata kt dia tak tau nak mkn apa la.. mulanya kata nak mkn luaq jer.. tapi tgk adam ngan arfan mcm letih jer so x yah keluaq.. aku kata kt my hubby kt freeze tu ada ikan merah dan ayam sket.. dia kata dah x lalu mkan ayam.. dia pun sugest kt aku buat sambal bilis jer.. aku kata nak wat nasi lomak ker.. dia tak mau ngan nasi putih pun bole.. aku kata mama malas nak masak la mlm ni.. awat tak malas dok tgk crita "na o mei" smpai x mau bgn.. dia kata x per abang masak mlm ni.. aku pa lg seronok la.. sambung tgk crita lagi.. nasib baik dia tak kata apa2.. yg adam ngan arfan lak do sibok main komputer kt dalam bilik.. habis crita aku pun terus mandi.. basuh baju sket.. keluar jer sambal tumis ikan bilis dah ready kt atas meja.. aku pun puji la sket kata kt dia nmpk macam sedap jer.. dia kata belum cuba belum tau.. my hubby ni memang suke masak.. klu masak spt meggi kuah, nasi goreng dan spegetti memang sedap.. aku selalu suruh dia masak.. itupun ikut mood dia la klu rajin dia buat tak payah suruh.. itulah perangai org lelaki... aku lak goreng ikan merah bg garing dan wat cabai kicap utk cicah ngan ikan tu..sayur lak aku goreng kcg buncis ngan telur jer.. sempat gak aku amik gambar sambal tumis ikan bilis hasil air tangan my hubby..bila aku rasa sedap la pulak.. lawan tokei ka..

Tuesday, February 9, 2010

Untuk renungan kita bersama...

BUSUKNYA KEBENCIAN…

Seorang Guru Taman kanak-kanak mengadakan satu "permainan".
Guru tersebut menyuruh tiap² muridnya membawa satu beg plastikt dan kentang. Kentang2 tersebut hendaklah diberi nama berdasarkan nama orang yang dibenci sahaja, jumlah kentang pula tidak ditentukan berapa biji ...bergantung kepada jumlah orang² yang dibenci.

Pada hari yang ditentukan oleh guru maka masing² murid2 tersebut membawa kentang dalam beg plastik. Ada yang jumlah kentangnya 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Seperti yg di arahkan guru mereka tiap² kentang diberikan nama orang yang dibenci. Murid² harus membawa beg plastik berisi kentang tersebut ke mana saja mereka pergi, bahkan ke toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari, kentang² pun mulai menjadi busuk, murid² mula mengeluh dan gelisah, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan baunya juga sudah busuk .Setelah 1 minggu berlalu maka murid² tersebut merasa lega dan gembira karana penderitaan mereka membawa beg plastic berisi kentang akan berakhir.

Guru : "Bagaimana rasanya membawa kentang selama 1minggu ?"

Maka keluarlah keluhan dari murid² tersebut, menyatakan mereka tidak rasa gembira dan rimas harus membawa kentang² busuk tersebut ke manapun mereka pergi. Guru pun menjelaskan apa maksudnya dari "permainan" yang mereka lakukan.

Guru : "Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain. Sungguh sangat tidak gembira dan rimas membawa kentang busuk kemana pun kita pergi. Itu hanya 1 minggu. Bagaimana jika kita membawa kebencian itu seumur hidup ?

Alangkah tidak gembiranya hidup kita ..."

Sunday, February 7, 2010

Untuk renungan kita bersama....

Panduan untuk mengelakkan sikap takbur(sombong) yang ada dalam diri manusia

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang2 tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu didadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkn kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa org jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana kita akhirnya…

Doa..

Tuesday, February 2, 2010

Untuk renungan kita bersama..

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan",
Katanya.. "Maafkan saya juga",
"Saya tak nampak saudara",
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh",
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci,

Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
"Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu,

Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu,
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak",

Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat..

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

FIKIR2kan...selamat beramal

Monday, February 1, 2010

Makan CKT (char kuew teow)..

Ahad malam pegi TESCO shopping sket...lepas beli apa yg patut.. tanya my hubby nak mkn pa.. apakata kita mkn CKT kt "Adam CKT".. tentu ramai yg dah tahu Adam CKT tu.. sampai jer terus pesan 3 pinggan CKT.. yg nak mkn 2 org jer.. Adam ngan Arfan tak mkn CKT.. Adam cakap CKT busuk sbb tu dia tak lalu.. tp udang dia mkn.. tak aci.. Adam mkn burger jer.. Arfan plk mkn nasi lemak.. Mlm tu ramai la sbb public holiday kan.. sempat gak aku snap gambar dlm dok kalut ramai2 org tu..


Ni la CKT kami mlm tu..
Related Posts with Thumbnails