Followers

Wednesday, August 24, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI....

Assalamulaikummmm..

dah ada yang mula bercuti raya ke???... 
dah ada yang nak balik kampung ke hari ni????... 
dah ada ke yang sudah berada di kampung????.... hehe... 
berseri-seri je semua kengkawan yang dah tak sabor nak balik ke kampung hari ni, esok atau lusa... semoga perjalanan kita semua berjalan dengan lancar... memandu dengan berhemah...

Dikesempatan ini saya memohon maaf kepada kengkawan blogger tersayangggg seandainya ada salah tutur kata disepanjang kita kenal melalui alam maya ini... 
terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..
MAAF ZAHIR BATIN...

Dari : Normi Sekeluarga...







Monday, August 22, 2011

Badan masih disini.... otak dan hati sudah di kampung... mcm ne tu???...

Assalamulaikum...

hahaha...
Tajuk ada kaitan nak raya laaa... tu la kedaan saya sekarang ni... korang sama tak???... nak wat enti pun dah malas ni.... minggu last puasa ni selalu jadik macam tu.... tah2 lagi dok dengar lagu raya berkumandang disana sini.....badan jer masih di sini... otak dan hati ni dah terbang balik kampung... hehe...
dok fikir kampung jer...
dok teringat mak abah...
nak masak apa raya nanti???...
nak gi raya mana???...
apa nak beli  lagi untuk balik kampung nanti???..hehe...
mulut asyik cakap pasal kampung jer... anak-anak pulak dok selalu tanya "Bila kita nak balik kampung, mama???... hehe...
cadang tu nak balik lepas berbuka puasa hari jumaat ni... harap tak jem le... walau pun dekat jer dari penang ke kedah... tetap jem tau... sebab orang dari belah KL sana dah balik... meriah la jalan raya n lebuh raya nanti... hehe...

HoooHoooo Balik Kampung....
HoooHoooo Balik Kampung....
HoooHoooo Balik Kampung...
Hati Girang...



** Cuti amik seminggu jer...simpan cuti sbb insyaallah mak abah jadik ke mekah tahun ni***


Wednesday, August 17, 2011

menyusahkan ibu bapa jer....

Assalamulaikum...

Apa2 jer la babudak sekarang ni... berani tahap gaban betoi... baru umur 17 tahun dah buat hal... pompuan pulak tu... konon2 belakon kena culik.. padahal bersubahat ngan boyfren peras ugut keluarga sendiri... belakon la konon... lastly Tuhan tu Maha Petunjuk... kena tangkap... sapa yang kena jawab ni???.. ibu bapa jugakkk... takut la pulakkk... doakan kita dijauhi dari perkara yang tak sepatutnya seperti ini... aminnn


Gadis hilang ditahan peras ugut keluarga

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! 16 Ogos 2011.

PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.

Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.

Pada 27 Julai lalu, modus operandi sama digunakan oleh seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta dekat Subang Jaya.

Gadis itu bersubahat dengan kekasihnya seorang lelaki Nigeria sebelum mereka meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga si gadis yang berada di Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.

“Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.

“Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Sunday, August 14, 2011

JUST FOR FUN… (Nama Jepun kita)...

Try ur name in japanese..

A-ka...
B-tu..
C-mi..
D-te..
E-ku..
F-lu
G-ji..
H-ri..
I-ki..
J-zu..
K-me..
L-ta..
M-rin..
N-to..
O-mo..
P-no..
Q-ke..
R-shi.
.S-ari..
T-chi..
U-do..
V-ru..
W-mci..
X-na..
Y-fu..
Z-su...

try nama sendiri..

NORMI : N - to, O - mo, R - shi, M - rin, I - ki (TOMOSHIRINKI)..

ntah betol ke idak pun tak tau...lawak hari isnin yer... cecuba nama korang pulak...hehe



Thursday, August 11, 2011

Siapa Tak Takut?????

Assalamualaikum...

Sekadar satu perkongsian di hari Jumaat yang mulia ini...


Siapa yang tak takut jika Tuhan menarik
segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita
sebelum ini?


Siapa yang tak takut jika Tuhan mengambil
semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?

Siapa yang tak takut jika terpaksa hidup
bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.

Siapa?

Jika anda tanyakan kepada saya.
SAYA AMAT TAKUT JIKA KESEMUA ITU
TERJADI KEPADA SAYA. Dan saya lagi takut
jika Tuhan tidak mengampunkan dosa-dosa yang
pernah dilakukan hanya kerana keriakan, keegoan
dan tidak pernah bersyukur dan meminta keberkatan
daripada-Nya.

Tapi kenapa kita selalu LEKA dengan pemberian-Nya.
Kita tidak bersyukur dengan apa yang sudah kita miliki..

Ya! Kita mahu lebih daripada apa yang kita miliki kini.
Tidak dinafikan semua orang mahu lebih daripada satu
kekayaan, satu kegembiraan, satu kejayaan dan satu
kasih sayang. Tetapi sebelum kita mengharapkan yang
lebih itu hadir pernahkah kita bersyukur dengan pemberian
daripada-Nya... ?


INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan
kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba. Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk
mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk
berusaha. Jangan sesekali.

InsyaAllah
InsyaAllah
InsyaAllah





Wednesday, August 10, 2011

kek anniberseri ke 9 tahun..

Assalamulaikum...

buat n3 ni semata2 nak show kek anniberseri saya yang ke 9 tahun laaaa.... kek ni dah separuh selamat masuk perut.... lepas berbuka puasa di luar baru balik umah potong kek... hehe... tu pun budak2 2 org tu tak sabar nak potong petang kemarin... si Adam siap cakap mama tu "kek kawin" mama ke???... nak tergelak la pulak.... cakap pada Adam tu kek sambut ulangtahun kawin mama n abah... baru dia faham... hehe... pa pun tengok lah ... cantik tak???.. cantik tak??...



** Terima kasih atas ucapan selamat dari rakan2 alam maya yang disayangi sekalian...

Tuesday, August 9, 2011

10.8.2002 - 10.8.2011... my anniversary ...

Assalamualaikumm...

Ucapan untuk diri sendiri "Happy Anniversary to Me n Hubby"... Moga Kami kekal bahagia seperti sekarang hingga ke akhir hayat.... moga kami dimurahkan rezeki... aminnn... seperti biasa tiap kali anniversary saya le yang akan ingatkan hubby... hubby ingat2 lupa...hehe... kali ni jatuh bulan puasa... so tak der la lunch2 ke ape... cuma tempah kek n plan berbuka di luar...

di selitkan juga foto kawin kami dolu2... kihkih.. jgn gelak tau...



nnt update gambar kek yer...( tak g ambik lagi)...

Monday, August 8, 2011

Jadikkkk laaaa...

Assalamualaikum...

Malas bebenor la nak cakap panjang2... pagi2 dah lemau...hehe... mungkin berita dibawah ni menjadi topik hangat PA hari ni....apapun bonus tu boleh wat beli kuih raya.. hehe...alhamdulillah...


Bonus raya

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.


“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.


Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.


“Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan,” kata Najib.

Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama

Thursday, August 4, 2011

jualan Raya mula dahhhh...

Assalamulaikummm...

Alhamdulillah... dah hari ke 4 kita semua berpuasa kan...alamakkk lambat lagi kan nak RAYA... hehe... saja jer saya dok ngarut pasal raya... baru posa 4 hari dah cakap pasal raya... kuikui... tadi waktu rehat pegi teman kawan ofis nak beli dapur gas baru... ala dapur yang 2 tungku tu.... dapur dia rosak...hehe..rosak time posa kena la beli baru kan... nanti nak masak ngan apa kan... tengok kat paper hari ni ada offer dapur gas kat court mammoth(Jaya Jusco) ... so terjah la kami ke sana... sampai jer Jaya Jusco tu ya ampunnn dah ada offer sana sini... kasut, baju, beg tangan, tudung,langsir dan macam2 lagi lah... Si court Mammoth pun ada jugakkk offernyaaa... wajib tiap2 tahun kan... dengan tema "Mega Raya Sales - Hot Spot".... ada sapa2 yang pegi sopin perabut baru di sana...hehe... sambil tunggu kawan pilih dapur sempat lagi snap2 kat dalam court tu... dah tak der koje la tuuuu...hehe.. layan jer la mata u all...



Wednesday, August 3, 2011

Jomm cari nasi Kerabu.....

Assalamualaikum...

Sapa2 nak berbuka nasi kerabu hari ni angkat pinggan... layan jer foto2 yang saya amik kat cik google kita... saja jer nak kasi korang2 semua laporrr....ngeeee

Nasi kerabu bungkus...

Nasi kerabu dalam pinggan....

Nasi kerabu dalam polisterin...

Pilih jer yang mana satu kat bazar ramadan nanti... heheheheheeee

Monday, August 1, 2011

Alahaiii.. MENU apa petang ni?????....

Assalamualaikum...

Haaaa...Dalam kepala dok memikir menu apa la pulakkkk kite2 hari ni... satu hari dah lepas... hari ke 2 ni pulakkkk.... apaaa niii masih awal lagi laaa... buat terliuq jaaa dok bayang lauk itu ini... hehe... hah!! kemarin lauk simple dimple jer... tarak beli wooo... masak 100%... kihkih... tarak foto2 tau... sebab takut terbuka puasa awal lak nanti... hehe... meleleh beb.... batal lak puasa sebab dok tenung-tenungan lauk semalam...
hanya dapat beri senarai lauk berbuka semalam ja kat sini...kihkih... senarai lauk ja tau... tak mo kasi gambar...padahal tak snap gambar pun... tak sempat-sempat nak baham... hehe
1. Daging Masak Hitam...
2. Daging Masak Kunyit + Kentang.(Adam punya kesukaan)mama n abah pun tumpang makan)
3. Sambal Kering Bilis + Tempe....(kruppp-kruppp bila makan)
4. Sayur Tiram Baby Kobis...
5. Telur Dadar... (wajib ada)
Air pulak Jus Tembikai cincang...wallahhh sejuk ja tekak lepas minum...hehe

sambil tulis n3 ni pun rasa lain macam ja...terliuq sangat2...tu kira tak tenung gambar lagiii... ampunnn

...sambung memikir balikkkkk?????....hehe

10 adab puasa

SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH
disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy].

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’.

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei].
Related Posts with Thumbnails