Followers

Sunday, January 31, 2010

Laksa o Laksa

Biasanya ari cuti aku akan masak sesuatu selain dr nasi berlauk.. my hubby nak makan laksa.. katanya dah lama tak makan laksa yg mama masak.. selalunya beli kt pasar mlm jer.. tak kick katanya.. so jumaat p psr mlm arowana beli apa lebih kurang nak wat laksa.. terjumpa Kak Nah ngan Hj Rahim kt psr mlm .. balik siang ikan.. simpan kt dlm freeze.. esoknya bangun rebus ikan.. maka bermulalah acara seterusnya.. dan berakhir dengan hasilnya.. Kuah Laksa dan bahan2nyala apa lg.. begini rupanya Laksa Versi Nomi..





Tuesday, January 26, 2010

Piknik kt Lata Bukit Hijau..

Hari Ahad si Adam ajak p mandi pulak.. so kami pun cadang p Lata Bukit Hijau.. Best gak air jernih.. Apalagi si Adam dan Arfan mandi sakan.. sampai makan nasi dan keropok pun dlm air.. tak mau naik atas.. Mandi sampai kecut tangan.. badan dah ketaq pun tak mau naik.. Si Arfan pula mulanya tak mau pakai baju masa nak mandi.. dia ingat mcm mandi kt umah.. nangis2 tak mau pakai baju dan seluaq.. pa lagi aku celup kaki dia dlm ayaq br dia mau pakai baju.. "Ejuk la mama" dia katanya kt aku.. tau pun.. si Adam plak yg paling last naik pakai bj nak balik.. tu pun dia kata nak tidok kt situ.. pa lagi cakap kata ada H..tu klu malam terus naik tak ckap byk.. tu la bila budak2 klu dah jumpa air... Apapun insyaallah kami sekeluarga akan datg lg ke Lata Bukit Hijau.. Bersih tempatnya.. Kawan2 jgn lupa singgah ke sana..





Sampai jer posing dulu..




x habih lg dok berendam..



aku..


Beremdam dlm air..

Bersiar2 d Tasik Mengkuang..

Sabtu lepas p jln kt Tasik Mengkuang tmpt org jogging.. kami p dah kul 5.30 ptg.. sajer p ronda.. teman my hubby jogging.. sambil tu posing2 dulu..


Ngan si lelaki kecik ku..


Posing nampak..



Manja nyer..


Adam ngan keretanya..


Lelaki ini.. ngan gaya yg berbeza..



Cewah..

Wednesday, January 20, 2010

Kenangan2 ketika berkursus

Sajer nak load gambaq semasa p berkursus tuk tatapan kawan2..
Harap layan jer.. (gmbaq byk lg tak larat nak load byk2)..


1) Kursus kt Lata Iboi, Baling Kedah

Dok makan lepas hiking gunung Inas.. letih tp best..

Buat tugasan redah air tp tangan x bole lepas.. susah tu..
Warming up sblum panjat gunung..

Posing dulu..

Kami dok nyanyi lagu "Matahari"..

Dgr taklimat sblm mula kursus..

2)Kursus kt Gua Tempurong,Perak
Dlm Gua Tempurong.. gelap tol..

Bergambar ngan Tok Batin org asli.. yg dpn skali dok duduk tu nmpak tak?
asli tol rumah depa kan..

Air terjun Lata Kijang.. kami daki bukit utk smpai ke situ..

Hotel kami.. best tau.. cubala mai kursus kt sini..

Letih tol.. smpai kt pkampungan org asli.. tgk depa mmg asli betul

Posing kt bus smpai je kt kaki bukit lata kijang.. mcm2 gaya ada..
2) Kursus kt Pulau Langkawi
Buat tugasan interviu pelancong(org Oman)..

Posing dlm kelas..

Buat tugasan main gendang.. reti ke tu? glak org tu kt kami..
Bergambar ramai2 sblm betolak..
Ni group kami.. TEGUH namanyer..

Tuesday, January 19, 2010

Kongsi Resepi...

Disebabkan kawan2 sume suka masak-memasak so saya bg la resepi ni kot2 nak cuba..

Gulai Ikan Talang

BAHAN-BAHAN:
500 gm ikan talang masin (rendam dulu)
250 ml santan
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
15 tangkai cili padi
1 helai daun kunyit
Garam
CARA MENYEDIAKAN:
1.Ambil bawang merah, bawang putih, ku¬nyit hidup dan cili padi, kisarkan.
2.Sediakan periuk, masukkan kesemua bahan kisar tadi.
3.Tuangkan santan dan kacau perlahan-lahan di atas api sederhana kecil.
4.Selepas itu masukkan ikan talang dan bubuhkan sedikit garam jika perlu secukup rasa.
5.Akhir sekali, masukkan daun kunyit. Biarkan kuah mendidih.
6.Tutup api dan bolehlah hidangkan.


Puding Roti Kukus

Bahan-Bahan:
roti - 1 bungkus
susu cair - 1 tin
gula - ¾ tin susu
telur - 4 biji
mentega - 3 sudu makan
Sedikit Asen vanila

Cara:
1. rendamkan roti dengan air suam separuh lembab 2. pukul telur, mentega dan gula sampai kembang 3. tuangkan adunan yang dipukul tadi kedalam roti. gaul sehingga sebati 4. kemudian masukkan susu cair dan gaul hingga sebati. 5 masukkan dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas minyak 6. Kemudian kukus selama satu jam 7. setelah sejuk masukkan puding tersebut dalam peti ais

Selamat mencuba yer.. (maaf yer gambaq tak ada..)

Monday, January 11, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Salam Tahun Baru 2010 buat semua.. Say good bye to 2009.. azam tahun ni nak lebih dari tahun lepas jer.. klu dah bhgia nak lebih bhgia tahun ni.. klu nak murah rezeki harap lebih murah lg tahun ni.. Apapun thun ni sibuk sket sbb Adam dah msk sekolah darjah satu.. ari2 p antaq dan ambik.. penat sket.. Apapun itu semua memerlukan pengorbanan... SELAMAT TAHUN BARU 2010....
Related Posts with Thumbnails