Followers

Friday, July 25, 2014

SeLaMat HaRi RaYa AiDilFiTri...........

Assalamulaikum....

Di kesempatan ini Akak Normi dan keluarga ingin mengucapkan.....

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN "....

Kepada semua rakan-rakan, geng blogger dan kepada reader yang sudi terjah ke blog picisan akak ini...

Semoga lebaran kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua...

Semoga perjalanan kita lancar dan selamat di jalanraya....




Wednesday, July 23, 2014

Persiapan Raya....

Assalamualaikum...

Akak bercuti panjang ok.... bukan cuti raya...tapi cuti berblog....puasa ni malas nak update blog.... perut lapar tak der idea nak tulis....hahaaa...bole gitu....:p

Sempena Raya kali ni akak just tambah cuti 3 hari jer... tak ambik lama sangat...cuti rehat pun tinggal tak banyak hari dah.... huhuuu.... jadik le campur semua dapat 9 hari cuti beraya...yehaaaa yabedoobedooo.... sakan jugak kan.... insyaAllah malam jumaat bertolak balik kampung....

Raya ni jugak akak tak banyak pun order kuih muih...ada la sejenis dua tiga kuih raya..... rempeyek...kacang... maruku.... kek....lainya adik akak di kampung buat kuih raya....  harap akak nak buat sendiri tak punya sebab anak dara tu suka sangat kacau akak di dapur.... nanti projek kuih raya tahun depan....hahaa....itupun belum tentu....:p

Duit raya pun sudah tukar... tak banyak mana pun.... alhamdulillah...

Persiapan baju pun ala kadar jer.... anak-anak jer persiapannya lebih sikit....


Gambar ni hanya sebahagian je.... di rumah ada lagi...kuikuiii.....



Note: Lagi 4 hari insyaAllah kita nak berpuasa...kejap jer kan masa berlalu....

Thursday, July 17, 2014

Sunday, July 13, 2014

Pray 4 Gaza...

Assalamualaikum....
 
Hari ini akak terpangggil nak luahkan perasaan yang sangat sedih dan hiba.... kisah peperangan ke atas saudara umat Islam kita di Gaza Pelestin....

Marilah kita berdoa menadah tangan agar Peperangan ini tamat....Kasihanilah saudara kita di sana.... Ya Allah moga Kau lindungilah suadara kami disana.... hentikan lah kekejaman ke atas mereka....Amin...


Note: sangat sedih bila tengok foto2 kejadian di Gaza yang di hantar kat FB... Foto2 berdarah.... foto2 kematian.... foto2 anak2 kecil yang tak berdosa.... wanita2 yang lemah.....sedihhh....:(

Tuesday, July 1, 2014

CARA BETUL TUKAR GEAR AUTO


Assalamualaikummmm

Salam 4 Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua.... masih tak terlambat lagi kan... masih di awal bulan Ramadhan kita semua ye.... harap2 kita di berikan kesihatan yang baik agar dapat berpuasa penuh tahun ni....aminnn...

Ini post pertama akak di bulan pusa yang mulia ini... oleh sebab tahap kemalasan yang maksima nak buat entry di blog kecik akak ni.... oleh kerana tak sunyi sepi jer so akak buat jua entry copy & paste.... kongsi tak salah kan???.... benda yang baik dan boleh memberi manfaat pada orang lain kita kongsi selagi bole....hehee...

Rasa cam skema jer ayat2 akak dari atas kebawah....hahhhhaa...puasa kot jadi gitu....:p

Bagi yang sudah tahu...its ok...


 CARA BETUL TUKAR GEAR AUTO

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.
Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.
JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.
Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.
Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.
Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.
p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L - Low gear, gear pertama
=========================
Ingin kelainan pada kereta anda? Nak kereta anda STYLO & RARE?
Buka je pintu kereta, SPECIAL LOGO DOOR LIGHT akan pancarkan LOGO di bawah pintu kereta. Pasti nampak BERGAYA.



Note: info ini amat berguna bagi akak yang hari2 bawa kereta yang bergear auto...hahaaa...peringatan untuk diri sendiri jugak.....:p
Related Posts with Thumbnails