Followers

Wednesday, December 29, 2010

Lagi 1 hari... Apa azam anda?...

salaam..

Wah!!! 1st time bersiaran dari rumah.. baru jer pasang tenet kat umah..ketinggalan kan.. sebelum ni update blog klu ada masa terluang kat ofis jer.. hehe... ari ni saya cuti sbb pengasuh anak2 ada hal persekolahan anaknya... bukan sbb Malaysia menang piala Suzuki tu tau.. dah apply cuti dari minggu lepas lagi.. Apapon mari kita ucapkan tahniah pada pasukan Harimau Malaya kita.. johan tuh.. bukan senang nak boleh menang.. yang untung satu malaysia jugak.. sebab boleh cutiiii... wah best.. kira 4 hari la cuti sekali sabtu dan ahad.. untung2.. apa plan yer tuan2 dan puan2??...hihi.. kira masuk keje tahun baru la 3/1/2011.. hari tu jugak anak2 masuk sekolah semula... busy semula semua orang...

Ni nak cerita pasal 1 hari lagi nak masuk tahun 2011.. apa mcm dah ada azam tahun baru ka?.. azam saya nak buat yg baik dari tahun 2010.. baik dr segi kewangan.. anak2.. dan segala-galanya.. amin.. doakan yer.. semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun2 sebelumnya..

Monday, December 27, 2010

PENANG TAK DER AIR HARI NI....

Salam..

Huaaa..huaaaa hari ni 28/12/2010 Penang diistihar tak der air.. berita ni dah di maklumkan dalam paper dah hampir sebulan... pasal apa sebab ada penyelenggaraan katanya.. lunch tadi pegi makan kat luar servey punya servey banyak kedai makan tutup sbb tak der air nak masak dan basuh pinggan mangkok.. ada satu kedai nasi campor yang kami singgah tu makan guna pinggan pakai buang jer.. nasib baik ada ayer untuk minum klu tidak tercekik kami... untuk basuh tangan pon ada sikit.. kena jimat..

Tempoh tak der air lebih kurang 12 jam katanya.. dari pukul 8.00pagi hingga 8.00mlm.. tu pon belum tentu tepat masanya... kat tempat keje tak der masalah sbb air dari tangki besar ada.. nun yang masalahnya bila balik rumah nanti.. tangki air kecik jer.. mampu untuk buang air jer.. mandi pon belom tentu.. kena tunggu air ok dulu.. macam mana la balik kejap lagi.. ada la simpan sikit air dalam baldi dan besen kecik.. tu pon untuk basuh tangan jer.. anak2 pulak macam mana la kat rumah mak pengasuh tu.. Si Adam mandi siap-siap dari rumah pagi tadi.. cuma Arfan jer nak mandi kat rumah mak dia... mak pengasuh dia dah siap simpan air untuk Arfan mandi.. petang pulak tak tahu laaaa....

Doakan bekalan air dapat dibekalkan mengikut masa yang ditetapkan.. kalau tidak????... paham jer la kengkawan semua...huhu..

Thursday, December 23, 2010

Lirik lagu "INSYAALLAH"

Salam..

Dah hari Jumaat laaaa.. kejap jer rasa.. lagi seminggu lagi masuk tahun 2011.. insyaallah.. dah sebut jer insyaallah mesti kengkawan suka lagu ni kan.. "INSYAALLAH" Maher Zain.. meletup-letup mcm bom atom lagi ni.. bukan jer org dewasa yg jatuh cinta kalau dengar lagu ni.. kanak2 tecik pun dah pandai nyanyi.. yang bestnya kanak2 just boleh nyanyi kat rangkap yg "Insyaallah 3x..insyaallah you’ll find your way".. anak saya si Arfan tu selalu nyanyi.. kira lagu ni dapat memberi satu impak yg baik pada semua peringkat...

nah ni lirik lagu tu.. klu senang2 kengkawan bole gak nyanyi ok..

INSYAALLAH...

By: Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way...

INSYAALAH.. petang ni lepas keje nak balik Kampong ku...hehe..

Wednesday, December 22, 2010

30,000 produk online

salam..

Hebat ni.. 30,000 produk boleh beli secara online.. banyak nya weiii... lepas dah tak yah pegi shopping mall la kiter.. order jer sampai depan mata.. klu nak tahu sila la layari PostMe.com.my


**POS Malaysia Bhd (Pos Malaysia) menyasarkan untuk menambah jumlah produk jualan kepada antara 25,000 hingga 30,000 tahun depan menerusi portal dagangan elektronik
(e-dagang) terbesar di Malaysia, PostMe.com.my yang diperkenalkan, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Pemasarannya, Pat Wahid, berkata ketika ini, portal berkonsep kedai maya itu mempunyai lebih 70 rakan niaga yang menawarkan lebih 6,000 produk jualan.
Katanya, pengenalan PostMe.com.my tepat pada masanya memandangkan Pos Malaysia mempunyai keupayaan menggabungkan ciri keselamatan beli-belah dalam talian serta disokong rangkaian penghantaran sedia adanya menerusi kira-kira 10,000 posmen dan kira-kira 700 cawangannya di seluruh negara.

“Kami juga menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 kunjungan pelawat setiap hari untuk melayari portal berkenaan awal tahun depan dan ia tidak mustahil dan realistik kerana PostMe.com.my satu-satunya portal e-dagang yang menawarkan pelbagai saluran bayaran termasuk secara tunai,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya bercadang memperkenalkan dua perkhidmatan baru iaitu penerimaan berasaskan permintaan dan farmasi ke rumah menerusi PostMe.com.my.***

(artikel dari MYMETRO)

Sunday, December 19, 2010

Gi melawat Dinosour..

Salam..

Petang semalam my hubby ajak gi jalan2 Jaya Jusco Perda.. memang tempat kesukaan anak2 saya le tu.. apa tak nya suka sbb boleh tgk mcm2 kat JJ tu.. luas betol.. sampai lengoh kaki dibuatnya.. plan nak gi tgk dinosour di Petrosains Dinotrek 2.. alang2 ada buat kat area sini bole pegi tengok..lg pon belum bawa anak jln2 lg sempena cuti sekolah ni.. Adam baru jer semboh sunat.. tak payah pegi KLCC nun di sana..
Awalnya plan nak masuk berempat..... tut2 Arfan takot lak bila sampai kat depan pintu utama Dinotrek tu.. siap nak nangis pulak dah.. siap kata "adik akutt".. arfan memang takot ngan dino.. so my hubby bagi jer Adam ngan saya masuk.... my hubby lak teman adik main2 kat playground kat luar tu.. best bila dapat tgk dinosour ni dari dekat walaupun dino tipu2 jer.. nampak mcm real jer.. nasib Arfan tak masok klu tidak mesti melalak nangis punya sbb dino tu siap berbunyi kuat dan bergerak-gerak.. Adam pulak teruja tgk pelbagai jenis dino yg ada.. ada mainan game.. so bergambar sakan la kami berdua dgn dino2 tu..best sebab dapat memberi pendedahan tentang dinosour kepada anak2 dengan lebih dekat..


Pintu Utama...


Sesi bergambar berlatarbelakangkan Dino yg nak makan kami.. nasib baik lagi..hehe.. gambar ni di send ke Email kita..





Adam main game..




Ibu dino tu sdg care anak2 nya... dino pun sayang anak tau..


Tgk tu anak2 dino.. cute jer..






Belakang Adam tu ada rangka dino.. boleh pulak kuis2 tanah kat situ untuk tgk rangka dino.. kira dapat la pengalaman jumpa rangka dino..hehe..



Takot betul dino ni.. garang jer dia bunyi.. mcm nak makan orang..

Wednesday, December 15, 2010

Model poster..

Salam..

Ni kes adik saya yg bongsu tu ada keje kat satu syarikat pengiklanan di Aloq Setaq.. Boss dia nak buat poster yg mengambarkan Negeri Kedah..
Adik saya tu suggest la nak letak gambar satu family kat poster tu.. so jadi mangsa la kami anak beranak... tup2 dia masukkan gambar kami bertiga.. masa tu tgh mengandung yg si adik.. kira gambar lama tahun 2008...
Poster ni letak betul2 di hadapan Tol PLUS Pendang.. klu lepas bayar tol tu sampai di trafic light mesti nampak kami bertiga.. glamour kami.. semua orang kampong tgk... klu balik kg jer mesti dapat tgk kami.. kira macam duta Pendang la jugak kami ni.. hehe..
Ramai kawan2 yang ternampak poster mesti bagitau...malu la pulak..

Hah ni le rupa poster kami anak beranak tu.. klu balik kg jer mesti anak saya si Arfan tu kata tu mama, abah dan abang... so gelak la kami anak beranak dalam kereta..


Tuesday, December 14, 2010

Kursus yg lepas..

Salam..

Baru2 ni ada attend kursus di langkawi.. kursus Bina Asas Negara.. kursus ala2 santai jer.. awal tu terfikir jugak kursus ni mcm BTN tu ke?.. bila pegi ke ke sana baru tahu tak sama pon.. kira tak stress sangat la.. kursus ni ada 3 kumpulan yg kena pegi.. kira kami kumpulan yg ke 3... yg bestnya pegi kursus ni sambil menyopin.. sambil menyelam minum air.. boleh dalam berkursus tu masing dah cakap pasal nak beli itu ini.. isk isk.. pa pon layan je gambar2 kenangan ni...


ketika menunggu feri yg belum kunjung tiba.. kat jeti Kuala Perlis.. masa ni belom ramai lagi orang yg duduk di belakang..


Sempat lagi posing sorang2 dalam feri.. kes tangkap gambar sendiri.. tu yg senget jer kepala..


Suasana dalam feri.. sambil layan TV gambar Zoo yg lan pet2 berlakon.. lucu gak sampai tak rasa bot dah tiba..


Tu dia dah nampak si helang gergasi yg tak pernah terbang2 lagi.. Pulau Langkawi menggamit..


Masa ni nak pegi dengar ceramah di dewan utama.. sempat lagi posing kat depan rumah lobby Tok Senik Resort.. tak pegi dekat sbb tak larat naik bukit tu.. resort ni bebukit bukau.. nak ke bilik pon jauh.. tapi di sediakan van klu nak ke satu2 tempat.. klu nak jalan pon boleh sbb kat sana redup jer tak panas sbb byk pokok2..


Sempat posing dulu depan bilik kami menginap.. ni ketika sebelum pegi buat tugasan luar di sekitar langkawi.. resort ni macam rumah2 kampung.. tapi lengkap prasarananya macam hotel... kira best la..



Hah.. ni dia bentuk resort kami duduk.. ada yg sebijik2.. ada yg macam rumah besar.. ikut permintaan..


Posing lagi.. tak habis2..


Dewan utama.. cantik..


ni ketika buat aktiviti luar kat pantai Cenang.. ketika ni sedang berbincang sbb esok pagi kena present..


sempat posing dulu..


posing reramai ketika malam dinner..


Masa ni posing atas bas ketika nak balik... masing2 tak sabar nak pegi sopin.. gambar sopin tak ambik pon sbb tak sempat.. ramai orang maklum la cuti sekolah..


Bergambar bersama akak2 satu tempat keja ketika tggu feri nak balik... muka letih ya amat..


Suasana ketika di jeti.. masing2 penat..


klu free nanati saya update cerita pegi ronda2 Perlis pulak..

Monday, December 13, 2010

Adam dah..

Salam..

Saja jer nak kongsi gambar Adam ketika dalam pantang bersunat..
Bersunat pada 7 hb 12 bersamaan 1 Muharram..
Pukul 11.00 pagi..
Di klinik Munirah-Iskandar..




Adam sedang berehat sambil main PS2 bersama2 sepupunya..

Sunday, December 12, 2010

kembali daaa..

Salam..

Lama tol tak berblog ni rinduan laaa.. sejak balik kursus tak sempat nak jejalan ke blog kengkawan.. lepas tu cuti pulak balik kampong sebab berkhatan Adam... dah hampir seminggu Adam berkhatan.. nanti saya load sekeping dua gambar Adam dalam pantang berkhatan hehe... apapun hari ni dah masok keje.. masih mood cuti...

Tuesday, November 30, 2010

Laaa dah hujung tahun rupanya...

salam..

Hari ni sudah 1 Disember 2010..(ada lagi 30 hari lagi)..
Dah hujung tahun laaa..
Pejam2 and celik2 dah nak masuk tahun baru kita kan...
Rasa baru jer 2010 tup2 nak masuk 2011 pulak..
Umur pon bertambah kan..kan..kan... Dah semakin tua...tapi perasan muda lagi..hehe..
Kena buat azam baru lagi... yg tahun lepas pun belum lepasi target.. mcm mana tu...

Apapun...
SEMOGA TAHUN 2011 MEMBERI SINAR BARU BUAT KITA SEMUA..
AMIN..

Sunday, November 28, 2010

Cerita korban lepas..

Salam..

Saja nak cerita sket pasal buat ibadat korban pada hari raya pertama Hari Raya Haji baru2 ni.. tak sempat nak cerita minggu lepas sbb kena pegi kursus kt Langkawi.. balik cuti raya terus pegi 22/11 isnin sampai 25/11 Khamis baru balik tu pun sampai lewat malam.. penat tahap gaban tul.. esok keja pulak.. malas nak ambik cuti rehat.. sudah jadi adat klu gi langkawi mesti kena soppin2 sket.. sebab musabab soppin la kami ambik Feri yg last sekali.. so sampai pon lewat malam kat rumah..
Ok bukan pasal langkawi nak cerita ni.. tapi kisah korban di rumah kat kampung.. ada sket gambar2 untuk tatapan kengkawan semua..hihi layan jer yer..


Dalam kelam kabut nak sembelih lembu sempat lagi Adam and the sepupu2 nya berposing..
org kat belakang tu sibuk tgk lembu yg dah rebah tggu nak sembelih jer..


Masing2 sibok pegang tali lembu sbb nak rebahkan lembu tu..
my hubby pon tarik jugak (yg pakai baju T merah membelakangkan camera)..


Akhirnya lembu pun selamat dikorbankan.. alhamdullilah..
masa ni tak tgk pon takut..


Orang lelaki sibok ngan lembu..
para2 ibu pulak sibok siap buat persiapan nak masak kat dapor...
kami ada buat kenduri sket untuk jamu orang kampong yang datang..


Lembu yang sedang di lapah..
gambar ni adam yg snap sbb saya ni takot sket nak tgk darah2 ni..


Ni la gambar lembu sebelum di korbankan..


Ni lak gambar Adam dan Arfan serta sepupu2 nya sedang kusyuk tgk org sedang sembelih lembu.. Kakak saya pon tumpang sekaki..



Alhamdullillah.. akhirnya tercapai jugak hasrat kami sekeluarga nak buat Ibadat Korban tahun ni.. Moga di murahkan rezeki lagi untuk tahun depan.. insyaallah..

Sunday, November 14, 2010

Kelebihan Korban

Kelebihan melakukan ibadah korban

HARI RAYA Haji dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah.

Hari Raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:

"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah .....'

Pada hari ini, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam telah mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin.

Manakala dari segi kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antarnaya ialah:

1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.
2. Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.
3. Bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.

Sementara kelebihan ibadah korban dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan pula ialah:
1. Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama Muslim.
2. Melahirkan sikap penyayang.
3. Memupuk sifat suka berkorban dan bersedekah.

Namun demikian, seperkara yang patut diberikan perhatian di dalam melakukan ibadah korban ialah agar ianya dibuat di atas dasar keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wataala semata-mata dan bukan sebagai jalan untuk bermegah-megah dengan kekayaan yang ada. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala hanya akan menerima amalan seseorang itu mengikut tahap keikhlasan dan juga ketakwaannya dan bukan kepada besar atau kecilnya binatang yang dikorbankan itu.
Firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu...."

Menyedari akan kelebihan ibadah korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan bersegera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya, di samping memperbetulkan niat agar segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wataala demi kebahagiaan di akhirat nanti...

**** INSYAALLAH...SEKIRANYA TIADA ARAL MELINTANG SAYA DAN KELUARGA AKAN MELAKUKAN IBADAH KORBAN TAHUN NI DAN SEDIKIT KENDURI KESYUKURAN DI KAMPUNG.. SEMOGA IA DI BERKATI OLEH ALLAH...

Sunday, November 7, 2010

Just nak promote Bantal Panas Electric.. A.K.A Tungku Moden..

Bantal Panas @Tungku Elektrik Mudah dan Berkesan

Produk ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan anda, ia sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga.
Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.

Fungsi :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Ciri-ciri:
Cecair merupakan air garam bukit dan gel, ianya diisi sekali sahaja dan mudah di bawa ke mana-mana.

Berat = 1.7kg++ setiap satu

Siapa yang sesuai memakainya?

* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.

Cara-cara penggunaan:
Caj tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam.


Penting:
1. Pastikan sambungan plug sempurna.
2. Selepas lampu caj terpadam bekalan elektrik hendaklah ditutup.
3. Tanggalkan wayar caj dari bantal.
4. Elakkan dari meninggalkan tungku ini pada suatu bahagian di badan terlalu lama bagi mengelakkan masalah kulit.


Hubungi saya klu berminat... normi@psp.edu.my (013-5056933)

Satu bantal cuma RM45.00

Mudah di bawa kemana-mana saja.. ke tempat kerja.. dalam kereta.. balik kampong..
Boleh dijadikan buah tangan kepada Ibu Dan bapa..

Monday, November 1, 2010

Celebrate besday adik..

Salam...

Cerita ni miggu lepas punya.. 25 hb lepas kan besday Arfan Harith.. so ada la buat sambutan kecil-kecilan malam tu.. cuma kami sekeluarga jer.. selalunya buat di rumah kali ni saja nak buat kat mcD.. di mcD kan ada playground so boleh lah bebudak tu makan sambil main... saya order 3 set burger.. aiskrim... fun fries.. milo ais jer.. ala2 kadar jer..

Ada aksi potong2 kek dan makan2 jer.. selain tu sesi bergambar.. layan jer foto2 yg my hubby snap tu...


Tadaaa kek besday.. Kek tu share 3 org.. my hubby besday pada 17/10 baru2 ni.. yang Adam pulak dah lepas lama dah.. saje letak nama dia sama sbb merajuk la klu tak da nama dia... kek ni order dari member tempat keje..



Acara potong kek.. Adam tumpang sekaki potong kek.. klu tak bagi mesti muncung jer mulut dia merajuk..


Besday boy sedang makan fun fries.. suka sgt dia mkn.. sorang dia habis kan yg saiz besar..


Tak sempat ready daaa...


Aktiviti lepas makan... main sepuas-puasnya ajak balik tak mau.. hehe
Related Posts with Thumbnails