Followers

Wednesday, March 30, 2011

sarapan pagi ni...

Assalamulaikum..

Selalu pepagi ni gi kantin tempat keja untuk sarapan pagi.. tapi geng sarapan pagi cuti sakit (mc) la pulak... so sorang la hari ni... fikir punya fikir nak tapow jer la... last2 beli bihun goreng simple jer sebungkus... mak oii pedas la pulak.... apa pun dah habis di makan sebentar tadi...hehe.. kenyanggg..


bihun goreng pedass..tapi sedap...

Monday, March 28, 2011

Boss kasi ni...

Assalamualaikum...

comel tak???...gift ni boss kasi kebetulan boss baru balik dari China minggu lepas... cantik tak???.. kami yang jadi AJK penghulur sijil masa konvo semua dapat... kain dia cantik .. beg comel ni lain dari yg ada di jual kat sini... saya jadikan beg ni sebagai beg letak bedak..gincu..minyak wangi n losen... Thanks Boss... untuk makluman Boss kami ni perempuan tau... hehe...


interframe sat...

ni la beg comel n cantik yang Boss kasi tu... haha..

Tuesday, March 22, 2011

bertugas di hari konvo PSP..

Assalamualaikumm...

Maaf sbb lambat sikit buat n3 ni... Ahad n Isnin 20/3 ~ 21/3/2011 baru2 ni ada majlis konvokesyen di PSP... hari Sabtu 19/3 ada reherseal.. so 2 hari cuti kena kerja la... tak per kami dapat cuti ganti.. bila2 masa saja boleh apply... saya bertugas pada hari2 tersebut... kira kami bertugas di belakang tabir atau belakang tirai ja... tugas penghulur skroll... tolong passing skroll pada student yg dah grade.... sempat gak snap gambar untuk buat kenang-kenangan... namun masa tgh hulur skroll tu tak boleh nak snap gambar sbb dilarang ambil gambar masa majlis berlangsung... gambar2 ni pun sempat ambil masa majlis belum mula lagi... hehe..


sempat lagi... masa ni kalut2 ambik gambar sbb dah nak mula majlis... hehe..


Back drop atas pentas... purple colour...


masa ni student2 yg grade baru masuk mengambil tempat... di belakang pulak tempat duduk ibubapa...

Tuesday, March 15, 2011

Azab bagi kaum wanita...

Assalamualaikum...

Just nak share email yang saya terima baru2 ini...

AZAB BAGI KAUM WANITA
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,
"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuanyang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Monday, March 7, 2011

foto2 d Besut...

Salam...

N3 ni saja nak share foto kursus d Besut ngan kengkawan semua... tak byk mana pon... sbb letih mak oiii... tak kuasa nak posing bagai... layan jer la foto2 saya yg ntah apa2 ni...

Ativiti kami di sana...
-Ice breaking dan game (mlm pertama)
-tidor dalam khemah tepi pantai (mlm pertama)
-berjalan sejauh 6 km dari kem (hari ke2)
-daki bukit (hari ke2)
-tangkap ikan keli(hari ke2)
-masak beramai2 (hari ke2)
-latihan dalam kumpulan(hari ke2)
-Mian game perang tengah malam (peluru buat sendiri ngan air jer)(hari ke2)
-Berjalan sorang2 tengah malam (pukul 2 pagi...)(hari ke2)
-tidor berbumbungkan langit tepi pantai(hari ke2)
-latihan dalam kumpulan (hari ke3)
-Aktiviti memancing (hari ke3)
-Masak beramai2 (hari ke3)
-river cross (hari ke3)
-ramah mesra ngan orang kampung di masjid Kg keluang (hari ke3)
-latihan dlm kumpulan (hari ke3)
-tidor dalam khemah tepi pantai (hari ke3)
-tugasan luar di pekan Kota Bahru (hari ke4)
-barbeqeu (hari ke4)
-perbentangan kertas tugasan (hari ke4)
-Bertolak balik (hari ke4)...


Ni saya yg tergantung tu tau.. best buat benda ni... mula tu takut jer... bila dah buat nak buat lagi... hehe.. ini aktiviti pertama kami hari ke-2... mlm pertama kami ada icebreaking jer.. buat kumpulan masing2... mlm tu buat khemah sendiri untuk tidor... kira dah dua kali tidor dlm khemah.. sblum ni kursus tahun 2009 dulu... best woo.. ingatkan panas dlm tu rupa nya sejuk jer... mungkin waktu mlm kot klu siang mau panas dlm tu...


yess.. posing jap lepas berjaya turun dari atas sana...hihik..


Ina dan kak Wada ni geng khemah saya.. sempat lg posing sblum naik atas utk terjunnn...


masa ni kami semua tgh bersiap sedia nak panjat bukit... kami semua wajib bawa beg ala2 tentera gitu... dlm tu ada brg keperluan sendiri.. selain tu ada juga periuk yg tentera guna untuk masak dalam hutan tu.. klu tak salah Bukit Keluang nama bukit tu... mak oii nama jer bukit tapi bila dah mula panjat tu mcm gunung pulak... awal2 naik tu curam sgt rasa mcm nak terlentang ke belakabg jer... penat tak yah cakap la... sampai berhenti berkali2 utk ambil nafas... tak sempat snap kat atas sebab penat tuhan saja yang tahu...hehe...


Ewah-wah sempat posing lagi... masa ni kami baru lepas dari berjalan sejauh 6 km dari kem menuju ke kaki bukit Keluang...penattt wehh..


Yang ni pulak aktiviti kami selepas panjat bukit... tahu tak kami kena tangkap ikan keli dalam parit tu... setiap kumpulan kena dapat 11 ekor ikan keli...mau habis kami ngan lumpur merah... saya tak dapat sekorr pun ikan... dapat penat jer...hehe...lepas tu kami kena masak sendiri ikan keli tu bersama sardin dan telur yang dibekalkan oleh jurulatih kami... memang suvival sangat... kena buat dapor dan hidupkan api sendiri... lepas tu makan la ramai2 kami semua....


Aktiviti memacing pada hari ke-3... kami di beri umpan, mata kail dan tali tangsi tuk buat joran... kayu joran lak ambik pokok2 yg ada di sekitar tu jer... kali ni kami tak dapat sekor ikan pon sbb bukan senang nak pancing ikan di laut... abis jer aktiviti pancing ikan tiba la masa untuk memasak pulak... mcm hari ke-2 jugak kami di beri sardin dan telur berserta ayam... masak ikut kumpulan mcm biasa... akhirnya kami berjaya menghasilkan lauk pauk seperti di bawah ni... sedap jugak...hahah..



sempat posing sat... masa ni kami ada aktiviti luar kat pekan Kota bahru... kami kena buat tugasan luar... sambil tu kena interview orang dan peniaga di situ... kami ambil peluang untuk menyopin itu ini... hahak.. sempat lagi tuuu...


kenangan bersama geng kumpulan... masa ni mlm last kami di sana... mlm tu ada barbeqeu kambing untuk kami semua....hoo yeii... esok tu kami bertolak balikkkk...

Klu nak ikut tu byk lagi nak cerita... saya cerita ringkas2 jer la... penat tak habis lagi... apapun dari kursus ni saya dapat byk pengalaman... yang pasti team work antara kami semua memang hebat... klu d beri peluang lagi rasa2 nak pegi lagi nihhh.... heheh...

Sunday, March 6, 2011

Rindu-rinduan...

Salam..

rindunyaaa kat blog saya niii... 5 hari tak jengok2 kengkawan blogger semua... pasal kursus tu la saya rindu-rinduan ni... mana tak nya kena kursus tempat yang tak der nya tenet2 ni... tepi pantai dan di hutan jer... saya ni dah mcm udang kena bakor jer...sunburn... main panas dan embun jer... tido, makan dan mandi tak cukup... survival sgt... mcm ala2 komando gitu...tapi seronok sangat kursus ni... saya bagi 4 bintang.. memang mantop laaa... lain dari yang lain... rasa mcm nak gi lagiii.... kahkah... nanti saya share sekeping 2 gambar saya di sana..di sana...
Related Posts with Thumbnails