Followers

Thursday, April 11, 2013

Menu Hati....

Baju Kotor…..


Sepasang suami isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru. Setelah memindahkan kesemua perabot dan barangan, si isteri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis. Di situlah nanti dia akan menghabiskan masanya dengan menulis dan mengemaskini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa.

Sambil menulis, dia dapat memerhatikan segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang disewa. Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu kawasan yang terkenal sebagai kawasan yang berpenduduk padat. Pada suatu hari, dia ternampak jirannya menjemur baju. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila suaminya pulang, diceritakan kepada suaminya perihal jirannya itu. “Saya rasa jiran kita itu tidak reti mencuci bajulah abang,” luahnya kepada suami, satu-satunya teman berbual. “Kenapa sayang cakap macam tu?” “Sebab saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih. Masih ada lagi kotoran yang melekat.”

“Oh,” balas suaminya ringkas sambil mencuri pandang kea rah tingkap. Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya, “jiran kita itu dah reti cuci baju. Saya tengok baju yang dia jemur tu bersih. Tidak macam biasa.”

Suaminya terangguk-angguk. “Masalahnya bukan jiran kita itu tidak tahu mencuci baju atau cuci baju ala kadar, tetapi masalahnya ialah tingkap kita ni yang kotor. Hari Ahad tu abang dah cuci tingkap tu sampai bersih berkilat, “ jelas suaminya.



Pengajaran:

Satu jari telunjuk yang menunding kearah orang lain, hakikatnya empat lagi menunjuk kearah diri kita sendiri. Sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri belum jelas tentangnya, koreksi diri kerana kita juga ada kesalahan sendiri………


"Sharing is caring....selamat berhujung minggu bersama keluarga...:)"

Tuesday, April 9, 2013

Allyssa is 6 months...

Assalamualaikum...


Hari jumaat 5/4/2013 lepas genap la Allyssa 6 bulan...
akak saja jer nak wat happening sket....
so akak tempah la kek buat makan2...
kira Allyssa dapat potong kek la hari tu....
dah kali kedua la Allyssa potong kek...
1st time masa 3 bulan...hehe....
saja ja mamanya yang teringin nak makan kek sebenarnya...haha...
mama yang overrrrr....kihkih

Ini kek Allyssa masa genap 3 bulan...

Ini lak kek 6 bulan.... haha

Allyssa buat perangai time ni...
x nak posing ngan kek...
mengantuk la tu...:)

Time potong kek terus buat muka sedih...huhu...
tapi kena paksa jugak potong kek...haha...

Note: kek2 ni semua mama, abah dan abang2 Allyssa yang makan...si potong kek nengok jer...hahaaa... insyaallah kita potong kek tuk 9 bulan lak yer dik...kuikuiiii

Tuesday, April 2, 2013

Xtvt mandi manda...

Assalamualaikum...

Kerana memenuhi permintaan anak-anak nak mandi air terjun... So Ahad lepas akak anak beranak pergi bermandi manda di Lata Bukit Hijau... tempat dah selalu pergi... ok jugak la... kira 1st time jugak la Allyssa ke situ... hehe... layan jer la dik permintaan abang2 tu yer... kalau ikut akak tak nak pergi sebab tak sesuai ngan baby kecik kan... risau gak sebab masuk hutan sket... nasib baik Allyssa ok...hehe

meh tengok foto2 kami....









Allyssa tengok jer Abang main air...huhu...



Note: 2 hari lagi genap Allyssa 6 bulan... jap jer... kiter potong kek yer dik...hehe
Related Posts with Thumbnails