Followers

Tuesday, August 31, 2010

Dah habis shopping ke???

Salam Ramadan dan Salam Merdeka..

Hari ke 22 Ramadan...

Wah2.. bercuti panjang yer kawan2.. saya kt Penang cuti panjang.. dari cuti Nuzul al-Quran (jumaat) hingga ke Hari Merdeka.. hihi jgn mare yer.. biasa jer cuti2 ni.. rehat kt rumah jer.. siang jer pegi ronda2 shopping kompleks.. dah habis semua supermarket kami sekeluarga terjah.. cuma tak pegi mini market jer lagi.. mak ooi ramai nye orang keluar shopping baju dan kasut raya.. pening gak tgk orang ramai gitu.. sabtu baru ni saya pergi shopping lagi baju raya anak2 berserta mama dan abah nyer skali.. dah siap semua dari baju raya ke kasut raya dah siap beli.. tak banyak pun anak2 sorang 2 pasang baju biasa dan baju melayu sepasang serta kasut sorang sepasang jer.. mama dan abah pun sama sorang 2 pasang.. hehe.. tak keterlaluan kan... ok la yg murah2 jer..
Warna tema untuk tahun ni pulak warna hijau gold.. pilihan suami la tu.. ingat nak kaler purple.. tahun lepas kaler merah.. kira tahun ni kaler lembut sket..

* kemalasan sudah melanda sbb dah tak tahu nak masak juadah apa lagi utuk berbuka.. akhirnya berbuka kt luar dan beli kt bazar ramadan jer..

Wednesday, August 25, 2010

Nuzul Al-Quran..

Salam Ramadan..

Selamat menghayati hari Nuzul Al-Quran untuk semua umat Islam..

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


***Info dari http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Tuesday, August 24, 2010

Cucur Badak...

Salam ramadan..

Pening jugak klu memikir nak buat kuih apa untuk ber buka yer.. sajer tak nak beli kt param sbb ingat nak buat br feel sikit..hihi.. pikir punya pikir dtg idea nak buat cucur badak.. lagi pun cucur ni kegemaran my hubby.. kena buat ni... bila check kt internet ada respi nya.. bila tengok mcm mudah jer.. so petang jumaat balik keja terus ajak my hubby pegi pasar malam.. nak beli ubi keledek.. kt respi nak ubi keledek kaler merah tapi cari2 tak der yd ada ubi kaler putih jer.. ubi putih pun boleh la.. semngat nak buat punya pasal tak kira ubi punya.. so hari sabtu berjalan la projek buat cucur badak... mula ubi tu di rebus samapai empuk sbb nak lenyek... ubi yg dah di lenyek tadi dan masukkan tepung gandum dan uli sampai jadi doh boleh dibentuk menjadi bulat.. inti pulak tumbuk cili kering atau cili padi bersama udang kering serta kelapa parut.. masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa klu nak serbuk perasa sket.. semua tu masak dalam kuali tanpa guna minyak sehingga menjadi kering sedikit.. siap jer buat ambik doh tadi buat bulat dan tekan jadi lubang besar kt tengah dan masuk kan intinya.. buat sampai jadi bulat dan tekan jadi leper sikit.. klu nak bulat pun tak per...(harap faham ok.. tak pandai sgt nak bgtau respi ni..)so jadi la Cucur Badak yg tak seberapa ni..

Harap maklum ini percubaan pertama saya..hihi..



Cucur badak yg belum di goreng....


Siap dah Cucur badak ni..

Monday, August 23, 2010

Misi mencuci..

Salam Ramadan..

Ni cerita jumaat lepas... saya ada buat misi mencuci ci peti ais kt rumah tu.. rasa dah sebulan lebih tak mencucinya.. saya pun pakat la ngan si Adam (dia kan suka buat kerja mcm ni).. mcm di sorong kan bantal dia buat kerja mencuci ni.. lagi pun nak main sama tu... dah tak macam peti ais saya tgk.. sepah sana sini.. bila dah selesai cuci namapak le rupa sikit.. alahai malas sungguh saya ni kan...



Lihatla Adam sedang mencuci peti ais.. tak pakai baju pulak tu.. tu kira sedang berpuasa tu.. tak reti penat.. klu dia duduk diam mulut asyik sebut lapar dan dahaga jer.. baik suruh dia buat sesuatu kan..hihi..



Peti ais yg telah pun di cuci dan di kemaskan..hihi.. rasa sekejap jer tu lepas tu tonggang terbalik ler.. sbb kalut masak dan ambil brg letak ikut suka hati jer..
tak per yg penting dapat jugak mencuci dalam keadaan berpuasa ni..

Peti ais saya kecik jer.. hehe..

Sunday, August 22, 2010

Shopping Raya???

Salam Ramadan..

Tup2 dah masuk hari ke 13 kita berpuasa.. dah nak masuk 2 minggu kan?... hah!! dah ada persiapan ke?.. persiapan untuk sambut Syawal.. hihi.. mesti ada yg kata saya dah tak sabar nak raya ni kan.. bukan nya apa saja nak buat persiapan awal jer.. tak mahu last2 minit.. macam tahun2 lepas saya selalu lambat beli itu dan ini.. contoh baju raya anak2.. klu baju melayu dah tak der saiz.. sian anak2 beli baju dan kena outer plak.. nasib baik ada member yg boleh outer lengan baju dan labuh kaki baju yg terlebih labuh.. free pulak tu.. thks Kak Timah.. pernah tahun 2008 tempah baju melayu anak2 sekali ngan my hubby tak kemas langsung dan tak puas hati la.. mahal pulak tu.. kira tahun lepas dan tahun ni beli yg dah siap jer.. sabtu lepas saya dah beli baju melayu anak2 termasuk songkok sekali.. si Adam tu nak pakai songkok tahun ni.. bila si Arfan tgk abangnya try songkok dia pun nak sama.. so beli 2 songkok la.. saiz jer lain2.. baju melayu my hubby belum beli lg.. sbb tak der sama color ngan baju anak2... nanti carik kt tempat lain yer bang.. baju untuk mama pulak dah ada satu jer dulu.. ingat dapat gaji nanti boleh pergi tinjau kt kedai atau butik untuk baju yg kedua... hihi.. mengalahkan budak2 la pulak.. untuk baju biasa anak2 insyaallah akan ku beli weekend ni.. pasal kuih raya pulak saya hanya tempah jer awal2 lagi... tak sempat nak buat.. lg pun tak pandai sgt.. hehe.. itu jer cerita persiapan ku yg tak habis2 lagi..

Apapun bershopping mengikut kemampuan yer puan2..

bye..

Thursday, August 19, 2010

Hari ke 10 Ramadhan..

Salam..

Harap semua sihat hendakNya..

kali ni saja saya nak cerita pasal berbuka ni.. hari rabu berbuka kt luar.. my hubby request nak makan nasi kandar la.. so d tanggung beres.. tak payah masak.. selalu klu bulan puasa kami sekeluarga mesti sekali atau 2 kali wajib berbuka kt restoran nasi kandar... kan kt Penang ni famous ngan nasi kandar.. restoran Nasi kandar Pelita la yg kami selalu pilih... entah nape restoran lain kureng sket.. walaupun mkn kt luar tapi saya sempat lg buat kuih buah melaka petang tu.. balik keja lepas ambik anak2.. saya pun meneruskan projek buah melaka .. awalnya memang dah merancang nak buat.. siap dah beli tepung dan kelapa parut.. tup-tup my hubby nak makan kt luar so teruskan jua niat nak buat buah melaka.. kali ni tak buat guna daun pandan sebab tak der stok.. saya guna sirap perisa ros.. kira buah melaka yg terhasil kaler pink gitu.. wangi ros pulak.. hihi.. saja buat saiz besar sket..


Taraaa.. buah melaka..

Kemarin saya masak simple2 jer.. saja tak nak beli kt pasar ramadhan berdekatan rumah tu.. lg pun ada lg stok kt freez... so saya masak Ayam masak sambal.. kari sardin.. dan sup daging campur kentang.. semuanya pakai campak2 jer kt kuali.. kuih pulak beli sbb dah tak sempat nak prepare.. ala beli 2 atau 3 ketul jer.. takut membazir.. my hubby lak beli ikan pari bakar dan kerabu pucuk paku.. tup2 saya makan banyak kemarin ooo...


Kari Sardin..


Sambal Ayam..

*Alhamdullillah... Adam dah nak masuk 10 hari berpuasa..
(hari lak klu jadik plan nak buat cucur badak..hehe)...

Tuesday, August 17, 2010

Masuk 7 hari Adam berpuasa..

Alhamdullillah... dah masuk hari ke 7 kita berpuasa d bulan Ramadan yg mulia ni.. ni nak jugak crita pasal Adam yg belum pancit lagi berpuasa ni.. syukur aku sbb Adam boleh berpuasa tanpa jemu dan bosan lagi.. tapi yang tak boleh dia tahan adalah mulut dia tak henti diam asyik bertanya brapa jam lg nak berbuka mama????.. aku lak tak larat nak jawab le.. aku siap cakap klu kita nak berbuka puasa mesti di jam dinding kt rumah kita tu jarum pendek di no. 7 dan jarum panjang pulak mesti di no. 6(kira 7.30 ptg la tu masuk waktu)... satu lagi tabiat dia yg aku dok tengok bila berpuasa ialah tak boleh duduk diam.. mesti nak buat sesuatu.. contoh dia minta nak kemas bilik tidor la.. cuci kipas syiling dan kipas duduk la... mop lantai dan sapu sampah la.. selain tu mesti kacau si adik smpai aku pening... bebudak lain yg aku dok tengok klu puasa mesti dok terlentok baik punya.. Adam pulak tak tidor pun.. eheh budak mata bole tahan ni.. satu lagi Adam tak suka sgt pegi dapur mungkin takut lapar dan dahaga kot.. klu tgk adik dia makan tak la pulak minta itu dan ini.. cuma adakala nya Adam ada bagi tau yg dia dahaga saja.. lapar tak sebutpun.. biasala budak baru belajar puasa.. klu bab menu berbuka Adam tak byk permintaan.. sbb dia ni susah sket klu masak pelik2 ni.. tak makan pedas.. kari tak mau.. jenis2 ikan tak makan.. klu daging dia suka.. ayam goreng pulak mesti yg rangup jer yg dia layan.. sbb tu aku masak untuk dia... aku selalu masak Sup daging.. masak lemak pucuk ngan soohoon.. masak kurma..dan telor dadar (kesukaan nya la tu).. air Adam untuk berbuka pulak kira dah nak masuk 7 hari kita berpuasa ni dia cuma minta aku buat kan ais blended perisa Milo jer.. tu jer yg dia minum hari2..

Harap2 Adam boleh meneruskan puasanya.. moga dia di beri kudrat yg kuat..

Thursday, August 12, 2010

Happy Anniversary Ke8..

Pada 10/8/2010 lepas anniversary aku ngan my hubby yg ke 8.. yah! pejam celik2 dah masuk 8 tahun kami bersama yer.. kami di ijab kabulkan pada 10/8/2002... banyak kenangan masa tu..hihi..
Untuk kali ni aku tak buat per pun.. cuma tempah kek sebiji jer (dari rakan tempat keje.. sedap tau..).. cuma makan2 kami sekeluarga jer.. kan esok tu kita berpuasa.. kira sambut skali la..
"Semoga Kami Bahagia Selalu dan Dimurahkan Rezeki"


Cake anniversary kami..

Posa hari ke2.. (Adam puasa)

Semalam aku ambk cuti sbb mak pengasuh anak ku si Arfan tu pi buat medical check up kt Hospital.. so kemarin aku dok lepak jer kt umah.. kira boleh tidor balik le lepas my hubby pi keja dan Adam p sekolah..hehe.. thg hari p jemput Adam dr sekolah... ni nak crita sket pasal Adam dah boleh puasa penoh.. kan tahun lepas dok pujuk dia puasa penoh tp tak penoh2 pun.. maka tahun ni jadi jugak aku pujuk dia puasa.. kira dah 2 hari dia puasa penoh.. ari pertama puasa dia ok jer nampak letih sket2 jer..lagi pun sekolah dia bercuti sempena menyambut Ramadan.. kira tak penat sgt.. aku suruh dia rehat2 jer jgn main byk sgt kt rumah pengasuhnya.. then hari kedua semalam dia pegi sekolah dan aku ada cakap pada dia jangan main2 sgt kt sekolah nanti.. masa p ambik nampak muka dia mcm ok jer.. tapi sampai rumah jer terus bagi tau "mama Adam dahaga la.." sian lak.. aku cakap memang la dahaga dan lapar klu berpuasa tapi kita kena sabar... boleh dia kata adik boleh minum kenapa?... dia tak tau yg adik nya tak puasa mcm dia... so aku dok pujuk dia sabar2 kejap lg kita boleh makan... sat2 dok tanya aku berapa jam lagi nak berbuka..sabar jer la aku ni... skali skala tengok dia kesian la pulak..

Petang semalam aku masak simple jer... sup daging campur soohoon dan pucuk, masak merah ayam dan telur dadar..my hubby lak beli ikan merah masak lemak dan kuih-muih...
tambah sket sambal belacan dan ulam.. sedap...

Tengah dok berfikir nak masak apa utk hari ni...

Tuesday, August 10, 2010

Sahur pagi tadi..

Adakah semua kawan2 bangun bersahur pagi tadi?.. alhamdulillah.. rasanya semua org bersemangat untuk bangun bersahur pagi tadi kan.. mungkin ada yg lewat bangun sket dan ada yg awal sbb nak siapkan juadah untuk bersahur.. aku pulak bangun pukul 5 pagi.. kira tak awal dan lewat sangat la.. lauk pulak aku dah masak mlm semalam... kira bangun panaskan jer.. aku masak simple jer daging goreng kunyit campur kentang , masak kurma ayam dan telur dadar (menu wajib).. kalau tak masak awal2 mesti tak sempat nak prepare pagi2 td.. entah pukul berapa nak kena bangun pun tak tahu.. kelam kabut jadi nya.. makan pun bukan nya banyak sgt.. untuk 3 org jer.. tu pun yg habis dijamah hanya daging dan telur.. masak kurma tak sentuh pun.. so aku tapau jer untuk si Arfan buat di makan di rumah mak pengasuhnya... tu la biasanya kami sekeluarga kalau sahur tak makan lauk berkuah sgt nak yg kering2 jer.. mungkin tak lalu sgt..sahur kali ni anak ku Adam join sekali... tu pun puas kejutkan dia.. tp semalam dia dah janji ngan aku nak bangun sahur.. aku nak dia belajar berpuasa penuh.. dia dah masuk 7 tahun.. sebelum ni ada jugak ajar dia berpuasa tp 1/2 hari pun dah lapar nasi.. so kali nak dia berpuasa penuh.. harap2 boleh la..

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Datang Lagi..

Yei.. yei.. best, seronok, gembira, terharu, dan bla bla sebab Bulan Ramadhan datang lagi.. esok semua umat Islam akan berpuasa selama sebulan.. maka bermula lah episod menahan lapar dahaga dan nafsu.. sume org akan melakukan ibadat sembahyang terawih..
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA..

Thursday, August 5, 2010

Exam..Road Tax Insurance ..Tgk Wayang..

Kelmarin aku cuti sbb ada exam KPSL kt Dewan seri Endon, Kepala Batas.. sbb tak biasa drive ke sana so aku pegi ngan my hubby la.. dia ambil cuti.. w/pun cuti exam tp aku tetap pegi ofis urus itu dan ini.. ramai jugak yg ambik exam tu.. lebih kurang 100 org ada la.. kami dr pelbagai jabatan.. ini kira first time aku ambik exam tu.. soalan kira boleh tahan susah nya.. kira boleh jawab la tp tak tahu betul ke idak..haha.. pilih ABCD jer.. harap lulus la..
Lepas abis exam aku ngan hubby pegi seatle road tax dan insurance cik Suria kesayangan ku tu.. dh nak expired 16 ogos ni.. kira buat awal sket.. alang2 dh bercuti ni aku ngan hubby pi bayar terus kt bank.. dah selesai kami pun bercadang nak tgk wayang.. movie apa yer?.. my hubby suggest tgk Avatar-The last Airvender.. ala mcm gambar kartun tu tapi bukan kartun mcm kt TV tu.. real punya... best jugak dh lama tak tonton wayang berdua-duaan.. apa lg kami terus p book tiket... tgk movie tu kul 2.00tgh hari.... Best movie tu nmpak real sgt.. ada versi biasa dan 3D.. aku tgk biasa jer sbb yg 3D punya start lambat kul 4.00ptg.. takut tak sempat balik ambik anak2..haha best sbb boleh pegi berdua-duaan ngan My hubby.. biasa la sblum ni ngan anak2 skali..kelam kabut sket..hihi..
Hah.. hari ni lak lepas keje nak balik kampung.. esok mak abah ada wat kenduri sempena sambut puasa dan sambut menantu baru (adik ku)..jom balik kampung sama...

FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).......
Related Posts with Thumbnails