Followers

Wednesday, December 28, 2011

Sekadar berkongsi…..


1- Berzikir kepada Allah SWT ketika bangun daripada tidur.

2- Menutup aurat.

3- Menyempurnakan wuduk.

4- Menunaikan solat tepat pada waktunya.

5- Merasa tenang terhadap janji Allah SWT dalam urusan rezeki.

6- Qanaah ( menerima apa yang ada ).

7- Tawakkal ( berserah segala urusan kepada Allah SWT ).

8- Sabar menerima taqdir dan hukum Allah SWT.

9- Bersyukur terhadap nikmat Allah SWT.

10- Makan yang halal.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 901.
~PERIBADI RASULULLAH~

Monday, December 26, 2011

cuti krismas kami.....

Assalamulaikum...

Lamanyaaaa akak tak berblog kannnn...hehe... cuti punya pasal blog pun bercuti2 jugak... tah ler rasa mood nak menulis pun down... tu la ujung tahun ni banyak sgt benda nak kena buat.... cuti amik seminggu.... datang keja lak demam... anak2 pun sama demam jugak... lepas sihat sikit masuk keja ada kematian bapa saudara di kampung.... balik kampung pulak satu hari.... datang keja kena kursus pulak 2 hari.... lepas tu cuti krismas.... hari ni baru nak update blog... tu pun curi2 masa.... haha... boleh ke gitu.... ala sket2 ja kan.... sian blog suam-suam kuku akak ni.... hehe.....
saja arr nak bagi idup balik blog akak ni.... kasi la cerita pasal aktiviti kami anak beranak cuti sempena krismas.... tak kemana pun cuma ronda dekat umah jer.... tak sah ler kami klu tak terjah sopin komplek berdekatan.... hehe..... hari pertama gi sunway carnival mall.... hari kedua gi jalan2 tepi pantai...balik dari pantai singgah tesco jap.... tu jer acara jalan2 kami....

Ke sunway carnival mall untuk menjamu piza hut.... hehe... ramai orang hari tu... cuti krismas kan... servis agak kalut sket...hehe... apapun piza tu memang best sgt....



anak abah....



anak mama.... blur sket sbb arfan yang snap...


arfan with ice cream... tu jer yg dia makan...



piza2 kami...


satu lagi menu yang arfan suke... piza dia x layan langsung....

aksi arfan.... mcm2...hehe





hari ke2 gi ronda n lepak tepi pantai jer....makan laksa penang n nasi ayam... lepas tu pegi sopin kat tesco.... 


arfan dan adam dah nampak lain kan... sebabnya balik dari makan piza kami gi kedai mamak potong rambut... kira rambut tahun baru le tu...hehe




sempat berposing kami anak beranak.....hehe

Thursday, December 22, 2011

Sekadar berkongsi…..

Subject: Berdoalah Sewaktu Bersujud

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"



KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."



KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski! p! un aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.

Tuesday, December 13, 2011

RaBu TaNpA KaTaKu.... 1st Cek FrOm Mr.NuFF....


walau pun ciput jer... namun akak sukeee bangat....muahaaahaaa.... tenQ mr.Nuff... nanti kasi lagi yer...

Monday, December 12, 2011

Sunday, December 4, 2011

hati berbunga riang...

Assalamualaikum...

5/12/2011 sudah kita yer.... kejap jer dah nak abis tahun.... lagi 25 hari lg... camner semua dah ada azam tahun baru ke???... ke azam tahun lepas belom tercapai...hehe... tak per pelan2 kayuh yer... akakkkk??? macam besa la azam tahun lepas kena transfer ke tahun depan.... insyallah.... lupa lak nak tanya u all cuti sekolah ke mana???... dengar ramai yang bercuti2 malaysia... hehe... akakkkk??? tak der lagi pun plan... cuti makan kenduri banyak ler...ada gak plan nak pegi jalan ke Terengganu ujung bulan ni... pergi urusan meminang dan sambil2 tu bermakan angin yer...ahakkk...

Cerita hati berbunga riang akak ialah  insyaallah Mak dan Abah akak akan balik dari mengerjakan haji setelah 50 hari berada di tanah suci Mekah... insyaallah esok 6/12/2011 pagi pukul 6.40 pagi mereka sampai ke airport Penang.... so akak bercuti panjang dari esok bawa ke ahad.... muahaaahaa....apalagi balik kampung lalala... petang ni kakak dan adik2 akan berkumpul dan bermalam di rumah akak untuk pegi menyambut kembalinya mak dan abah akak..... rindu tak terkata pada mereka....
Insyaallah semoga mereka sihat2 hendaknya......

Thursday, December 1, 2011

Sekadar berkongsi…..


“Hari ini, dengan wang anda mampu membeli apa sahaja yang bernilai di dunia, tetapi dengan wang anda tidak dapat membeli syurga Allah yang tinggi nilainya”

“Hari ini anda makan dan minum sesuka hati di dunia, tetapi suatu hari nanti anda pula akan dimakan oleh ulat, ular dan binatang dalam kubur setelah meninggal dunia”

“Hari ini anda sayang kepada anak, isteri, ibu bapa dan keluarga setiap ketika, tetapi suatu hari nanti anda akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya”

“Hari ini anda mampu memakai pakaian yang cantik dan mahal harganya, tetapi suatu hari nanti anda hanya mampu memakai sehelai kain putih sahaja”

…Adakah anda bersedia pada hari ini... untuk hari itu?!!


Tuesday, November 29, 2011

akibat hujan lebat petang semalam....

Assalamualaikum...

Petang semalam hujan lebat melanda bumi poli... kebetulan dah nak balik time tu... lebat sesangat... dalam hati akak ni berkata nak balik macam mana la ujan lebat mcm ni... hehe... nak balik tak nyempat2... pada hal rumah depan poli jer...haha... selalu akak parking belakang bangunan kelas... tapi lepas balik lunch semalam akak parking kat depan bangunan pejabat pulak.... tak tahu la nak hujan lebat.... so time balik dah sampai turun jer nak tumb print balik tu hujan masih renyai2 lagi... tengok jer ke tempat akak parking kete air naik.... betul2 ngan tempat akak parking kete.... huhu.... nasib baik tak tenggelam tayar kete.... cuma nak pegi ke kete kenala menempuhi air yang banyak juga.... dalam pakai kasut bertutup kena juga belok sana sini cari tempat yang tak dinaki air.... hehe.... kena ikut divider jalan baru boleh ke kete akak.... haha.... nak masuk jer kena buang kasut dan jangkau kaki masuk...macam tu la kejadian yang x disangkan berlaku semalam.... banjir kecil di tempat keja.... lagipun masalah air naik di tempat parking ni pun berpunca dari masalah perparitan yang sedang di naik tarafkan oleh pihak poli.... sabor jer la.... hari ni tak mahu dah parking kete tempat semalam.... azab woooo nak ke kete...kahkah...

melangkah dari divider ke dalam kete... azab jugak ni...muahahaha




keadaan air memenuhi jalan...

Monday, November 28, 2011

kek coklat tanpa telur (mood malas petang semalam)

Assalamualaikum...

Semalam akak jer cuti ganti awal muharram... en hubby keja.... dari pagi ke petang mengadap anak2 main game.. main kete... tengok cd...dan tgk anak2 bergaduh2 manja... kejap baik kejap gaduh... pening ngan anak2 akak layan internet... buka blog dan berFB untuk lepas kan kebosanan....hehe.. kemarin masak simple2 jer goreng ikan dan masak daging goreng sos lada hitam... siapppp.... hehe.. mudah jer kan...

Datang petang pulak tak tahu lak nak buat apa so dicide nak buat kek coklat untuk minum petang... so dah buka internet tu sambil tengok resepi kek coklat yang paling simple bole di buat (setiap kali nak buat kek mesti search internet..haha)... sambil2 tu tengok kat dapur kecik akak tu ada apa yang boleh di jadikan kek...telur dah abis... camne nak buat kek...hehe... cari punya cari ada akak tengok resepi kek coklat tanpa telur... so ikut la resepi tu... maka terhasil lah kek coklat yang sangat moist... yang bestnya kek ni tak der la bau telur... hehe... en hubby suka sebab tak bau telur katanya... klu macam tu len kali buat tak payah letak telur... sedap sama jugak....hehe...

kek yang siap belum bertopping....
 siap jugak kek coklat tanpa telur.... hehe...

 Super Moist Eggless Chocolate Cake

Bahan-bahan

* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 cawan serbuk koko
* 2 sudu besar susu tepung
* 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
* 1 cawan gula yg di blend
* 1 sudu kecil esen vanilla
* secubit garam
* 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
* 1 sudu kecil cuka

Cara membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
3. Masukkan tepung susu, garam dan gula. Kemudian dikacau rata-rata.
4. Masukkan air sejuk dari peti ais, minyak masak, esen vanila  Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
5. Akhir sekali masukkan cuka  Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Thursday, November 24, 2011

Sekadar berkongsi…..

Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. 

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Dikatakan :-


۞  Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞  Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞  Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞  Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞  Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞  Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞  Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞  Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞  Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞  Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞
Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....

  Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke
.

Fikir-fikirkan dan Selamat beramal

Wednesday, November 23, 2011

tak der moooodddd....

@#@$$%^&^*&(*))()!@#@%$&^.....

kena jaga exam pukul 2.30 petang ni...huhu.....
mengatukkkkk la jawabnyaaaa....huahua...


** 6, 7, 8/12/2011 amik cuti... yeyeyehhh...***

Monday, November 21, 2011

aksi akak masa tgk bola... wakakaka..

Assalamualaikum...

Tahniah buat Harimau Malaysia... emas dalam genggaman.... rakyat Malaysia sangat berbangga dengan skuad bola sepak negara kita... semalam akak tidur kul 12 lebih tau... tunggu sampai abis ceter bola sepak tu... awal tu akak n abang pegi antar Adam tusyen dulu.. so ambik kesempatan tgk bola kat restoran nasi kandar Nashmir... mak oiii ramainya umat manusia... fully booked kat dlm n luar restoran.... kat restoran tu ada skrin ala2 wayang sebab tu la ramai....hehe... masa sampai tu bola dah main... indonesia dah 1 gol masa tu... agak x der mood nak tgk la masa tu... ronda2 kat gerai uptown dekat2 tu dulu... so bila patah balik tgk di skrin besar tu tiba2 gol malaysia pun masuk... boleh tau akak melompat sambil tepuk tangan masa tu.... abang x melompat pun... kihkih... nasib baik org x perasan akak melompat sebab boleh dikatakan semua melompat sambil tepuk tangan masa tu... excited kan.... 2nd half akak balik tgk di rumah jer... kat umah lak asyik dengar jiran sana sini menjerit-jerit.... klu nak gol jer jerit semua... x kira lelaki atau perempuan... haha... itu la penangan permainan bola sepak semalam...

bawah ni akak ada copy berita dari Kompas.com... cerkorang baca... ada yang faham ada yang tak faham... hehe...

Indonesia Kalah dalam Adu Penalti



Ekspresi kiper Tim U-23 Indonesia setelah gagal mengantisipasi tembakan penalti kapten Malaysia, Bakhtiar Baddrol, pada babak adu penalti final Sea Games XXVI, di Gelora Bung Karno, Senin (21/11/2011). Indonesia kalah 3-4 dalam adu penalti ini.
JAKARTA, KOMPAS.com — Indonesia kalah dari Malaysia dalam adu penalti pertandingan final cabang sepak bola SEA Games XXVI, di Gelora Bung Karno, Senin (21/11/2011). Adu penalti dilakukan setelah kedua kubu bermain imbang 1-1 sampai akhir babak normal.
Indonesia unggul lebih dulu lewat gol Gunawan Dwi Cahyo pada menit kedua. Dari tengah kotak penalti, ia menanduk bola hasil sepak pojok Okto Maniani, dan bola masuk ke sudut kanan atas gawang Che Mat Khairul Fahmi.
Malaysia menyamakan kedudukan pada menit ke-35 melalui gol Omar Mohamad Asrarudin. Sambil menjatuhkan diri, ia menanduk umpan silang Bakhtiar Baddrol. Bola masuk ke sudut kanan bawah gawang Kurnia Meiga.
Indonesia sempat dominan dan agresif pada awal-awal pertandingan. Setelah lepas dari tekanan Malaysia, Indonesia menciptakan dua peluang emas melalui Andik Vermansyah dan Titus Bonai pada menit kedua. Kedua usaha itu dikandaskan kiper Che Mat Khairul Fahmi.
Selepas gol Gunawan, permainan berubah. Malaysia berusaha mengendalikan permainan dengan penguasaan bola dan Indonesia kesulitan merebut bola dan membangun koordinasi permainan yang rapi.
Hasilnya, selain kesulitan menciptakan peluang, Indonesia juga beberapa kali terancam. Pada menit ke-12, misalnya, Omar Mohamad Asrarudin menyundul bola secara akurat dari tengah kotak penalti, tetapi bisa diblok oleh Kurnia Meiga.
Setelah gol Titus Bonai pada menit ke-17 dianulir karena dinilai off-side, Malaysia melepaskan tiga tembakan, yang semuanya mentah membentur pagar betis Indonesia.
Indonesia mencoba keluar dari tekanan. Namun, akibat umpan yang tidak akurat dan kurangnya kemampuan merebut bola, usaha Indonesia tak menyusahkan Malaysia.
Di tengah kesulitan Indonesia membangun soliditas, Malaysia mencuri gol penyama kedudukan. Saat itu, bola sundulan Omar melewati dua pemain Indonesia, sebelum masuk ke gawang Kurnia Meiga.
Pada menit ke-47, Indonesia menciptakan ancaman berupa tendangan bebas Egi Melgiansyah langsung ke gawang lawan. Namun, tembakannya bisa ditangkap Fahmi.
Malaysia membalas itu dengan tembakan Fakri dan Irfan pada menit ke-55, yang semuanya bisa dikandaskan Meiga.
Peluang emas kembali didapat Indonesia pada menit ke-60. Setelah mengontrol umpan Tibo dengan dada, Wanggai berusaha menembakkan bola. Namun, gerakannya kalah cepat dari Fahmi.
Setelah tembakan Wanggai pada menit ke-65 meleset dari sasaran, tak ada peluang berarti sampai Bakhtiar Baddrol mengeksekusi tendangan bebas langsung ke gawang pada menit ke-83. Tembakannya yang mengarah ke sudut kanan bawah gawang bisa diantisipasi Kurnia Meiga.
Kedua kubu terus berusaha mencetak gol kedua. Namun, mereka sama-sama gagal melakukannya, sampai peluit berbunyi panjang.
Pada babak tambahan, Indonesia mampu menekan Malaysia, terutama pada babak tambahan kedua. Setidaknya ada tiga peluang yang diciptakan, tetapi gagal membuahkan gol.
Pada menit ke-100 dan ke-116, misalnya, Tibo dan Ramdani melepaskan tembakan yang bisa ditangkap Fahmi. Pada menit ke-117, Tibo melihat sundulannya melesat ke atas mistar gawang Malaysia.
Adu penalti
1. Tibo: Gol. Bola masuk ke sudut kiri bawah gawang. Fahmi bergerak ke arah yang benar, tetapi kalah cepat dari bola. 1-0
2. Jasuli Mahali: Gol. Bola masuk ke sudut kiri atas gawang. Meiga melakukan gerak antisipasi ke arah kanan. 1-1
3. Gunawan Dwi Cahyo: Gagal. Tembakannya membentur tiang kanan gawang. Fahmi lagi-lagi menebak arah bola dengan benar. 1-1
4. Othman Mohamad Fandi. Gol. Bola masuk ke sudut kanan bawah gawang. Meiga salah menebak arah bola. 1-2
5. Egi Melgiansyah: Gol. Bola masuk ke tengah gawang. Fahmi menjatuhkan diri ke sisi kiri. 2-2
6. Saarani Ahmad Fakri: Gagal, tembakannya ke sudut kiri bawah diblok Meiga. 2-2
7. Abdulrahman: Gol. Tembakannya ke tengah gawang salah dibaca oleh Fahmi yang menjatuhkan diri ke sisi kiri. 3-2
8. Fadhli: Gol. Bola masuk ke sudut kanan atas. 3-3
9. Ferdinand Sinaga: Gagal. Tembakan ke sudut kanan bawah diblok. 3-3
10. Baddrol: Gol. Tembakannya sempat mengenai Meiga sebelum masuk ke gawang. 4-3
Malaysia: 1-Che Mat Khairul Fahmi, 2-Jasuli Mahali, 3-Mohamad Azmi, 4-Mohamad Shas, 13-Saarani Ahmad Fahkri, 6-Omar Mohamad Asrarudin, 7-Fazail Mohamad irfan, 24-Ahmad Mohamad Muslim, 10-Bakhtiar Baddrol, 11-G. Kandasamy Gurusamy, 9-Ambumamee Thamil Arasu.
Cadangan: 20-Roslan Mohamad Izham Tarmizi, 15-Saidin Mohamad Amer, 17-Othman Mohamad Fandi, 21-Mansor Muhamad Nazmi, 28-Yong Kuong Yong, 8-Jusoh Abdul Shukur

Sunday, November 20, 2011

dapat posing pun jadik le....

Assalamualaikum...

kejadian posing ngan keter cantik2 ni pada hari sabtu.... balik jer dari rumah kenduri kawan ofis di Nibong Tebal terus akak n famili ke Parit buntar... dah alang2 dekat jer... terus gi la jalan2 jap sana... lagi pun kami belum pernah ke sana... saja jer jalan pusing2 pekan Parit Buntar tu yang khabarnya bayak kedai2 kain n baju yang murah2... ...x sopin pun... hehe...

tiba kat satu tempat klu tak salah akak tepi Sungai Krian ada la buat show keter2 yang di ubahsuai... mcm2 jenis keter ada... si arfan yang memang minat keter mcm tu memang syok sangat nak tengok.... abahnya pun layan la ajak ronda tgk show tu.... sambil lalu tgk keter sambil posing-posing la jawabnya... hehe... banyak lagi sebenarnya keter2 cun kat situ... tak sempat nak snap banyak sebab hari nak ujan....




mama tumpang posing jugak... hehe

Thursday, November 17, 2011

kembalinya ke rahmatullah Tuan Pengarah PSP...

Assalamualaikum...

Kelmarin 17/11/2011 tuan pengarah atau boss di PSP tempat keja akak telah kembali ke rahmatullah... kami dikejutkan kepermergianya pada pukul 2.45 petang... Sebenarnya  tuan pengarah PSP sedang sakit sejak beliau bertukar ke PSP... Marilah Kita sedekahkan Alfatihah kepada arwah... semoga arwah tenang di sana....aminnnn...

Wednesday, November 16, 2011

WW.... mengawas exam lagi





sempattt lagi tu... mengantuk dah masa ni... 2 jam tanpa kata...hehe

Monday, November 14, 2011

aksi si Arfan...kihkihhh

Assalamualaikumm...

Tadi akak sedang dok membelek-belek henfon besar (panggilan si Arfan pd samsung tab)... ternampak satu video yang di rakam oleh anak2 akak... si Adam yang rakam aksi adiknya buat gaya macam nak berkungfu... Adam buat suara ala-ala filem kung fu gitu... si Arfan lak gaya ikut suara abangnya.... lucu pulak akak tengok... awal tu Arfan nampak gayanya mcm la nak berkungfu jugak lepas tu mcm nak menari pun ada... hehe... boleh ja bebudak ni buat main2...hehe... lokasi di kampung masa balik raya haji baru2 ni... time mama depa sibuk kat dapur masa tu la depa bedua buat kerja....layan jer video tak der tajuk ni....haaaaa...

video

Friday, November 11, 2011

Tentang Dhia...

Akak tengah layan citer ni petang2 sekarang ni...hehe... bestt...

 

Sinopsis Drama Tentang Dhia

Tentang Dhia mengenai sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd hasil nukilan dan arahan Azlina Pa’wan dan dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah.
Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.
Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku.
Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya.
Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang.
Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi.

Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.
“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur.

Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau.
Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat.
Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya.
Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

Pelakon Drama Tentang Dhia

Nora Danish, Adi Putra, Tasha Shila, Izreen Azminda, Ako Mustafa, Irfan Roslan.

Tuesday, November 8, 2011

Adam n Arfan berkurta di pagi hari raya AidilAdha...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua.... walaupun lambat tapi masih terasa lagi raya kurban kita kan...hehe... banyak makan daging kurban tak???... akak ada pergi kenduri kurban rumah mak sedara kemarin... ada sket daging tuk akak sekeluarga... hehe... ok... raya akak agak sunyi sket... mak n abah akak tak der sebab ke mekah menunaikan haji tahun ni... agak sepi raya kami adik beradik... huhu... anak-anak akak beraya pakai kurta tahun ni... baju tu tuk n tuk wan mereka yang kirim dari mekah.... siap pesan suruh pakai pagi raya.... hehe... suka anak2 akak pakai sampai petang baru buka...





Adam n Arfan yang berbaju kurta pemberian Tuk n Tuk Wan di hari raya...

Wednesday, November 2, 2011

foto makan2 sambil potong kek besday Arfan...

Assalamulaikummm

Sempena besday budak kuat merajuk Arfan Harith baru baru ni... akak n famili makan2 simple jer kat Mcdonald... anak2 tu akak suka sangat makan di mcdonald ni... leh layan mainan... sambil makan sambil main2...hehe... sempat potong kek jer... x der tiup2 lilin pun sebab ramai orang masa tu... segan nak hidup kan lilin.... so potong gitu2 jer.... tu pun anak2 akak dah seronok sangat....  



besday boy  duduk tepi abah mlm tu...........

2 set jer dulu... lepas order lagi satu set...hehe

with Adam Hakimi yang makin membulat....

Arfan suka layan fun fries...

Acara potong kek... kek pun dah comot sebelah... 

tengok pa tu dik... abah pulak kusyuk makan...hehe

buger akakkkk...nyummy

pandang2 tempat mainan ke tu dikkk.....

layan makan lagiii...

main dalam bilik mainan...

Abah layan tab sambil tggu anak2 mainnnn...





kami posing2 kat luar mcdonald dulu yer...
Related Posts with Thumbnails