Followers

Tuesday, April 24, 2012

Siapakah Wanita Yang Cantik?

Wanita yang cantik ialah wanita yang :

1. Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…



1) MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2) TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4) TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6) MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih
seorang isteri dan ibu yang solehah.
7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU.....
 

Wednesday, April 18, 2012

ulser mulut menyerang....

Assalamualaikum....

Apasal tajuk begitu yer...cerita nya macam ni...Arfan kena serangan ulser mulut yang sgt teruk.... mula tu demam mengejut... duduk tak duduk main jer elok2 petang sabtu lepas badan tiba2 panas... mcm besa bagi ubat... kebah kejap...malam tu badan panas balik... esoknya pulak ada sukaneka sekolah Arfan... pergi jugak bawa tuk ambil kehadiran kat sukaneka tu...sebab ari isnin sekolahnya dapat cuti....nasib baik arfan dah tak demam masa tu... cuma mood dia kurang sket.... tak mau makan dan kurang bercakap.... cuma asyik sebut sakit kat mulut jer.... dalam sakit mulut tu sempat main satu game...hehe... periksa kat mulut tengok penuh ulser mulut kat belakang dan atas bibir dan tepi pipi belah kiri dan kanan mulut.... kat kerongkong tak nampak sebab Arfan tak mau buka mulut luas2.....sah la deman sebab ulser mulut tu..... balik awal dari sukaneka terus ke klinik... doktor beri ubat sapu "oral aid" dan ubat demam jer.... lepas tu doktor nasihat minum banyak air dan banyakkan mandi kasi sejuk badan....:)...
Alhamdulillah... kemarin Arfan dah baik dari ulser tu... ulser dah hilang... itupun ambik masa 3 hari baru pulih... kena pujuk sapu ubat mulut .... kena pujuk makan ais krim nak bagi cepat baik...hehe...Arfan dah boleh nyanyi...dah boleh cakap kuat2... dah boleh minum susu dengan laju dan boleh makan nasi macam biasa.....

Kat sini akak just nak share ngan korang semua pasal Ulser mulut ni....

Kenapa kerap kena ulser mulut


Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan lembut mulut anda. Ulser ini nampak seperti tompokan warna putih. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi.

Simptom-simptom ulser mulut

Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala anda berasa malas untuk bertutur.

Mengapa ulser mulut boleh terjadi?

Jangkitan bakteria, virus atau fungus.

Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.

Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.

Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.

Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.

Sistem imuniti badan yang lemah

Alahan

Radioterapi

Kimioterapi

Sebab-sebab yang tidak diketahui.


Kaedah menangani ulser mulut

Jika anak atau anda kerap mengalami ulser,amalkan, Penjagaan kesihatan mulut yang baik seperti:

Pemeriksaan gigi berkala

Gigi yang bersih

Amalkan makan secara sihat

Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.


Petua merawat ulser di mulut

Gunakan pencuci antiseptik mulut

Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit

Makan makanan lembut

Elakkan makan makanan panas dan pedas

Banyakkan minum air

****Jika sakit ulser berterusan melebihi 14 hari,dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor****

Wednesday, April 11, 2012

Amalan Zikir Harian...

Assalamualaikum...

Apa Habaq semua???... harap semua sihat2 jer...
just nak kongsi Amalan Zikir Harian ini untuk semua...
moga jadi amalan kita seharian....


Monday, April 9, 2012

feeling DJ kejapppp...:)





hehe... tak de maknanya akak nak jadik DJ...  suara bak Farah Fauzana ok jugak.. boleh dalam mimipi jer kan...kahkah...gelak kat diri sendiri.... jadik DJ kat rumah untuk hubby dan anak2 pun sudah cukup...itupun dah tak larat nak dengar....hikhik...

(mood untuk update blog udah menurun...huhu....baca blog korang ada mood okey...:)
minggu depan kena gi klinik lg check darah... huhu...

Wednesday, April 4, 2012

kisah deman dan kisah buka buku merah...

Assalamualaikum....

huahua... lama lo tak update blog...macam la akak ni rajin sangat buat n3 itu dan ini... memang tak der punya... blog tenggelam timbul la katakan...hehe...sabau jer la... tambah2 skrg ni nak type pung malas bebenor.... janji blog korang semua yg sporting morting akak tetap terjah... syokkk wooo baca blog korang semua....:)

akak???... alhamdulillah masih sihat lagi... makin sihat bebenornyer.... biasala tengah membina badan... makan tak usah cakap... lalu nyer... pantang di ajak....kihkih...dari 58 kg dah naik ke 63 kg...huhu... takotnyer...... perut dah rasa berat...punggung lagi ler rasa lebar jer.... ramai kawan2 opis dah tegur nampak perbezaan akak....haha...

Hari isnin akak cuti kecemasan.. Arfan demam malamnya.... panas sesangat.....akak kejap jaga kejap bangun tengok suhu badan dan bagi makan ubat.... telap air di badan dan di dahi....nasib baik pagi tu kebah sikit.... ke klinik ambil ubat.... sampai petang tu akak nampak Arfan sihat dah dan boleh main....hehe...sudah la pagi tu jugak cikgu sekolah nya call tanya kenapa tak datang sekolah....sebabnya hari selasa, rabu dan khamis ada ujian untk 5 tahun... so hari selasa kena lajugak ke sekolah...nasib baik Arfan dah sihat sepenuhnya...alhamdulillah Arfan sekarang ni dah tak susah makan ubat....hehe...

sian adik demam yer...

Kat sini jugak akak nak citer pasal akak buka buku merah... akak ke klinik hari rabu minggu lepas.... nak pegi tu pun risau jer... biasala kan dah lama tak ke klilnik desa.... hehe.... lebih kurang 4 tahun jugak la... sebelum pergi ada call dulu buat temujanji... nasib baik tak ramai orang masa tu.... so buka buku merah cepat jer.... nasib baik tak der masalah... HB ok...air kencing ok... harap2 semuanya ok...hehe..takot wooo sebab time mengandung ni ler macam panyakit kita dapat.....harap2 jangan lah yer....:) doakan akak dan baby sihat2 ok...aminnn


Buku merah ku...hehe

1st scan diatas dan 2nd scan dibawah...:)

Pagi2 jer kena la telan ubat2 ni...huhu..sabau jer la...
Related Posts with Thumbnails