Followers

Monday, May 4, 2015

Cerita balik kampung...

Assalamualaikum....

Apa habaq semua... ada okey balik dari bercuti panjang... 4 hari bercuti pergi mana2 ke korang... akak balik kampung kesayangan jer.... ambik peluang balik kampung bermanja-manjaan ngan mak dan mak mertua kesayangan... kihkihhh.... dengan abah dan ayah mertua pun manja2 jugak.... hahaaa.... balik berjumpa adik beradik... semua dapat berkumpul pada hari cuti ni..... ehehhh macam raya la pulak....

Disebabkan 4 hari bercuti...2 hari 2 malam di rumah akak... dan lagi 2 hari 2 malam rumah cik abang akak..... tu yang untungnya bila rumah akak ngan cik abang kampung sebelah menyebelah je..... kena bahagi seadil-adilnya....


Otw balik kampung....dalam perjalanan balik kampung.... sempat ambik gambar jem di depan nak masuk Tol.... dalam kereta akak dah bising makan jem la kat highway nanti... Alhamdulillah perjalanan ok  walaupun kereta banyak... almaklum le ramai orang balik kampung bercuti.....



Riadah petang di Taman Tasik Darul Aman.... bawa abah, adik dan anak2 saudara sekali....awalnya kami pergi makan kenduri akikah di rumah adik ipar akak dulu.... lepas tu cik abang akak ajak ke taman tasik pulak.... 1st time jugak jalan2 sana.... memang tempat riadah orang ramai.... ada swan boat... feeding fish... sewa kereta buggy ronda keliling tasik... bole tunggang kuda.... main buih gergasi..... main layang2 dan lain lagi xtviti... sambil2 lepak tu dapat jugak layan mata melihat pemandangan yang cantik sekitar tasik ....




















Projek masak Mee Kuah Tulang di rumah mak akak.... akak masak okey....3 bungkus mee habis di makan.... seronok dapat berkumpul ramai2 adik beradik anak2 saudara di rumah mak dan abah.... riuh sekampung dibuatnya... esoknya projek laksa.. laksa adik akak yang masak.... best sebab dapat makan macam2... hahaa.... balik kampung mesti perut muncit....kihkih....




Otw balik dari kampung menuju ke Penang... Singgah makan di restoran Ramly Beger.... 1st time singgah ke situ.... terbaik begernya.... lepas ni tak payah nak ke McD dah.... di situ jugak ada jual barangan frozen barangan Ramly.... sempat jugak tapaw daging/ayam beger dan nugget ayam Ramly.... nanti balik kampung bole layan singgah makan situ lagi.... yang pasti anak2 akak suka.... haha







Note: 7hb ni kami di penang bercuti sempena Pilihanraya di Kawasan akak... so dapat cuti lagi.... yeyyy....

Wednesday, April 29, 2015

Acara Potluck kami kat ofis.....

Assalamualaikummm...

Hari ni nak update entry ni sebelum bercuti panjang... eh elehhh  macam la rajin benar update blog....4 hari ok... 1 Mei bersambung ke Wesak day Ahad dapat cuti tambahan hari Isnin....miahaaahaaa.... ok ler tu... dapat balik kampung....

Akak ngan geng ofis sekarang ni gila nak berpotluck.... sejak minggu exam bermula sampaila student mula bercuti ofis akak dah 4 minggu berpotluck...3 minggu lepas buat hari jumaat.... minggu ni hari khamis (hari ni le).... sebab esok semua bercuti.....

4 minggu lain2 tema ok potluck kami... tengok jer la gambar akak sempat ambik ni..... ambik gitu2 je... minggu pertama x sempat ambik gambar.... kalau tidak complete 4 kali dalam sebulan kami berpotluck....hahaa....

Ini minggu ke 2 tema nasi berlauk macam2 ada ... dari pagi hingga ke petang dok makan tu je...hahaaa

Minggu ke 3 pulak pakat bawa menu breakfast campur2 ada nasi lemak, sandwich, nasi goreng, telur separuh masak, kek, kuih dan lain2...... lepas makan tersandar kekenyangan...

Ini pulak menu potluck untuk hari ni.... laksa campur macam2 menu ada.... hihiii
 
Masing2 makan sampai tersandar... hahaa.... buat potluck macam ni best sangat...meriah....:)

Sunday, April 19, 2015

Rejab datang lagiii.....

Assalamualaikum....

Hari ni bersamaan 1 Rejab 1436 tahun Hijrah... 
ramai antara kita berpuasa hari ni.... 
semoga puasa kita di berkati... aminn....

Sedikit info kelebihan bulan Rejab untuk kita hayati bersama2...:)





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”

.
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”


اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

AMALAN MALAM REJAB

  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

MALAM 27 REJAB

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.
Sekiranya tidak dapat diamalkan setiap hari dan malamnya pada bulan Rejab, maka amalkanlah pada hari Isnin, Khamis  dan Jumaat. Jika tidak dapat lakukan kesemuanya, janganlah tinggalkan semuanya.

Note: Semoga segala amalan kita diterima Oleh Allah...amin...

Monday, April 13, 2015

Jalan2 melawat Ikan di Akuarium Penang........

Assalamualaikum...


Pa khabor semua... harap2 sihat ye.... akak alhamdulillah sihat sekeluarga.... macam biasa mood ting tong lagi...update blog ikut mood.... hahaa

Cuti weekend hari ahad lepas... akak sekeluarga pergi jalan2 area penang.... macam biasa la akak ni nak jalan jejauh tak bole... anak2 sibuk sekolah.... sabtu dan ahad Arfan ada kelas KAFA.... Adam pulak tusyen.... so terhad la masa nak pegi jalan jauh2 ni.... di sebabkan anak2 cuti hari isnin kemarin.... hari sabtu ada hari sukan sekolah hari isnin dapat cuti la.... so ambik peluang jalan2 jauh sikit jer.... hahaaa.... lagi pun lama x makan seafood bakar di Teluk Tempoyak.....moh ler kita terjah ke sana...kihkih

Kami bertolak pukul 3 dari rumah.... plan sebenarnya nak pergi melawat ikan di Akuarium Penang dulu.... lepas tu baru pegi layan seafood bakar...hahaaa.... kira jalan2 bagi perut lapar dulu baru ngapppp makan2.... Dah lama plan nak pegi Akuarium Penang ni... saja jer nak bawa bebudak 3 beradik tu tengok jenis2 ikan yang ada.... sebelum ni tengok ikan kat pasar je.... kali ni dapat tengok yang real punya.... hahaaa....

meh la layan gambar yang sempat akak ambik.... macam tak ok jer...dalam akuarium tu malap2 sikit... gambar pun x clear sangat....

 welcome konon2 nya....
mulanya nak bergambar sekeluarga.... akak jer yang beria2 nak bergambar...yang lain tak sabar nak masuk ke dalam tengok ikan...huhuuu....


jenis2 ikan yang ada di negara kita...

tengok bebudak 2 ni... bergambar ikut fesyen masing....

kami di depan giant akuarium.... besar ikan dalam tu....

3 beradik asyik masyuk tengok ikan....

Adam n Arfan...

apatah nama ikan ni... saiz lebih kurang besar Allyssa tu....

ada akuarium comel2...

arfan x abis ngan gaya pisyooo....

mama pun x lepas peluang... nak jadi model ikan ke hape nih...hahaa


Allyssa tido time masuk tu...lepas kena kacau ngan abang2 terus bangun tengok ikan....





pis yooo fesen apa ni Arfan.... hahaa

ikan yu...

ikan bulu ayam namanya...


yang ini paling akak suka...obor2....cantik sangat...
Kalau ikut tu banyak lagi gambar ikan yang akak ambik.... best jugak dapat tengok ikan2 yang tak pernah kita lihat.... permintaan anak2 nak repeat datang lagi ke akuarium Penang ni.....

Abis melawat ikan moh ler kita terjah ke tempat seafood bakar....lapo dah nihhhh.....hahaaa:)


Monday, March 30, 2015

Senarai Barang Runcit Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST.......

Assalamualaikum....

Penghujung Mac 2015 sudah kita ye.... blog terabai lagi... jangan terbye-bye sudah...huhuu... biarlah kan... kalau rajin akak update...kalau malas terjah dan baca blog korang sudah la.... hahaa.... janji blog di buka hari2 hahaaa....

 

Hari ni akak rajin sikit... rajin sebab nak share pasal GST... Sekarang ni semua tengah borak/sembang pasal GST.... April esok lusa dah... semua tertunggu hal GST... apa yang jadi selepas GST.... macam2 pro dan kontra hal GST ni.... akak pun pening nak fikir... x mo fikir2 kita tengok jer la kesannya nanti....

 

Bawah ni ada la akak jumpa kat FB akak tentang serba sedikit pasal barang-barang  runcit yang akan dikenakan GST dan Tidak dikenakan GST.... so akak share la kat blog akak sebagai panduan untuk kita semua.... nak cakap banyak akak x pandai sangat pasal2 GST ni.... :p

  

Sebanyak 391 barangan runcit telah disenaraikan untuk memudahkan pengguna mengetahui barangan runcit yang dikenakan GST, dan barangan runcit yang tidak dikenakan GST.

Senarai Barang Runcit Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST

Senarai Barang Runcit Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST

Untuk itu, adalah wajar anda tahu mengenai senarai 391 barangan runcit yang dikenakan cukai GST, dan barangan atau produk runcit yang tidak dikenakan GST. Berbelanjalah dengan bijak. Nanti, bukan sebab GST anda sesak bulan April, tetapi sebab anda terlanjur membeli lebih daripada sepatutnya.

Senarai Barang Runcit Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST

Senarai Barang Runcit Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST










Semoga informasi ini akan membantu anda untuk berbelanja runcit dengan bijak, samada sebelum GST diimplementasi pada 1 April 2015 atau selepas ia mula dilaksanakan. Ketahui dengan jelas barangan runcit yang dikenakan GST dengan barangan runcit yang tidak dikenakan GST.



Related Posts with Thumbnails