Followers

Sunday, April 24, 2011

sabtu kami... makan ikan bakar Teluk Tempoyak

Assalmualaikum...

Hari sabtu kemarin pergi ronda penang .. bertolak ke sana kul 2.30 ptg... awal tu ronda2 di queen Bay kejap.. puas ronda queen bay ke pantai berdepan dengan pulau jerjak pulak.. lepak2 sat lepas tu bertolak ke restoran ikan bakar di teluk tempoyak... di situ ikan bakar dia sedap... banyak kali dah pergi makan... lepas makan ikan bakar kami ke padang kota... lepak2 sambil menghirup angin pantai.. sempat lagi my hubby mengurut kaki... cadang tu nak balik ikut feri... tapi jem mak oii panjang... terus tak jadi... so balik ikut jambatan jugak...

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5599097982498991602" />
otw.. atas jambatan penang..


menuju queen bay..



lepak2 tepi pantai...


sambil menunggu ikan bakar...


antara menu2 yang dah sampai...

si ikan bakar yg jadi kegemaran bersama ketam dan udang bakar..air asam yg besttt...




lepak di padang kota pulakkk...

Tuesday, April 19, 2011

mengawas exam..

Assalamualaikum...

2 minggu ni ada final exam di PSP.. kira dah abis semester la... kali ni saya kena jadi pengawas exam... hari ini baru start... tu pun last minit kena ganti staff yang kena bertukar Poli... apa pun sebab kena turut perintah maka kena la jugak mengawas... hehe.. tugas mudah jer.. pepagi edar kertas atas meja student, mengawas student kot2 ada yg meniru dan bagi kawan tiru dan akhir sekali collect kertas soalan n jawapan... habiss kerja...

Esok kalau ikut tu kena lagi mengawas.. tapi esok saya ambik cuti... minggu depan pulak la ada tugas mengawas lagi...

kongsi suasana exam pagi tadi... hehe..


Tekun sungguh student mnjawab soalan..


Muka pengawas yg dah bosan mengawas...hehe..

Harap2 berjaya...

Asslamualaikum...

Harap2 berjaya la pihak tertentu mengambil langkah larangan penjualan makanan yg tidak berkhasiat di sekolah dan di luar sekolah... apapun kita ibubapa juga perlu perihatin atas perkara ini... mulai sekarang kurangkan atau hapuskan terus pengambilan makanan ringan di rumah... heehee.. boleh ker????.... tepuk dada tanya diri sendiri... moga usaha kita demi kesihatan anak2 tercapai...

(petikan dari Berita harian online)


Langkah pastikan makanan sihat di sekolah


2011/04/19

PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius pengabaian budaya pemakanan sihat, terutama di kalangan pelajar. Melihat situasi sekarang, pelajar sejak di sekolah rendah lagi, bahkan di tadika sudah terdedah kepada makanan ringan.

Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila kita melihat pelajar menyerbu ke gerai jualan makanan ringan sebaik keluar dari pagar sekolah.
Pelajar terdedah kepada bahaya akibat budaya pemakanan tidak sihat dan tidak seimbang dan ini pastinya mengancam kesihatan, bahkan memberi kesan kepada pemikiran pelajar. Ia juga satu pembaziran apabila duit yang dibekalkan ibu bapa ‘hangus’ dibelanjakan untuk membeli makanan ringan.
Pelajar sepatutnya dijaga pemakanan dan dipastikan mereka hanya makan makanan terbaik untuk kesihatan seperti buah-buahan, sayur sayuran, susu segar serta banyak meminum air masak.

Kebanyakan makanan ringan masa kini sedikit khasiatnya, tinggi kadar gula, pewarna dan perisa tiruan dan selalunya mengakibatkan ketagihan serta pelbagai penyakit seperti kerosakan gigi, obesiti, buah pinggang dan lain-lain.

Kesan awal daripada pengambilan makanan ringan ini dapat kita lihat di sekolah apabila pelajar kelihatan lesu tidak bermaya, mudah letih, tidur di dalam kelas dan tidak berasa segar dan bersemangat untuk meneruskan sesi pembelajaran.

PKPIM berharap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kesihatan pelajar. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk sentiasa mengamalkan pemakanan sihat dan mengelakkan diri daripada mengambil makanan tidak berkhasiat.
Pihak sekolah juga perlu memantau penjualan makanan ringan sama ada di koperasi sekolah mahupun di luar pagar sekolah. Peniaga juga jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan menjual makanan ringan sesuka hati tanpa mengira kesan negatif terhadap pengambilan makanan ringan di kalangan pelajar.

Nasihat pakar pemakanan seimbang, pakar kesihatan dan persatuan pengguna perlu didengari agar pelajar tidak mengalami pelbagai penyakit sejak usia masih muda akibat mengabaikan budaya pemakanan sihat.

WAN MOHAMAD WASIF WAN MOHAMAD,
Exco Pendidikan dan
Penyelidikan Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Monday, April 11, 2011

Doalah untuk Ibu Bapa kita…

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak
kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu
akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan
wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa
kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,
waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau
malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA
ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua
mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan
lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ..." (Doa
ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......

Tuesday, April 5, 2011

Bingka pisang pulakkk...

Assalamualaikum...

Baru jer abis n3 bubur kacang doyan.. timbul lak bingka pisang (klu utara di panggil pengat pisang yang dikukus) tapi kali ni di bakar... tengah mood rajin masak ni... kebetulan pisang yang bawa dari kampung banyak.. apalagi terus cari resepi di internet... cari punya cari dapat resepi Bingka Pisang... menarik ni... bahan semua ada di dapur...mudah jer.. maka jadilah bentuk bingka pisang saya begini rupa... sedap tau dapat pujian dari kengkawan... hehe...






Kongsi resepi bingka pisang...

Bingka Pisang
Bahan2
1 sisir pisang kapas ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar..
1 cwn tepung gandum*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt..

Sunday, April 3, 2011

Bubur kacang doyan..

Assalamualaikum...

Cuti sabtu dan ahad saya kena keja..a da bengkel e-commerce di tempat keja... huhu.. walau tak cuti saya masih ada mood masak tau... hehe...

Ni nak cerita pasal bubur kacang doyan.. bubur ni favorite my hubby... dia suka makan ni ngan biskut.. saya lak mkn mcm tu jer... hari jumaat tu beli doyan.. ingat nak makan gitu2 ja... tapi hubby cakap kalau buat bubur kacang campur durian mesti sodapp... ingat dah ada kacang hijau... so simpan sket dalam peti ais durian yang dah dikopek untuk buat bubur... oleh kerana petang sabtu balik lambat dari keja.. maka hari ahad balik awal masak la bubur ni.. jadi la bubur kacang doyan yang mak ajar masa anak dara dulu2.. sedappp tau.. hubby bertambah2 mkn... hehe.. cuba la.. bubur kacang ni kan salah satu masakan turun temurun kita...





Saya ada bawa mai ofis pagi tadi... harap2 kawan2 suka...kuang.. kuang...
Related Posts with Thumbnails