Followers

Wednesday, September 7, 2011

Menu Hati...


Kulit Pisang…………..

Seorang lelaki separuh umur kelihatan sedang tertawa seorang diri sambil memandang kulit pisang yang terbuang di tengah jalan.  Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.  Dan kemudian tertawa lagi.  Begitulah, kelihatannya berulang-ulang kali.
Perbuatannya diperhatikan oleh seorang remaja dari jauh.  Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, dia bertanya: “Pak Cik, kenapa Pak Cik ketawa?”
“Pak Cik ketawa tengok kulit pisang tu nak…..” “Apa yang pelik dengan kulit pisang tu?”.  Pak Cik itu terus ketawa dan berkata: “Begini.  Sejak tadi Pak Cik perhatikan telah lima orang jatuh tergelincir kerana terpijakkan kulit pisang itu.  Tapi tiada seorang pun yang mengutip dan membuangkannya ke tepi, agar orang lain tidak tergelincir lagi.”  Remaja itu turut sama-sama ketawa.  Namun tidak lama kemudian dia bangun dan mengutip kulit pisang yang dimaksudkan dan membuangnya dari tengah jalan itu.  “Eh….nak, kenapa kamu buang?”  “Saya tidak mahu terus ketawa melihat orang lain jatuh!” jawab remaja itu.
Kali ini Pak Cik itu pula termenung.  Ketawanya hilang tiba-tiba.

Pengajaran:
Sering berlaku kita ingin orang lain “terkena” setelah kita terkena.  Pada hal kita seharusnya “memindahkan” pengalaman pahit yang kita alami sebagai peringatan untuk orang lain, agar tidak terjebak sama.

5 comments:

  1. sepatutnya kita sbg pelindung..bukannya penyebab huhuhhh

    ReplyDelete
  2. mendalam maksud tu...tapi ape pun, kulit pisang muda buat masak lemak mmg sgt sedap heeheheh....tetibe lari topik hehehehehe

    ReplyDelete
  3. suka entry nie.ada maksud tersirat yang disampaikan.:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails