Followers

Wednesday, September 21, 2011

Guna Lif Untuk Naik Gunung Kinabalu

 Assalamualaikum...

Pagi khamis yg indah masuk keja terus buka outlook (email)... belek punya belek terpandang la email ni...... dari kelabjutawan....bikin cerita pasal daki gunung kinabalu naik lif ajaib...... awal tu tak faham jugak... bila baca sekali lagi... faham le.... cerita pasal nak kaya cepat... tetapi perlukan cara yang betul... hehe.. betul ke??? entahlah labu....



Tersebutlah kisah kejadian yang berlaku sekitar tahun 2010-


Ali & Abu ialah dua sahabat baik.

Satu hari Ali datang ke rumah Abu
membawa sekeping risalah.

Ali : "Abu...aku ada berita baik ni..."

Abu : "Berita apanya?"

Ali : "Aku dapat iklan ni la...pakej ke puncak gunung
kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib'
dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."

Abu : "Wow!...hebat tu...kan kita dah lama berangan nak
daki Gunung Kinabalu...apa syarat2 dia?"

Ali : "Tak ada apa2 syarat la...bayar seorang RM100 aje
ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download
tiket dan terus pergi ke sana..."

Abu : "Apa lagi...jom la...peluang baik ni..."

Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap
orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download
tiket dari internet.

Di Kaki Gunung Kinabalu...

Ali : "Yeah...kita dah sampai akhirnya.."

Abu : "Apa lagi...jom kita cari pihak penganjur tu...
aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni..."

Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan
kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.

Ali : "Aduuuhhh!!...apa cerita ni...tak jumpa pun lif ajaib tu.."

Abu : "Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni.."

Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..

Pakcik : "Anak berdua ni...mesti nak cari 'lif ajaib' kan?"

Ali : "Ye la Pakcik....Pakcik ke penganjurnya?"

Pakcik : "Pakcik bukan penganjur...tetapi pakcik tinggal di kawasan ni"

Ali : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' tu?"

Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu
 dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib'
 yang tidak wujud sebenarnya..."

Ali : "Haaa...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami dah
bayar seorang RM100 ni...kami tertipu ke?"

Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu...'lif ajaib'
hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya
untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia
sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah
tanpa usul periksa..."

Abu : "Saya dah agak dah...saya memang rasa pelik...tapi
manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud...kan
sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang
dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu
ni.....hmmm...rupa2nya kena tipu aje"

Pakcik : "Anak2...mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas
tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah
dan akhirnya sampai ke puncak...itu semua bukan perkara mudah...
kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."

Ali : "Hmmm..."

Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul
...baru awak akan berjaya sampai ke puncak..."

Abu : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya..
.kalau nak mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena
ada ilmu mendaki yang betul...."

Ali : " Hmm...kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap
sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."

Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..
belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang
lengkap...pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti"

13 comments:

  1. hehe.. samalah mula2 tak faham jugak.. baca betul2 baru faham.. nasib akak dah terangkan kat atas awal2..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya dalam hidup ni tiada jalan pintas..tu jela boleh kabo..=)

    ReplyDelete
  3. looh .. penat tuuu daki kalau x der ape2 ekekke :)

    ReplyDelete
  4. penuh isi disebalik cerita...

    tiada jalan pintas dalam meniti kehidupan..

    jalan pintas balik rumah ada, lalu jalan pintas..haha..

    ReplyDelete
  5. jalan cerita yang ada maksud cukup dalam..

    ReplyDelete
  6. hehe..betul tuh.....setuju2..x ada jalan pintas nak bejaya..mcm tu jugak nak kaya....kena usaha

    ReplyDelete
  7. ha tu la....byk pengajaran cite ali n abu ni~

    ReplyDelete
  8. ada gak dalam dunia moden ni orang percaya ngan semua tu ye. jalan yang paling selamat nak ke puncak , seelok-eloknya melalui tangga atau mendaki .

    ReplyDelete
  9. Sgt mendalam maksudnya..
    Nk berjaya..kenalah berusaha.. ^_^

    ReplyDelete
  10. bayank pengajarannya... semua tiada jln pintas kecuali jalan blk rumah :)

    ReplyDelete
  11. paham2 maksud tersirat cerita ni.. xde jln mudah utk mendapatkan bnda yg diingini.. dah agak dah mana nk cari lif kat gunung tu kan, hehe.

    nice entry :)

    ReplyDelete
  12. mendalam maksudnyer.....betul tu....bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.....

    ape yg penting setiap kejayaan kene ade usaha yg lebih....lagi lebih usaha, lagi besar ganjarannye....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails