Followers

Monday, November 28, 2011

kek coklat tanpa telur (mood malas petang semalam)

Assalamualaikum...

Semalam akak jer cuti ganti awal muharram... en hubby keja.... dari pagi ke petang mengadap anak2 main game.. main kete... tengok cd...dan tgk anak2 bergaduh2 manja... kejap baik kejap gaduh... pening ngan anak2 akak layan internet... buka blog dan berFB untuk lepas kan kebosanan....hehe.. kemarin masak simple2 jer goreng ikan dan masak daging goreng sos lada hitam... siapppp.... hehe.. mudah jer kan...

Datang petang pulak tak tahu lak nak buat apa so dicide nak buat kek coklat untuk minum petang... so dah buka internet tu sambil tengok resepi kek coklat yang paling simple bole di buat (setiap kali nak buat kek mesti search internet..haha)... sambil2 tu tengok kat dapur kecik akak tu ada apa yang boleh di jadikan kek...telur dah abis... camne nak buat kek...hehe... cari punya cari ada akak tengok resepi kek coklat tanpa telur... so ikut la resepi tu... maka terhasil lah kek coklat yang sangat moist... yang bestnya kek ni tak der la bau telur... hehe... en hubby suka sebab tak bau telur katanya... klu macam tu len kali buat tak payah letak telur... sedap sama jugak....hehe...

kek yang siap belum bertopping....
 siap jugak kek coklat tanpa telur.... hehe...

 Super Moist Eggless Chocolate Cake

Bahan-bahan

* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 cawan serbuk koko
* 2 sudu besar susu tepung
* 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
* 1 cawan gula yg di blend
* 1 sudu kecil esen vanilla
* secubit garam
* 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
* 1 sudu kecil cuka

Cara membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
3. Masukkan tepung susu, garam dan gula. Kemudian dikacau rata-rata.
4. Masukkan air sejuk dari peti ais, minyak masak, esen vanila  Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
5. Akhir sekali masukkan cuka  Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

14 comments:

  1. saya pulak suka kek yg letak telur...hehe...


    saya pun kat umah semlm masak simple je kak, ikan goreng ngan sambal udang jer...
    hehe...

    ReplyDelete
  2. dah lama plak tak buat kek cokelat, tedapkan. ramai budak yg suka kek cokelat ni.

    ReplyDelete
  3. mau try jugak arr..kasi la resipi akak ;p

    ReplyDelete
  4. sedap juga buat tanpa telur nie ..
    terliur akak petang2 nie :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya..nieda pun tak suka kuih yg ada telur..boleh try sbb bhn pun nmpk simple

    ReplyDelete
  6. anak2 mmg suka kek coklat
    baru semalam buat 2 kek coklat kukus
    1 utk tempahan
    1 utk anak2 :)

    ReplyDelete
  7. ni bukan mood malas ni... mood malas angkut kt kedai ja... rajinnya buat kek.. menarik lak tu

    ReplyDelete
  8. wahhh..sedapnya..lia blm penah try yg eggless ni... ramai yg kata rasanya maintain je w'pun x der telo...ada masa nak try lah sblm oven masuk kotak..heheeee

    ReplyDelete
  9. skrg tgh alah benda manis..kalo tak msti sy bt ..haitu raya sempat buat 4bji..

    ReplyDelete
  10. kak tak pernah cuba lagi kek tanpa telur.. ada resepi ni lepas ni boleh cubalah..

    ReplyDelete
  11. saya ambil resepi ni ye kak..minta halal..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails