Followers

Wednesday, August 25, 2010

Nuzul Al-Quran..

Salam Ramadan..

Selamat menghayati hari Nuzul Al-Quran untuk semua umat Islam..

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


***Info dari http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

4 comments:

  1. ckp pasal nuzul al-quraan....negeri2 yg bercuti seronok laaa....lagi2 dpt sambung sekali ngan cuti 31 ogos....lieya kat putrajaya ni tade laa cuti huhuhuhu.....

    ReplyDelete
  2. sian lieya kan.. saya kt penang cuti tau.. hehe.. kira 3 ari la tmsk sabtu ahad.. 30/8 keja dan 31/8 lak cuti merdeka.. ada kwn2 tu ambk cuti rehat utk 30/8 kira direct cuti.. balik kg kot berbuka ngan keluarga.. boleh p shoppin kan.. huhu.. baju utk diri sendiri belum beli..

    ReplyDelete
  3. selamat hari nuzul quran...kl x cuti tp sure jln tetap jammed.org selangor mesti turun kl shopink raya

    ReplyDelete
  4. selamat hari nuzul quran ..
    mari lah kita sama2 meningkat kan amalan sempena ..nuzul quran ini.dan sempena 10 malam terakhir.ramadhan ..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails