Followers

Thursday, August 12, 2010

Posa hari ke2.. (Adam puasa)

Semalam aku ambk cuti sbb mak pengasuh anak ku si Arfan tu pi buat medical check up kt Hospital.. so kemarin aku dok lepak jer kt umah.. kira boleh tidor balik le lepas my hubby pi keja dan Adam p sekolah..hehe.. thg hari p jemput Adam dr sekolah... ni nak crita sket pasal Adam dah boleh puasa penoh.. kan tahun lepas dok pujuk dia puasa penoh tp tak penoh2 pun.. maka tahun ni jadi jugak aku pujuk dia puasa.. kira dah 2 hari dia puasa penoh.. ari pertama puasa dia ok jer nampak letih sket2 jer..lagi pun sekolah dia bercuti sempena menyambut Ramadan.. kira tak penat sgt.. aku suruh dia rehat2 jer jgn main byk sgt kt rumah pengasuhnya.. then hari kedua semalam dia pegi sekolah dan aku ada cakap pada dia jangan main2 sgt kt sekolah nanti.. masa p ambik nampak muka dia mcm ok jer.. tapi sampai rumah jer terus bagi tau "mama Adam dahaga la.." sian lak.. aku cakap memang la dahaga dan lapar klu berpuasa tapi kita kena sabar... boleh dia kata adik boleh minum kenapa?... dia tak tau yg adik nya tak puasa mcm dia... so aku dok pujuk dia sabar2 kejap lg kita boleh makan... sat2 dok tanya aku berapa jam lagi nak berbuka..sabar jer la aku ni... skali skala tengok dia kesian la pulak..

Petang semalam aku masak simple jer... sup daging campur soohoon dan pucuk, masak merah ayam dan telur dadar..my hubby lak beli ikan merah masak lemak dan kuih-muih...
tambah sket sambal belacan dan ulam.. sedap...

Tengah dok berfikir nak masak apa utk hari ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails