Followers

Wednesday, August 17, 2011

menyusahkan ibu bapa jer....

Assalamulaikum...

Apa2 jer la babudak sekarang ni... berani tahap gaban betoi... baru umur 17 tahun dah buat hal... pompuan pulak tu... konon2 belakon kena culik.. padahal bersubahat ngan boyfren peras ugut keluarga sendiri... belakon la konon... lastly Tuhan tu Maha Petunjuk... kena tangkap... sapa yang kena jawab ni???.. ibu bapa jugakkk... takut la pulakkk... doakan kita dijauhi dari perkara yang tak sepatutnya seperti ini... aminnn


Gadis hilang ditahan peras ugut keluarga

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! 16 Ogos 2011.

PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.

Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.

Pada 27 Julai lalu, modus operandi sama digunakan oleh seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta dekat Subang Jaya.

Gadis itu bersubahat dengan kekasihnya seorang lelaki Nigeria sebelum mereka meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga si gadis yang berada di Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.

“Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.

“Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

15 comments:

  1. apa nak jadi ler ngn budak2 skrg ni..
    supaya tak jadi pada anak2 kita kan..harap dijauhkan

    ReplyDelete
  2. bongek..menyusahkan mak bapak...
    ntah ape la yang difikirkan budak2 ni...

    ReplyDelete
  3. Astaghfirullah.... pagi ini bila dengar berita di radio kakak rasa gerun dgn keruntuhan moral yg menjadi-jadi hingga melibatkan susah-payah-sedih-pilu-malu pada ibu-bapa sendiri....

    ReplyDelete
  4. ya Allah....bongok tol budak tu...menyusahkan makbapak die jek....ikut ckp boipren bodoh mcmtu....aduhai...mintak2 laa zuriat kite terhindar dari perangai teruk mcm ni kak...takut bile dibayangkan...

    ReplyDelete
  5. Salam;
    melampau tahap iblis bebudak sekarang..dahlah menyusahkan siap reas ugut tahap yahudi..biar je masuk penjara padan muka...

    ReplyDelete
  6. budak2 zaman sekrg lebih dasyat..sanggup peras ugut ibu bapa sendri semata2 nak duit je..erm..x tahu lar nak jd apa..

    ReplyDelete
  7. budak2 zaman skrg ni taktaula nak jadi apa. hmm, sanggup pulak mnipu mak ayah. :(

    ReplyDelete
  8. apa la nak jadi bebudak zaman skg.. zaman dulu, masih ada zaman mak bapak, cikgu2 rotan sampai patah..

    zaman lani, terus masuk balai lokap.. ish.. ish..

    ReplyDelete
  9. inilah dia budak x kenang di untung , dilahirkan ke dunia hidup2 punn dah mujur ! adehhhhhhhhhhhh bikin emo je budak2 zaman skrg ...

    mohon dijauhkan !!!!

    ReplyDelete
  10. mcm2 hal sekarang ni..minta dijauhkan terjadi pada keluarga kita. dh kena tangkap polis siapa yang malu???

    ReplyDelete
  11. inilah masaalah nya bebudak sekarang.taknak dengar ckp mak bapak.kurang mkn airtangan emak kut..

    ReplyDelete
  12. apa nak jadi..ishish..

    ReplyDelete
  13. xcrdik..gini lajd nye..gram gak bce kes ni

    ReplyDelete
  14. zaman sekarang, anak2 sendiri tak kesian kat mak ayah, sampai sanggup memeras ugut mak ayah sendiri. nauzubillahiminzalik. harap2 dijauhkan keluarga kita daripada semua ni. amin.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails