Assalamualaikum...
Sekadar satu perkongsian di hari Jumaat yang mulia ini...
Siapa yang tak takut jika Tuhan menarik
segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita
sebelum ini?
Siapa yang tak takut jika Tuhan mengambil
semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?
Siapa yang tak takut jika terpaksa hidup
bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.
Siapa?
Jika anda tanyakan kepada saya.
SAYA AMAT TAKUT JIKA KESEMUA ITU
TERJADI KEPADA SAYA. Dan saya lagi takut
jika Tuhan tidak mengampunkan dosa-dosa yang
pernah dilakukan hanya kerana keriakan, keegoan
dan tidak pernah bersyukur dan meminta keberkatan
daripada-Nya.
Tapi kenapa kita selalu LEKA dengan pemberian-Nya.
Kita tidak bersyukur dengan apa yang sudah kita miliki..
Ya! Kita mahu lebih daripada apa yang kita miliki kini.
Tidak dinafikan semua orang mahu lebih daripada satu
kekayaan, satu kegembiraan, satu kejayaan dan satu
kasih sayang. Tetapi sebelum kita mengharapkan yang
lebih itu hadir pernahkah kita bersyukur dengan pemberian
daripada-Nya... ?
INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan
kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba. Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk
mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk
berusaha. Jangan sesekali.
InsyaAllah
InsyaAllah
InsyaAllah
saya cukup takuttttt
ReplyDeletecheqna pun takut gak..
ReplyDeletesgt takut sekali bila ianya terjadi dekat diri sendiri..
ReplyDeletetakutt
ReplyDeletememang takut.. kalau asyik terfikirkan benda2 gini mau aida x tido malam x selera nk makan.. apa2 pun semua akan berlaku atas izin Allah
ReplyDeletememang takut kehilangan semua yg "dipinjamkn" olehNya...
ReplyDeletebtul tu, kte perlu sentiasa bersyukur dgn setiap apa yg ada walopn hanya sekecil2 rezeki ;)