Followers

Thursday, July 7, 2011

Petua Tumit Kaki Pecah..

Assalamulaikum...

Hari Jumaat yg indah dan mulia ni saya nak kongsi petua jer… tarak n3 bagus dah… besakan banyak geng wanita macam kita ni ada problem tumit kaki merekah… saya pun ada problem ni… hehe.. hari2 masa mandi berus tumit dengan berus sabut… kihkih… kasi sental tumit kaki… saya ronda2 internet ada jumpa petua untuk mengatasi tumit kaki merekah… bolehle cuba anytime… follow yer…


Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

13 comments:

  1. sy pn selalu alami mcm ni.tp yg bestnya klu duduk hotel,sure tumit tak pecah.lagi satu kalu bwk g mandi swimming pool atau kt beach pn tumit kaki cantik mulus je...hihi...kata hubby; nk kne duduk otel lah pulak!...

    ReplyDelete
  2. LIEYA MASE preggy ari tu kak...mmg teruk tumit merekah...agaknye naik berat badan byk sgt kot...skrang dah okey dah...legaaaaa heheeheh

    ReplyDelete
  3. Petua nombor 4 tu boleh ikut... paling senang antara semua tu hehe...tumit merekah gak ni... scarynyer kalau tengok huhu..

    ReplyDelete
  4. Istri saya sering mengalami hal demikian.Nice post kawan,makasih untuk petuahnya,salam kompak dari Papua.

    ReplyDelete
  5. pheww! semua petua tradisional nih..kita guna krim herba je..tu pon malas gak sapu..

    ReplyDelete
  6. memang senang je nak buat puding kak nani tuh...tak perlu susah2 carik bahan.....bahan2nya pun bahan asas yang memang ada kat rumah....anak dara akak kata leh buat untuk buka puasa nanti....

    ReplyDelete
  7. alamak kalau merekah tahap tu mmg scary la.. nice info.. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  8. tumit pecah ni biasanya ikut keturunan kan kak..

    ReplyDelete
  9. hmmm ada petua, leh cuba ni, dah boh vaselin tapi xde kesan, scholl pun guna gak tak jalan

    ReplyDelete
  10. wahh...petua bagus ni. sy pun alami masalah ni. muda2 lg dah kena (ceh, mcm la org tua je kena kan). nak ikut petua No. 1 lahhh. mudah sikit. ;) thanks ye...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails