Followers

Tuesday, May 31, 2011

Sape punya kerja ni???...

Assalamualaikum..

Pepagi ni saya macam biasa baca Mymetro online... jumpa la berita yang tak dak kesudahan ni... tahu la kan keja buang bayi ni dah macam kes biasa lak bagi kita... tak dak penghujungnya... sapa la punya kerja terkutuk ni... Hanya Allah saja yang tahu.... moga dapat balasan yang setimpal pada mereka yang tak berhati perut ni...


Bayi sangkut celah batu

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang sibuk bergegas ke tempat kerja gempar dengan penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Bayi perempuan itu dikatakan dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat daripada orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.


Orang awam yang curiga dengan objek itu menghubungi polis dan bomba sebelum mereka tiba di kawasan berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, mayat bayi perempuan itu dipercayai baru dilahirkan dan dicampak di dalam sungai sebelum dihanyutkan.


Menurutnya, kejadian itu disedari orang awam yang terlihat objek seperti ‘anak patung’ dihanyutkan arus sebelum menghubungi polis.


Sepasukan bomba dari Sentul dihantar ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mayat bayi berkenaan.

“Bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibawa arus dari kawasan Stesen LRT Titiwangsa di Jalan Pekeliling.


“Setelah membuat operasi mengesan, kami (polis) menemui mayat bayi itu berdekatan PWTC yang tersangkut di celah batu. “Mayat itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

8 comments:

  1. sangat benci dan menyampah dengan bab2 buang bayi ni

    ReplyDelete
  2. cheqna:betul la dah mcm zaman jahiliah... nauzubillah...

    ReplyDelete
  3. ini manusia bukan binatang pun bukan...

    apa jenis ek? sukar dikategorikan

    ReplyDelete
  4. alaaaaa...x suka sungguh lah baca citer cenggini kan...knp lah x berhati perut org ni..buang2 anak sesuka hati....:((((((

    ReplyDelete
  5. astaghfirullah..kes buang bayi lepas lahir la ni tknak trus campak..siannya..

    ReplyDelete
  6. pagi nie dlm kosmo pulak "Manusia berhati syaitan" Baby dicampak dari atas aprt. sampai pecah kepala.subbahanaallah...

    ReplyDelete
  7. bila la nak habis cerita pasal buang bayi ni kan..kata je negara islam..mm

    ReplyDelete
  8. ya Allah makin menjadi2 la kes buang bayi ni... apa nak jadi ngan kita umat islam ni... takutnya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails