Followers

Sunday, May 29, 2011

Petua berasaskan buah limau...

Assalamualaikummm..

Selamat hari Isnin semua.. ada sihat.. harap2 semua okey... haha... cuti dah bermula ye.. tentu ada yang ambik cuti sebab nak bercuti bersama anak-anak di rumah, pegi makan angin atau balik kampung.. hehe seronoknya... entry bergambar takde la pulak hari ni... yang ada pun gambar ngan anak-anak n my hubby jer.... nak letak malas la pulak.... cuti sabtu ahad kami sekeluarga pergi lepak tepi pantai dan ronda TESCO jer... hehe..

N3 kali ni saja arr nak share Petua berasaskan buah limau (limau Nipis dan Kasturi)ngan kawan-kawan... petuanya seperti berikut.... jangan lupa cuba yer...

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan,
1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah
itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam
pet i sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda
makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.
Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan
dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu
sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3.Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman
harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan
ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau
makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah
segar dan langsing.

4.Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu
Manis dan Madu.

Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam
pantang.

Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua
ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah
jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu
disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah
dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan
meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua
ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur
sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut
anda akan lebih menarik.

selamat mencuba....

8 comments:

  1. baiklah..blik ni saya akan beli sekilo limau kasturi untuk mengurangkan berat badan..tetiba semangat sampai..hu3

    ReplyDelete
  2. Chichi.. slam kenal dr saya.. hehe.. cuba jgn tak cuba... insyallah ..

    ReplyDelete
  3. Limau memang banyak kegunaan. Orang kata serba bolehlah. cik ina suka teh limau o ais.

    ReplyDelete
  4. gud tips .. dulu ieda pernah amalkan minum air limau nipis suam setiap pagi .. tapi dilarang oleh dr sbb dia cakap boleh menipiskan usus .. terus x amalkan huhuh

    ReplyDelete
  5. waaaa bestnya petua2 niee:) kmieja nak try petua halia+ikan bilis tu teringat dulu2 mak akak makan halai+ikan bilis bersama nasi paanas:)

    ReplyDelete
  6. tq normi.

    boleh diamalkan. i selalu minum green tea. and lemon..

    ieda, limau nipis mmg agak tajam. so tukar ke lemon. baik tu.

    ReplyDelete
  7. nice info... dah try teh cina...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails