Followers

Thursday, May 19, 2011

"Kasut Kelopak Jantung"

Assalamualaikum...

Just nak share kisah seorang murid miskin ngan gurunya... saya dapat email cerita ni dari rakan sekerja.... sempena "Hari Guru"... bila saya baca petikan cerita ni... air mata saya bergenang... huhu...


Cerpen ini mengisahkan Ahmad dan Cikgu Harun...Ahmad merupakan seorang pelajar miskin yang berumur 9tahun..sering dimarahi oleh gurunya Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah..sebaliknya hanya berselipar jepun..keadaan itu mengganggu pemandangan Cikgu Harun yang begitu mementingkan soal penampilan..

"Ahmad,mana kasut??"
"Belum beli cikgu.."
"Bila nak beli?"

Ahmad membatukan diri seperti selalu..semenjak tiga minggu yang lalu, sejak sekolah dibuka..dan semenjak soalan itu diajukan kepadanya...itu sajalah jawapan Ahmad..Sebelum itu Ahmad memakai selipar Jepun yang lusuh ke sekolah..tetapi selepas selipar itu putus..dia hanya berkaki ayam..sehinggalah satu hari Ahmad telah didenda oleh Cikgu Harun kerana tidak membawa baju sukan..

"Kasut sekolah tak pakai,baju sukan tak bawa!Apa nak jadi dengan kamu ini??

Terasa hendak dipukul sekuat hati pelajar itu tetapi kesabarannya masih ada..Cikgu Harun terpandang rumpun pisang yang merimbun di tepi pagar sekolah..Beberapa tandan pisang terjuntai di celah-celah rumpun pisang itu..dan dibawahnya bertaburan kelopak jantung yang gugur..besar-besar dan berwarna merah hati..

"Pergi cari tali!"

Ahmad,pelajar yang lurus bendul itu terus beredar dan kembali dengan seutas tali rafia berwarna merah..

"Kamu pakai benda ni.Ikat elok-elok!!"Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tak beli kasut baru!!"

Pada mulanya Ahmad berat hati untuk memakai kasut yang diperbuat dari kelopak jantung pisang itu..tapi akhirnya dia menurut..Ahmad serba salah..Dia berasa malu..Ahmad berlari pulang ketika murid-murid lain sudah keluar sekolah. Sakit hatinya kini lebih perit daripada tertusuk duri semalu..Matanya berair..bukan kerana sakit kaki..akan tetapi hatinya yang terhiris..

Keesokan harinya..Ahmad tidak datang ke sekolah..sehinggalah seminggu lamanya..Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena..dia bertanya kepada pelajarnya yang lain..

"Dia kata hendak berhenti sekolah cikgu!!"

Tersentak hati Cikgu Ahmad mendengar jawapan dari anak muridnya itu..tiba-tiba timbul rasa bersalah di dalam hatinya kerana bertindak keterlaluan kepada Ahmad..Petang itu, Cikgu Harun tekad untuk pergi ke rumah Ahmad..setelah melalui denai-denai sempit akhirnya dia sampai ke rumah Ahmad..barulah Cikgu Harun sedar betapa sukarnya Ahmad ke sekolah..tambahan dalam keadaan pelajar itu yang hanya berkaki ayam menempuh semak..batu-batu kerikil di tepi jalan dan pohon-pohon semalu yang berduri..

Sebaik sampai di sebuah rumah,Cikgu Harun memanggil-manggil nama Ahmad..tapi tiada yang menyahut..Tiba-tiba muncul seorang wanita separuh umur..mukanya iras-iras Ahmad..Cikgu Harun dapat mengagak itu adalah ibu Ahmad..

"Ahmad tak ada.Dia mengambil upah petik cili.."Cikgu Harun memperkenalkan dirinya..Tidak lama kemudian,muncul Ahmad..Cikgu Harun menyapa pelajarnya itu..Tika itulah dia terpandang kepada kaki Ahmad yang masih bersarungkan kasut kelopak jantung..

"Kenapa kamu tak buka kelopak jantung ini??"tanya Cikgu Harun pantas.Hatinya tersentuh kerana tidak menyangka arahan supaya tidak menanggalkan kelopak jantung itu benar-benar dipatuhi oleh anak muridnya itu..

"Saya belum cukup duit untuk membeli kasut baru.."

Air mata Cikgu Harun menitis tanpa disedari..dia segera ke pekan membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut..Kemudian,cikgu Harus bergegas pulang ke rumah Ahmad..

"Ahmad,esok pergi sekolah. Pakai uniform baru ni..."

Ahmad menyambut pemberian Cikgu Harun dengan tangannya terketar-ketar..

"Terima kasih cikgu.."

3 comments:

  1. alahai....meleleh air mata atie baca kisah nie kak...sedih nyer....:(

    ReplyDelete
  2. sedihhhh nyerrr...kalau buat drama nie mesti ramai org nangis nieee...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails