Followers

Wednesday, October 19, 2011

7 punca mengapa anda makan banyak kali..

punca makan banyak

Pasti anda pernah mengalami situasi dimana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?


(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin- Makanan didalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu meminum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

hah.. renung-renungkannn...hehe

17 comments:

  1. alamak......atie termasuk dalam semua kategori di atas la...patut lah mulut nie asyik nak mengunyah jer....adoiii...

    ReplyDelete
  2. tapi sye jenis xkuat mkn lak pulak. hee

    ReplyDelete
  3. huish, bosan pun leh jd punca mkn bnyk. bahaya ni, xleh selalu bosan.

    ReplyDelete
  4. Mungkin betol lah kot. Saya tak suka makan sayur. Kehkeh

    ReplyDelete
  5. makasih infonya neh.. hehehhe bermanfaat sangat buat aku

    ReplyDelete
  6. yang kebosanan tu betul..
    haha...
    yien slalu makan bile bosan and tgh marah :)

    ReplyDelete
  7. aah! sy kalau bosan sy makan..haha mmg betul

    ReplyDelete
  8. bagus info kak normi....tu le, kdg2 pelik nape laa asek nak mkn....rupenye ade fakta2 hah...tapi lieya ni mmg kuat mkn pun hak hak hak

    ReplyDelete
  9. wahh.info yg bagus..patot pun mkn byk.x amek sarapan/hehehehe..

    ReplyDelete
  10. Oooo camtu ke? Aku tak de dalam list kat atas tapi makan larung je :)

    ReplyDelete
  11. semua di atas pernah berlaku pada saya..haha

    ReplyDelete
  12. terima kasih kongsi info berguna ini... :)

    ReplyDelete
  13. memang betul la sangat....af kalau kebosanan memang fikir nak mengunyah jer...hehe

    ReplyDelete
  14. hurmmm eli ni mkn dlm kuantiti yg sikit..so mmg cepat gak la rasa lapar

    ReplyDelete
  15. patut la asyik lapar je memanjang ,
    padahal baru je makan nasi..
    adeh...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails