Followers

Tuesday, April 19, 2011

Harap2 berjaya...

Asslamualaikum...

Harap2 berjaya la pihak tertentu mengambil langkah larangan penjualan makanan yg tidak berkhasiat di sekolah dan di luar sekolah... apapun kita ibubapa juga perlu perihatin atas perkara ini... mulai sekarang kurangkan atau hapuskan terus pengambilan makanan ringan di rumah... heehee.. boleh ker????.... tepuk dada tanya diri sendiri... moga usaha kita demi kesihatan anak2 tercapai...

(petikan dari Berita harian online)


Langkah pastikan makanan sihat di sekolah


2011/04/19

PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius pengabaian budaya pemakanan sihat, terutama di kalangan pelajar. Melihat situasi sekarang, pelajar sejak di sekolah rendah lagi, bahkan di tadika sudah terdedah kepada makanan ringan.

Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila kita melihat pelajar menyerbu ke gerai jualan makanan ringan sebaik keluar dari pagar sekolah.
Pelajar terdedah kepada bahaya akibat budaya pemakanan tidak sihat dan tidak seimbang dan ini pastinya mengancam kesihatan, bahkan memberi kesan kepada pemikiran pelajar. Ia juga satu pembaziran apabila duit yang dibekalkan ibu bapa ‘hangus’ dibelanjakan untuk membeli makanan ringan.
Pelajar sepatutnya dijaga pemakanan dan dipastikan mereka hanya makan makanan terbaik untuk kesihatan seperti buah-buahan, sayur sayuran, susu segar serta banyak meminum air masak.

Kebanyakan makanan ringan masa kini sedikit khasiatnya, tinggi kadar gula, pewarna dan perisa tiruan dan selalunya mengakibatkan ketagihan serta pelbagai penyakit seperti kerosakan gigi, obesiti, buah pinggang dan lain-lain.

Kesan awal daripada pengambilan makanan ringan ini dapat kita lihat di sekolah apabila pelajar kelihatan lesu tidak bermaya, mudah letih, tidur di dalam kelas dan tidak berasa segar dan bersemangat untuk meneruskan sesi pembelajaran.

PKPIM berharap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kesihatan pelajar. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk sentiasa mengamalkan pemakanan sihat dan mengelakkan diri daripada mengambil makanan tidak berkhasiat.
Pihak sekolah juga perlu memantau penjualan makanan ringan sama ada di koperasi sekolah mahupun di luar pagar sekolah. Peniaga juga jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan menjual makanan ringan sesuka hati tanpa mengira kesan negatif terhadap pengambilan makanan ringan di kalangan pelajar.

Nasihat pakar pemakanan seimbang, pakar kesihatan dan persatuan pengguna perlu didengari agar pelajar tidak mengalami pelbagai penyakit sejak usia masih muda akibat mengabaikan budaya pemakanan sihat.

WAN MOHAMAD WASIF WAN MOHAMAD,
Exco Pendidikan dan
Penyelidikan Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

4 comments:

  1. atie sokong....kalau boleh kiter kene ajar anak2 kita jangan ambik makanan ringan nie...banyak risiko dia....mcm atie...husband dah larang atie beli makanan ringan..takut fizri nak...makanan fast food pun husband atie tak benarkan beli...kalau boleh tak nak ajar langsung kt fizri...insyaallah...kalau boleh elak better elak kan...

    ReplyDelete
  2. Atie: semoga kita sebagai ibu bapa berjaya dlam hal ini... cayokk..

    ReplyDelete
  3. Semoga berjayalah..langkah yang bagus untuk mengelakkan anak2 kita makan yg bukan2..

    ReplyDelete
  4. sokong jugak .. skrg nie akak banyak buatkan sarapan utk bekalan anak2 ke sek .. so memang x pernah bagi mereka beli di kantin :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails