Followers

Monday, January 17, 2011

Ayoub..

Salam..

Ada sesapa yang layan cerita ni tak???.. cerita ni nampak best jer.. tapi saya tak layan sangat... tapi sekarang ni teringin nak tengok sbb watak Ayoub tu sakit... teringin nak tahu apa jadi kat Ayoub tu... apakata kita layan jer cerita ni...jommm..



Drama Ayoub bersiri 25 episod yang diarahkan oleh pengarah, Hilter M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Dato’ Rahim Razali dan Mak Jah.

Sinopsis Ayoub Slot Samarinda Tv3:

Nukilan skrip oleh Faznita Md Nor mengisahkan Ayoub (Iqram Dinzly) yang sentiasa bersabar terhadap segala rintangan dalam hidupnya. Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun (Rosnah Johari) dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel (Razak Ahmad) lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.
Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil (Fizz Fairuz) sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Sadeli), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.
Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan. Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim).
Mereka dikurniakan 4 orang anak selepas berkahwin. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.
Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.
Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Syarikat Ayoub mula menghadapi masalah setelah beberapa pekerjanya berpaling tadah. Anak yatim yang pernah dibantunya pula menuduh Ayoub mencabul kehormatannya.
Imej Ayoub sebagai seorang dermawan dan usahawan yang berjaya tercalar. Namun, Ayoub dan Tengku Zarima masih sabar dan tabah menghadapi segala cabaran. Wan Aidil bertindak lebih agresif sehingga tergamak membunuh anak-anak Ayoub serta menyebabkan Ayoub menderita dengan penyakit kulit akibat sisa bahan toksik.
Ayoub telah menyepi diri di dalam hutan. Dia enggan menerima sebarang bantuan daripada sesiapa dan mula menyalahkan Tuhan tentang nasib malangnya. Zahra, seorang anak yatim yang pernah dibantu oleh Ayoub hadir dalam hidupnya dan tekad memulihkan semangat Ayoub. Mampukah Ayoub bangkit semula? Bagaimana pula dengan kesudahan Wan Aidil???...

2 comments:

  1. lieya tak tgk kak cite nie, tapi tu laa tgk iklan si ayoub tu kene penyakit kulit mcm bestplak....tapi cakap jek lieya ni, sampai kesudah tak tgk pun haahahahaha....

    ReplyDelete
  2. Kadangkala ikut juga cerita si Ayoub ni...kesian masa anak2 dia meninggal..huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails