Followers

Sunday, January 23, 2011

TANDA – TANDA STRESS!!!!

Salam...
Ada dapat email dari seorang kawan tempat kerja... cerita pasal tanda2 stress... kita sebagai manusia biasa ni tak boleh lari dari stress... saja jer wat n3 ni nak kongsi bersama kengkawan semua... mana tahu tanda2 stress di bawah ni ada pada kita... hehe.. klu boleh kita tak nak STRESS!!!...

"Orang yang menerima amarah ini juga akan dengan itu respon dengan cara yang sama iaitu lawan, lari atau merajuk di sebabkan juga oleh adrenaline yang berlebihan. Jika orang itu berakal, dia akan respon dengan cara positif dan dengan itu tidak mengalami stress. Bagi anak kecil mereka belum lagi berakal. Sekiranya anak itu sering mengalami keadaan seperti ini ia akan menyebabkan anak itu tidak rapat dengan ibu bapanya atau penjaganya dan sekiranya berlarutan anak itu akan menyisihkan diri dan masuk ke alamnya sendiri. Jika tanda-tanda itu wujud sebelum3 tahun ini bermakna anak itu telah mengalami stress dari dalam rahim ibu lagi dan keadaan itu di beri nama Autisma. Jika tanda itu wujud selepas 3 tahun kita biasa kenali orang itu sebagai orang gila atau “Schizophrenia” .
Anak juga belajar cara mengatasi stress dan akan memprogramkan perangai marah atau merajuk dalam otaknya, dan akan dengan itu membentuk perangainya, keperibadiannya dan perwatakannya kelak waktu dewasa. Ibu yang sentiasa dalam keadaan stress waktu mengandung akan menyebabkan anak dalam kandungan juga stress, dan boleh menyebabkan keguguran, lahir belum cukup bulan, atau anak menghidap sawan tarik atau di lahirkan anak kurang upaya."
Bukan sahaja orang yang menerima akan mengalami stress, orang yang amarah itu juga akan mengalami stress.

Di ANTARA TANDA-TANDA STRESS IALAH :

Ø Otot-otot muka bergerak
Ø Cakap gagap atau tidak terus (stuttering) atau gagap
Ø Menggigit kuku atau bibir
Ø Mengetuk lantai atau meja dengan tangan atau kaki cara berterusan
Ø Menggoyangkan kaki
Ø Jantung berdebar
Ø Pernafasan cepat
Ø Sakit perut yang tidak ada kaitan dengan makanan
Ø Muka merah atau pucat
Ø Tangan sejuk dan berpeluh (basah)
Ø Rasa loya atau tidak lalu makan
Ø Mulut kering
Ø Rasa takut sesuatu akan terjadi
Ø Kerongkong rasa tersekat
Ø Sentiasa menelan air liur
Ø Tidak boleh tidur atau ada masalah tidur
Ø Tidak boleh memberi tumpuan
Ø Selalu pening kepala atau sakit
Ø Lemah lutut
Ø ‘Fidgetiness’, iaitu mengusik orang,merosakkan barang-barang atau mendera binatang
Ø Senang panik
Ø Senang lupa
Ø Ceret-beret yang tidak ada kena mengena dengan makanan
Ø Kencing malam
Ø Mengigau
Ø “HYSTERIA” atau menjerit-jerit tanpa sebab
Ø Merajuk

oleh itu hindari STRESS!!!...

2 comments:

  1. huhuhuh x mo stress2 nie .. takut .. kalau nak marah2 punn selalu ieda pi basuh muka dulu @ amik air semayang .. alhamdulillah :))

    ReplyDelete
  2. Banyak jugak rupanya tanda stress..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails