Followers

Wednesday, March 31, 2010

Kongsi Resepi...

Resepi ni kalau buat hujung2 ni mesti sedapkan... cuba yer kawan2.. sorry gambar tak der..

AYAM MADU Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam

Ditumbuk lumat:
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu makan madu
2 sudu makan kicap masin (Kalau guna kicap manis, sila tambah sedikit garam)
2 biji bawang putih
Perahan sebiji lemon atau limau kasturi

Cara-cara:
1. Lumurkan ayam bersama-sama bahan2 yg ditumbuk dan perap selama sejam atau lebih.
2. Microwave @ HIGH selama 3 minit. Kalau tak microwave pun tak pe, kukus selama 10 minit.
Kalau malas lagi, bakar aje terus. Bakar selama 30min - 40min pada suhu 200 darj cel
sehingga garing.
3. Sesekali siramkan lagi dengan lebihan bahan perap sekirannya ayam kelihatan kering.

DALCA DAGING
Bahan-bahan :
200gm Daging lembu, dipotong nipis dan direbus empuk
100gm kacang dal, direbus hancur
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
1 biji bwg besar
2 inci kayu manis
Sekuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar serbuk rempah kari, dibancuh dgn sedikit air
1 batang lobak merah, dipotong panjang
Kacang buncis atau kacang panjang, dipatah2
Terung..(Tak de laaaaa...)
Sebiji ubi kentang, di belah 6
sebiji buah tomato, dibelah 4
1 mangkuk santan

Cara-cara:
1. Tumiskan bwg merah dan bwg putih sehingga agak layu. Masukkan segala rempah ratus sehingga
naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau.
2. Masukkan daging dan kacang dal yg telah direbus empuk. Terus tambah air dan biar mendidih.
3. Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang empuk.
4. Masukkan lobak, kacang buncis dan bawang besar. Kalau ada terung bubuh sekali.
5. Tuang santan dan masukkan garam secukup rasa. Terus kacau dan masukkan buah tomato
sebelum diangkat.

2 comments:

  1. smboi sedapny resepi ayam madu ni..:)
    ada masa blh try.. tq for sharing

    ReplyDelete
  2. dah try buat resepi ni smlm...tp dayung ada ubah/tambah sikit sbb tak ada stok ketumbar kt dapur hehehe...boleh lah jenguk kt blog nanti

    http://dayungserian.blogspot.com/2010/04/resepi-ayam-madu.html

    :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails