Followers

Sunday, March 7, 2010

Bihun Sup Daging..

Pejam celik2 dah cuti hari sabtu and ahad.. so cuti ni la hari masak sedunia untuk kaum hawa.. mcm biasa my hubby tu buat permintaan nak makan makanan kegemarannya iaitu Bihun Sup Daging.. yg bestnya klu dia mengidam nak mkn sesuatu dia pasti sanggup p cari bahan2 nak buat.. kira bgtau jer apa brg yg diperlukan pasti beres.. tapi bab nak tolong masak dia kureng sket.. ikut mood dia klu rajin ringan sket tp klu dah dok depan PC kt umah pasti tarak punya.. main game memanjang.. pagi sabtu pegi ke sekolah Adam ada wat Bengkel Solat Bestari.. kul 7.45 pagi dah start kul 10.00 pagi baru balik.. balik jer bermulalah agenda aku masak Bihun Sup..

Mcm biasa klu nak wat nya mesti ada Daging dan tulang(rebus dulu),bihun dan mee kuning(dicelur),daun Sup, daun bawang(di potong tuk dimasukkan dlm kuah sup nak bg wangi kuahnya), sup bunjut tulang, halia, bawang merah dan bawang putih (tumiskan smpai nak bau).. semuanya mesti dimasukkan.. nak tambah perasa sket pun bole.. bahan lain2 nya spt tokua, lobak masin, bawang goreng,daun sup dan daun bawang di potong kecil.. klu nak pedas taruk sket serbuk cili yg di msk.. jgn lupa sos cili dan serbuk lada.. maaf klu kawan tak paham ok.. ini lah hasilnya Bihun Sup Daging cara aku..



daging potong..

tokua..

daun sup/daun bawang..

lobak masin..

bihun yg dicelur..

seperiuk kuah sup...

bihun sup daging..

Cubalah kawan2 yer...

2 comments:

Related Posts with Thumbnails