Followers

Thursday, December 7, 2017

Suami Operate Apendiks...

Assalamualaikum..

Sorry ye kengkawan...
Akak masih dalam situasi malas update blog...huhuuuu

Tapiiiii...
Hari ni nak jugak rajinkan update kisah-kisah yang akak lalui... 
kisah2 basi...hahaaa

Kisah cik suami akak yang operate Apendiks... kisahnya sakit pada hari selasa 21/11/2017.. 
pergi chekup di hospital malam tu...kena tahan wad drip tambah air dan ambik darah utk tgk apa penyakit cik suami.... 
22/11/2017 pagi doktor sahkan memang apendiks.. yang mengejutkan apendiks telah pun pecah... 
so cik suami kena operate dengan kadar segera... 
bermula lah cuti2 akak teman kan cik suami di hospital... 
5 hari 4 malam akak di hospital... mujur last week bersekolah dah... 
anak2 tinggal dan tidor bersama pengasuh... 
nasib baik akak ada pengasuh anak2 yang baik dan faham keadaan akak time tu... 
ye la kena jaga cik suami yang masih lemah di hospital....
alhamdulillah cik suami makin sihat dan kena lah jalani pantang makan dan x boleh buat kerja berat2 lagi..lagipun cik suami masih bercuti sakit...
insyaAllah next week mula berkerja.... 


Apa itu Apendiks?


Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen)

Simptom-simptom

  1. Peringkat awal. Tanda awal yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasa sakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut. 
  2. Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk. 
  3. Loya dan muntah-muntah. Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa.
  4. Hilang selera makan. Bila dah selalu muntah dan rasa loya, mana mungkin nak makan dengan berselerakan? Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi. 
  5. Cirit-birit. Ini antara gejala awal berlaku radang appendik. 
  6. SembelitAda sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar 
  7. Sukar kentut. Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. Jadi, jangan marah kalau insan tersayang anda kentut. Itu tandanya dia sihat! 
  8. Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa.
  9. Demam. Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya. Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor. 
  10. Kedudukan lutut. Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa.

Note: 1st time dalam keluarga akak ada kes sakit apendiks gitu... rupanya bahaya ye kalau dah sakit dan pecah.. lepas ni kalaulah sesiapa yg ada simptom sakit/senak di bawah perut belah kanan kita kena alert pasal sakit apendiks ni... minta2 di jauhkan dari sebarang penyakit yang memudaratkan kepada kita semua...Aaminn





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails