Followers

Thursday, April 11, 2013

Menu Hati....

Baju Kotor…..


Sepasang suami isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru. Setelah memindahkan kesemua perabot dan barangan, si isteri memilih satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis. Di situlah nanti dia akan menghabiskan masanya dengan menulis dan mengemaskini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa.

Sambil menulis, dia dapat memerhatikan segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang disewa. Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu kawasan yang terkenal sebagai kawasan yang berpenduduk padat. Pada suatu hari, dia ternampak jirannya menjemur baju. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila suaminya pulang, diceritakan kepada suaminya perihal jirannya itu. “Saya rasa jiran kita itu tidak reti mencuci bajulah abang,” luahnya kepada suami, satu-satunya teman berbual. “Kenapa sayang cakap macam tu?” “Sebab saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih. Masih ada lagi kotoran yang melekat.”

“Oh,” balas suaminya ringkas sambil mencuri pandang kea rah tingkap. Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya, “jiran kita itu dah reti cuci baju. Saya tengok baju yang dia jemur tu bersih. Tidak macam biasa.”

Suaminya terangguk-angguk. “Masalahnya bukan jiran kita itu tidak tahu mencuci baju atau cuci baju ala kadar, tetapi masalahnya ialah tingkap kita ni yang kotor. Hari Ahad tu abang dah cuci tingkap tu sampai bersih berkilat, “ jelas suaminya.



Pengajaran:

Satu jari telunjuk yang menunding kearah orang lain, hakikatnya empat lagi menunjuk kearah diri kita sendiri. Sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri belum jelas tentangnya, koreksi diri kerana kita juga ada kesalahan sendiri………


"Sharing is caring....selamat berhujung minggu bersama keluarga...:)"

8 comments:

  1. ye la kan kak. tu yg kdg2 takut tersalah ckp ttg jiran2 ni. hopefully, kita dpt menjaga kerukunan jiran tetangga, semoga hub sesama mereka baik2 aje

    ReplyDelete
  2. hehhe, betul tu. Jgn suka berprasangka buruk dgn org lain kan? :D

    ReplyDelete
  3. la rupanyer tinkapnyer yang kotor...tak pasal2 jiran tu kena mengata ngan wife dierkan...
    kita ni hidup berjiran kena berbuat baik terhadap jiran kita tak payah la nak mengata bagaikan...

    ReplyDelete
  4. itulah ...
    selalu menunding jari sahaja kan
    sifat manusia
    x pernah lari dari sikap2 sebegini
    minta dijauhkann lah kita nie dik huhu

    ReplyDelete
  5. lah...sekali bca lawak plk..tp ada pengajaran disitu kn.kita nmpk kkurangan org tp tknmpk kkrg kita sdri..

    ReplyDelete
  6. Kak lieya bace tegelak sbb lawak tp sebenarnye at the same time ade maksud tersirat kan kak...

    Ape2 pun nilai dan perbaiki diri kite sendiri sebelum kite nilai org lain...

    ReplyDelete
  7. mmm.... kenakan binik sendiri. hehehe

    ReplyDelete
  8. yezzaaa..setuju sangat...hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails