Tuhan....Aku Mohon
Tuhan..
lantai derita ini aku yang reka
mahligai maut ini aku yang bina
kerdipan kemewahan yang menggila
aku rajanya
kerana Kau kulupa dengan sengaja
Tuhan..
dengarlah pengakuanku ini
aku hanyut dalam lautan dosa
terduduk di kaki kefakiran
terhumban dalam longkang kehinaan
namun
kau masih tetap menerima diriku
masih tetap mengurniakan nikmatMu
Tuhan..
dalam sisa nafas aku berteleku
ampuni aku hamba Mu,
ampuni aku demi janjiku,
ampuni aku dengan sifat Ar-Rahman Mu,
hanya Kau yang satu
Coretan ni aku ambil dr "Harian Metro"..
Semoga Kita dapat menghayatinya...
Semoga dapat mengisafi diri..
No comments:
Post a Comment