Kelebihan melakukan ibadah korban
HARI RAYA Haji dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah.
Hari Raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:
"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah .....'
Pada hari ini, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam telah mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin.
Manakala dari segi kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antarnaya ialah:
1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.
2. Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.
3. Bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.
Sementara kelebihan ibadah korban dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan pula ialah:
1. Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama Muslim.
2. Melahirkan sikap penyayang.
3. Memupuk sifat suka berkorban dan bersedekah.
Namun demikian, seperkara yang patut diberikan perhatian di dalam melakukan ibadah korban ialah agar ianya dibuat di atas dasar keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wataala semata-mata dan bukan sebagai jalan untuk bermegah-megah dengan kekayaan yang ada. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala hanya akan menerima amalan seseorang itu mengikut tahap keikhlasan dan juga ketakwaannya dan bukan kepada besar atau kecilnya binatang yang dikorbankan itu.
Firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu...."
Menyedari akan kelebihan ibadah korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan bersegera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya, di samping memperbetulkan niat agar segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wataala demi kebahagiaan di akhirat nanti...
**** INSYAALLAH...SEKIRANYA TIADA ARAL MELINTANG SAYA DAN KELUARGA AKAN MELAKUKAN IBADAH KORBAN TAHUN NI DAN SEDIKIT KENDURI KESYUKURAN DI KAMPUNG.. SEMOGA IA DI BERKATI OLEH ALLAH...
selamat hari raye aidiladha buat akak sekeluarga...bile akak cuti..lieya mlm esok lepas abis keje lik la ke kg hehheeh....
ReplyDeleteSalam Kenal.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya AidilAdha buat Normi dan keluarga.