Followers

Monday, September 27, 2010

Mengapa ini berlaku?

mungkin di bawah sekali adalah antara salah satu daripada jawapannya….

SEMINIT SAJA

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
Betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
Betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel, majalah yang laris atau facebook.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
Betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
Betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
Betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
Betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

*** Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.

Thursday, September 23, 2010

Kongsi Petua..

Salam syawal..

Sudah seminggu tak buat apa2 n3 kt sini.. nak load gambar raya sekeping dua pun tak bole lagi sbb cabel camera tah kemana tersorok pun tak tahu.. biasa ler bila dah rumah sepah sana sini.. cari apa pun tak jumpa.. biasa ler ngan 3 orang hero kt rumah tu.. hihi..
Sajer tak mau rumah saya ni sepi jer.. cuba jugak cari apa info nak letak kt sini.. korek punya korek dapat le kongsi petua kt sini.. petua ni berguna untuk kita2 wanita ni.. tambah2 kita dak meningkat tua ni kan.. sapa2 yg masih muda pun bolehhh.. follow tau.. moga ia berguna pd kita..

Petua Mengurangkan Rambut Gugur
Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

Rawatan kulit kaki merekahAmbil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Amalkan petua ini dengan konsisten, kulit anda pasti tidak merekah lagi.

Khasiat beras pulut cerahkan kulit
Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian ditumbuk sehingga lumat. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk. biarkan lumuran tadi separuh kering, sental kulit anda perlahan2. Selepas itu dibilas dengan air/mandi. Selepas mandi anda akan lihat hasilnya. Lakukan sekerap yang mungkin untuk hasil yang terbaik iaitu 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.

Petua rawatan mata
BULATAN HITAM BAWAH MATA
Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.
MATA SEMBAB
Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.
KELETIHAN MATA
Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.
Related Posts with Thumbnails