Followers

Sunday, June 5, 2011

Bulan Madu SY a.k.a Abg Jem a.k.a Mat Saleh a.k.a Mak Neng...

Assalamualaikumm...

Nampak happening betul Saleh Yaakob bersama-sama 4 Isterinya serta anak-anaknya nak pergi bercuti sambil berbulan madu.... siap pergi bersama peminat-peminat lagi... selalunya bulan madu berdua tapi satu kapal terbang pulak yang jadinya... haha...


‘Bulan maduku’



BERCUTI...Salih bersama empat isteri dan anak bergambar bersama sebelum berlepas ke Beijing.
SEPANG: “Ini rezeki saya sekeluarga selepas bernikah kali keempat. Alhamdulillah, ia juga peluang kepada saya, isteri-isteri serta anak bercuti dan berkumpul beramai-ramai dalam satu keluarga besar,” kata pelawak dan penyampai radio terkenal, Salih Yaccob, 48.
Beliau bersama empat isteri, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida Sulaiman, 32, dan Samihah Sheikh Amy, 25, bersama tujuh anak berlepas ke Beijing, China, semalam untuk bercuti enam hari.

Percutian itu juga adalah pakej bulan madu kepada isteri keempatnya yang genap seminggu dinikahi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor, Isnin lalu.
Menurutnya, percutian bersama keluarga itu peluang yang dinanti-nantikan selama ini kerana jarang sekali dapat berkumpul bersama memandangkan masa lapang yang terhad.

“Sebelum ini kami memang sukar merancang percutian beramai-ramai kerana ada yang sibuk bekerja dan belajar serta tidak dapat memohon cuti bersama.

“Jadi, inilah peluang keemasan, malah rezeki kami sekeluarga lebih-lebih lagi apabila sudah bertambah ahli keluarga baru. “Kesempatan ini kami manfaatkan sebaik mungkin walaupun empat anak tak dapat menyertainya kerana bekerja dan belajar,” katanya, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Percutian dianjurkan Asmadi Group Travel and Tours Sdn Bhd itu turut disertai 40 peminat dari Johor Bahru, Johor. Mereka berlepas ke negara tembok besar itu melalui pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jam 9 pagi.

Salih berkata, percutian disertai bersama peminat itu menambahkan lagi suasana ceria selain mengeratkan hubungan sedia ada.
“Ia juga dapat mendekatkan diri saya dengan peminat di samping menghargai mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya,” katanya.

Mengulas mengenai kehidupannya sekarang, Salih berharap dapat menjalankan tugas selaku suami dan bapa serta memainkan peranan yang baik terhadap seisi keluarganya dengan lebih adil dan bertanggungjawab.

Katanya, beliau mahu memperbaiki dan mempertingkatkan semua aspek dalam kehidupan keluarga.

“Saya sudah pun menghadapi detik bersama keluarga besar ini setiap hari. Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang dan berharap ia terus berjalan seperti biasa, malah bertambah baik lagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails