Followers

Wednesday, February 16, 2011

Kejammmm...

Salam...

Pagi2 ni baca hmetro online ada kes Suami pukul isteri sebab tak kasi wang pada suami... depan anak2 pulak tu.. kejamm betul la.. sampai teruk si isteri kena pukul... si anak2 pulak tentu trauma tgk mak diaorang kena pukul kan... apa nak jadi la ngan lelaki2 sekarang dah la keja tak dak pegi jadi kuli dadah tu apa ke hal... si mangsa pulak keja untuk sesuap nasi pada anak2.. sedih kita sebagai wanita dan ibu melihatnya...

Baca berita selanjutnya di bawah:-

Dibelasah suami depan 2 anak

KUALA LUMPUR: Seorang isteri beranak enam patah pinggang, bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagi semalam.Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.
Suami mangsa yang tidak bekerja dan dipercayai penagih dadah sudah banyak kali memukul mangsa jika tidak diberi wang untuk membeli dadah. Mangsa yang sudah 17 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 39 tahun dikurniakan enam anak berusia empat hingga 17 tahun.

Abang mangsa yang datang ke rumah mangsa kira-kira jam 7 malam terkejut apabila mendapati adiknya tidak mampu berdiri dan hanya berbaring di atas lantai serta cedera di seluruh badan. Berikutan itu, dia meminta izin suami mangsa yang berada di rumah untuk membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Abang mangsa, Zakaria Hussin, 60-an, berkata, pasangan suami isteri itu pernah bergaduh, tetapi kejadian hari ini (semalam) paling teruk. “Dalam pergaduhan sebelum ini, adik saya enggan membuat laporan polis kerana terlalu sayangkan suaminya itu tambahan pula memikirkan nasib enam anak mereka sekiranya bercerai. “Tetapi kali ini, laporan polis akan dibuat,” katanya.

Katanya, adiknya kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan berada dalam stabil.
Difahamkan, suami mangsa adik seorang penyanyi, pengacara, pelakon dan model yang pernah merakamkan album dan berlakon beberapa drama serta menjadi model syampu jenama terkenal.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

3 comments:

  1. ish ish ish ...takut laa kak normi cite2 macam nie....pasal duit sume leh jadi kan....syukur kite ade keluarga yg bahagia...suami yg very protective.....mudah-mudahan family kite tak le jadi mcm ni kan kak....

    ReplyDelete
  2. adoi... takutnya baca kisah ni. huh...

    ReplyDelete
  3. saya tanya husband dulu nanti saya bagitahu akak ye..thanks saya memang memerlukannya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails