Followers

Sunday, October 24, 2010

Selamat Hari Lahir ARFAN HARITH..


Besday boy..

Salam..

Hari ni genap umur Muhammad Arfan Harith 3 tahun..
Semoga adik jadi anak yg baik.. soleh.. bijak..
Sayang mama,abah dan abang Adam..
Hormat semua orang..
Semoga adik di murahkan rezeki..

MAMA,ABAH DAN ABANG ADAM SAYANG ADIK..
SAYANG SELALU DARI MAMA...

Friday, October 22, 2010

Capati versi sendiri..

Salam..

Ni just nak kongsi ngan rakan2 jer.. sabtu lepas saya ada buat capati versi saya la.. ni permintaan Adam nak makan capati.. entah dia tgk kat mana tiba2 request nak makan capati pulak.. nasib baik mama dia ni rajin sket.. hehe.. rajin sket jer.. so pegi la cari tepung Atta nak buat capati.. capati guna tepung tu jer.. hari jumaat dah cari kt internet resepi capati.. kira mudah jer.. barang2 pon dah ada kt rumah.. so gigih la pepagi sabtu buat capati.. nasib baik menjadi jugak.. dapat pujian dari anak2 dan hubby tau.. capati tu cicah ngan kari sardin yg dihancurkan isinya..
lihatlah hasil nya....

Tepung Atta..


Bancuh 2 cawan tpg atta, 1 cawan tpg gandum , 3 sudu besar mentega dan air ..
uli sampai jadi mcm gambar dibawah..


Lepas tu jadikan doh kecil.. ikut suka besar mana.. doh kecil tu mesti padat yer..kena tekan kedalam sket tepong untuk kasi padat ok.. siap doh kecil tu ambik tuala bersih yg lembab sedikit dan tutup kan doh tersebut..tggu dalam 20 minit..


Doh tadi di leperkan hingga jadi seperti gambar di bawah.. sambil tu taburkan tepung Atta supaya jgn melekat satu sama lain..


Masak dalam kuali leper.. api jgn kuat takot hangus sbb dia nipis jer.. balik2 kan dia yer.. jadi la capati versi sendiri..


Capati ni di cicah ngan Kari Sardin hancur..hehe..


Cubala.. maaf sekiranya saya bagitau cara buatnya tunggang terbalik jer.. harap faham yer..haha.. biasala tak pro pasal masak-memasak ni..

Hobi mereka klu pegi shopping complex..

Salam..

Tu dia dah bersawang blog saya ni kan.. lama x update.. tah malas laaa.. kadang tak der idea nak bercerita pulak .. walau apa pun saya tetap terjah blog rakan blogger yg lain.. seronok la baca blog mereka yg aktif ni..

Saja kali ni nak jugak blog saya ni bergerak.. sbb tak bergerak dari miggu lepas lagi asyik n3 tu jer.. kawan2 pon malas nak datang jengok blog saya kannn?...

Kali ni nak kongsi cerita hoby my hero2 saya tu.. klu ke shopping complex jer mesti ini tempat yg mereka cari.. sila lihat kt bawah ni.. gambar ni diambik sabtu lepas..

Abahnya ngan kerusi urut..klu jumpa kt mana2 mesti cakap nak urut kejap sbb kaki dan badan dah lengoh.. konon2 jalan banyak sgt la tu.. alasan abahnya la tu..


Adam pulak ngan mainan ting-tong ni.. dah besar pon masih naik ni lagi.. kalah adiknya klu berebut naik benda alah ni..


Arfan pon suka mainan ni jugak.. tapi dia suka naik kereta jer.. klu yg bentuk haiwan dia tak suka..takott.. lagipon gayat sket sbb tinggi..


hobi saya lak snap gambar mereka2 ni...dan.. shopping barang dapur jer..hehe..

Thursday, October 14, 2010

Bayi mati dijaga pengasuh..

Salam..

Ini lagi cerita pasal baby meninggal kerana dikatakan jatuh di rumah pengasuhnya..

2010/10/15

PUTRAJAYA: “Anak saya membuka mata dan tersenyum apabila saya mengejutkannya dari tidur, malah kelihatan sihat ketika saya menghantarnya ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja,” kata Nor Zulaihan Mustapa, 25, ibu kepada Muhammad Firdaus Hakim Faizal Hafiz, lima bulan yang meninggal dunia dipercayai terjatuh ketika dijaga pengasuh di pangsapuri Presint 14 di sini, Selasa lalu.
Anak sulung pasangan, Nor Zulaihan dan Faizal Hafiz Abdullah, 24, yang masing-masing bekerja dijaga pengasuh sejak lebih tiga bulan lalu.

Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri.

Kejadian itu yang ketiga membabitkan kematian bayi ketika dijaga pengasuh atau pusat asuhan di sini, dalam tempoh dua bulan selepas dua kes membabitkan kematian bayi masing-masing empat dan sembilan bulan, akibat tersedak susu.

Nor Zulaihan berkata, anaknya sihat dan sangat aktif malah sudah pandai meniarap serta tidak nampak sebarang perubahan atau tanda menunjukkan dia sakit.

“Biasanya pengasuh memaklumkan kepada saya jika anak meragam, tetapi pada hari itu (kejadian) saya tidak menerima sebarang mesej.
“Bagaimanapun, saya menghubungi pengasuh bagi mengetahui keadaan anak saya dan dimaklumkan pengasuh anak saya baik dan aktif serta suka meniarap,” katanya ketika ditemui Harian Metro di bilik mayat Hospital Putrajaya di sini, semalam.

Sambil menitiskan air mata, Nor Zulaihan berkata, dia reda dan menerima pemergian anak sulungnya itu.
Mengimbas kembali insiden itu, dia menerima panggilan pengasuh kira-kira jam 1 tengah hari supaya mengambil anaknya dengan segera kerana dimaklumkan bayinya itu berada dalam keadaan sungguh lemah.

Menurutnya, dia meminta suami yang kebetulan berada di rumah kerana bekerja syif malam mengambil anak mereka.

“Ketika suami mengambil anak, Firdaus sudah lembik dan tidak sedarkan diri, malah badannya biru selain ada kesan darah pada hidungnya. Melihat keadaan anak yang kritikal suami menghantarnya ke hospital.

“Ketika diberi rawatan kecemasan, denyutan jantung anak berhenti menyebabkan doktor memberikan kejutan elektrik... selepas itu baru jantungnya kembali berdenyut, tetapi dia masih tidak sedarkan diri,” katanya.

Nor Zulaihan berkata, arwah kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), namun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi semalam, selepas lebih 24 jam bertarung dengan maut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan pada otak, tetapi tidak begitu ketara dan ia tidak boleh menjadi punca kematian bayi terbabit.

“Doktor membuat bedah siasat petang ini (semalam) untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Katanya, suaminya membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, petang kelmarin kerana mengesyaki mangsa didera berikutan terdapat pendarahan dalam kepala, selain hidungnya berdarah.

“Jika laporan bedah siasat mendapati anak saya didera, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengesah sama ada bayi terbabit didera atau sebaliknya kerana berdasarkan keterangan pengasuh, bayi terbabit jatuh di rumah menyebabkan hidung dan kepalanya berdarah.

“Kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya

Monday, October 11, 2010

Al-Fatihah...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...

Marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa kemalangan di Kilometer 222.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Pedas yg beragama Islam.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat..

*** Berhati-hatilah di jalanraya. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja. Ingatlah kepada yang lain juga..***

Wednesday, October 6, 2010

JKM bongkar 63 taska haram...

Salam..

2010/10/07

PUTRAJAYA: Dua insiden kematian bayi di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), di Presint 18, di sini, baru-baru ini, akhirnya membongkar kepada kewujudan 63 lagi pusat asuhan haram lain di daerah itu yang kononnya terpaksa beroperasi bagi memenuhi permintaan ibu bapa bekerja yang semakin meningkat.
Selain sikap pengusaha yang dikatakan ‘leka’ untuk membuat permohonan pendaftaran dengan jabatan berkaitan, ibu bapa juga sanggup menyerahkan `nyawa’ anak mereka di pusat asuhan haram itu tanpa mengambil kira risiko bakal dihadapi. Tanpa berselindung, Ketua Pengarah Jabatan Kabajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Abidin, turut mengakui hanya lima saja pusat asuhan yang berdaftar di daerah berkenaan.

Menurutnya, walaupun kebanyakan pusat asuhan di daerah itu sudah mengemukakan permohonan, tetapi belum boleh diluluskan kerana pengusahanya masih belum mematuhi syarat yang ditetapkan membabitkan aspek keselamatan dan keperluan yang perlu ada di pusat berkenaan.

“Hari ini (semalam) kita menyita dua daripada 63 taska di Presint 9 dan Presint 18, selepas berlaku insiden kematian bayi akibat tersedak susu di premis berkenaan bulan lalu.

“Siasatan JKM mendapati kedua-dua taska itu tidak berdaftar dengan jabatan berkenaan dan sudah pasti tidak mematuhi peraturan ditetapkan mengikut Seksyen 20a(1), Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Pindaan 2007),” katanya pada sidang media selepas menyita sendiri taska di Presint 18, di sini, semalam.

Difahamkan, pengusaha taska berusia 40-an itu sudah diberikan notis mengosongkan premis berkenaan pada Isnin lalu, sebelum mengeluarkan semua peralatan pada petang kelmarin.

----------------------------------------------------------------------------------

*** Bila baca jer berita tentang ni teringat kan kita2 yang bekerja ni.. mesti la hantar anak2 ke tempat2 asuhan kanak2.. bila timbul hal mcm ni baru la kita rasa takut dan bimbang.. sekarang ni banyak tempat asuhan yg tidak sah / haram.. apa pendapat anda???...

#### SEMOGA DIJAUHI PERKARA2 YG TIDAK BAIK KEPADA KITA DAN KELUARGA.. AMIN.. #####

Nak Angpau Raya tak????????

Salam..

Sajer nak war2kan pada rakan blogger ada contest angpau raya di blog http://dalia2cute.blogspot.com... baca lah syarat2 nya ok.. klu ada yang nak cuba boleh la sbb masih ada tempat lagi.. sbb tuan blog yg comey tu nak 100 orang baru nak buat cabutan.. hehe.. try ok be the best..

Seronok bila tengok orang lain seronok...

Tuesday, October 5, 2010

Abjad Motivasi..

Salam..

Sajer nak share ngan kawan2 tentang abjad motivasi ni.. moga jadi panduan untuk kita..

A = Asah Bakat Dan Potensi Anda
B = Bayangkan Cita-Cita Besar
C = Ciptalah Kehidupan Yang Baik
D = Doronglah Diri Anda Ke Puncak Jaya
E = Ehsan Sesama Manusia
F = Fikir Masa Depan Anda
G = Gambarkan Kemenangan
H = Hiburkan Diri Anda Dan Orang Lain
I = Impikan Apa Yang Boleh Anda Jadi
J = Jimat Cermat Dalam Segala Hal
K = Kesihatan Diri, Akal Dan Jiwa Harus Diutamakan
L = Lawan Nafsu Jahat Anda
M = Maafkan Kesalahan Orang Lain
N = Nekad Menanggani Masalah
O = Orang Lain Sumber Pengalaman Anda
P = Percaya Pada Ketentuan Illahi
Q = Qiamullail Mendekatkan Diri Kepada Allah
R = Restu Ibu Bapa Membawa Barakah
S = Sentiasa Mempunyai Semangat Ingin Mencuba
T = Tolonglah Orang Yang Memerlukan
U = Usaha Bersungguh-Sungguh
V = Visi Dan Misi Perlu Jelas
W = Waktu Sangat Berharga
X = X-Ray Dan Muhasabah Diri Selalu
Y = Yakin Kemampuan Dan Kebolehan Diri
Z = Zaman Muda Hanya Sekali, Jangan Sia-sia

Sunday, October 3, 2010

Berita macam2...

Aidil mahu bincang terlebih dulu hal rumah tangga

2010/10/04
KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, mahu berbincang terlebih dulu dengan keluarganya berhubung keadaan rumah tangganya yang dikatakan mulai goyah ketika ini.

Aidil Zafuan berkata, beliau masih belum membaca laporan akhbar dibuat isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 34, kerana kesibukan tugas yang digalasnya di dalam dan luar negara.
“Saya baru tiba dari Vietnam untuk perlawanan Piala Millenium Thang Long dan saya tidak mengetahui mengenai cerita ini dan akan melihat laporan akhbar yang dibuat oleh Rita sebelum berbincang dengan keluarga saya.
“Malam ini (semalam) saya ada perlawanan di Seremban dan keesokannya pula, saya akan berada di Singapura selama dua hari...jadi, saya perlukan masa,” katanya ketika dihubungi sejurus tiba dari Vietnam, semalam.

Aidil Zafuan yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu berkata, beliau akan membuat kenyataan sebaik saja mengadakan perbincangan dengan keluarganya dalam tempoh terdekat ini.

Kelmarin, Berita Harian menyiarkan kenyataan Rita mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan individu tertentu, terutama keluarga mentuanya.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.
Hasil daripada perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil Zafuan dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.


*** Kita hanya doakan yg baik2 saja...******

Saya suka tengok Rita Rudaini berlakon...

Open house kawan2..

Salam..

Sudah hampir penghujung syawal yer kita.. rasa kejap jer dah nak abis raya.. minggu2 terakhir ni ramai jugak yang berlumba2 buat open hause.. sabtu dan ahad saya ada juga jemputan open house dari kawan2 sekerja.. hari sabtu rumah Pn. Marjeeha yg buat kenduri akikah anak perempuannya.. sambil tu buat jamuan raya sekali berserta kenduri doa selamat masuk rumah barunya.. hari ahad pulak rumah Pn. Farah Azwa.. juga buat kenduri doa selamat masuk rumah baru dan jamuan raya .. best betul makanan sodap-sodap... terima kasih atas jemputan anda berdua....

kita tunggu jer sapa2 nak buat open house lagi weekend ni.. last dah..hehe...
Related Posts with Thumbnails