Followers

Friday, October 22, 2010

Capati versi sendiri..

Salam..

Ni just nak kongsi ngan rakan2 jer.. sabtu lepas saya ada buat capati versi saya la.. ni permintaan Adam nak makan capati.. entah dia tgk kat mana tiba2 request nak makan capati pulak.. nasib baik mama dia ni rajin sket.. hehe.. rajin sket jer.. so pegi la cari tepung Atta nak buat capati.. capati guna tepung tu jer.. hari jumaat dah cari kt internet resepi capati.. kira mudah jer.. barang2 pon dah ada kt rumah.. so gigih la pepagi sabtu buat capati.. nasib baik menjadi jugak.. dapat pujian dari anak2 dan hubby tau.. capati tu cicah ngan kari sardin yg dihancurkan isinya..
lihatlah hasil nya....

Tepung Atta..


Bancuh 2 cawan tpg atta, 1 cawan tpg gandum , 3 sudu besar mentega dan air ..
uli sampai jadi mcm gambar dibawah..


Lepas tu jadikan doh kecil.. ikut suka besar mana.. doh kecil tu mesti padat yer..kena tekan kedalam sket tepong untuk kasi padat ok.. siap doh kecil tu ambik tuala bersih yg lembab sedikit dan tutup kan doh tersebut..tggu dalam 20 minit..


Doh tadi di leperkan hingga jadi seperti gambar di bawah.. sambil tu taburkan tepung Atta supaya jgn melekat satu sama lain..


Masak dalam kuali leper.. api jgn kuat takot hangus sbb dia nipis jer.. balik2 kan dia yer.. jadi la capati versi sendiri..


Capati ni di cicah ngan Kari Sardin hancur..hehe..


Cubala.. maaf sekiranya saya bagitau cara buatnya tunggang terbalik jer.. harap faham yer..haha.. biasala tak pro pasal masak-memasak ni..

4 comments:

  1. wahh menyelerakan.. nak cuba jugalah ;)

    ReplyDelete
  2. perghhh sedapp tuuu :)
    x minat sgt capati .. kalau buat sendiri nie x tahulah :))

    ReplyDelete
  3. uihhhh kak normi, terer tu!! Anne pun suka makan capati. Untung Adam dapat makan capati buatan mamanya, takyah susah2 nak gi kedai.

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak capati ni... mudah pun mudah... nanti nak try la...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails