Followers

Tuesday, May 25, 2010

Membentuk Keperibadian Anak-Anak..

Mari kita kongsi bersama panduan untuk membentuk keperibadian anak2 kita.

1)Biarkan anak menikmati kehidupannyaJangan tergesa-gesa membentuk dirinya, biarkan mereka menikmati setiap tahap peringkat umur mereka.

2) Anda perlu bersikap positif ketika dalam kesukaranSkil anda menghadapi masalah secara tenang dan terkawal "adalah" diperhatikan oleh anak. Apabila anak berkata TIDAK kepada anda, Tindak balas anda harus boleh sampai pada keadaan yang dapat menyelesaikan masalah. Elak menggunakan ugutan atau cuba menyogok anak kecil kerana apa yang anda cuba lakukan akan ditiru kemudian hari.

3) Terima anak seadanyaBantu anak kecil berbuat baik, jangan cuba mencari kesalahan mereka ataupun merendahkan kebolehan mereka. Menerima anak seadanya bermakna kita membesarkan hati mereka.

4) Biarkan anak melakukan sendiri perkara baru dan jangan banyak menegur
Dalam kebanyakan perkara biarkan anak mencuba sendiri, beri tumpuan dan bantu naikkan semangat mereka untuk berusaha, jangan takut kepada kegagalan.
Sebaliknya tabiat buruk mereka janganlah diperbesarkan (terlalu ambil kisah) walaupun anda terganggu atau sedih, kerana anak kecil akan meneruskan tabiat ini. Seeloknya jangan terlalu menegur, cukup sertakan mengawasinya sahaja.

5) Stabilakan jiwa mereka dan elak beleterKita sebagai ibu bapa haruslah stabil dan kukuh sebelum membantu anak menstabilkan jiwa mereka.
Elak beleter tidak tentu hala,kerana anak-anak pun tahu memilih apa yang hendak mereka dengar.

6) Berikan anak kecil kasih sayang tanpa syarat
Kebanyakan anak kecil takut apabila dah besar akan kehilangan kasih sayang, mereka bimbang kasih sayang ibu bapa akan luntur. Jadi jangan biarkan anak menagih kasih sayang apabila mereka besar, kerana kasih sayang sepatutnya memang milik mereka sejak dari lahir lagi.

7) Jangan terlalu bertolak ansurDalam bab agama dan membabitkan nilai .."YES".. Agar anak tahu kepentingan agama dan nilai-nilai murni patut diutamakan.

8) Ajar anak bertutur dan berfikiran sihat setiap masa
Jika emosi anak terganggu, ajarkan mereka perkataan yang baik untuk meluahkan perasaan. Jangan biarkan mereka menyimpan perasaan dan menggunakan perkataan kesat atau menzahirkan niat buruk mereka.

Semoga apa yang saya kongsikan di sini sama-sama kita dapat manfaatnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails