Followers

Tuesday, January 19, 2010

Kongsi Resepi...

Disebabkan kawan2 sume suka masak-memasak so saya bg la resepi ni kot2 nak cuba..

Gulai Ikan Talang

BAHAN-BAHAN:
500 gm ikan talang masin (rendam dulu)
250 ml santan
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
15 tangkai cili padi
1 helai daun kunyit
Garam
CARA MENYEDIAKAN:
1.Ambil bawang merah, bawang putih, ku¬nyit hidup dan cili padi, kisarkan.
2.Sediakan periuk, masukkan kesemua bahan kisar tadi.
3.Tuangkan santan dan kacau perlahan-lahan di atas api sederhana kecil.
4.Selepas itu masukkan ikan talang dan bubuhkan sedikit garam jika perlu secukup rasa.
5.Akhir sekali, masukkan daun kunyit. Biarkan kuah mendidih.
6.Tutup api dan bolehlah hidangkan.


Puding Roti Kukus

Bahan-Bahan:
roti - 1 bungkus
susu cair - 1 tin
gula - ¾ tin susu
telur - 4 biji
mentega - 3 sudu makan
Sedikit Asen vanila

Cara:
1. rendamkan roti dengan air suam separuh lembab 2. pukul telur, mentega dan gula sampai kembang 3. tuangkan adunan yang dipukul tadi kedalam roti. gaul sehingga sebati 4. kemudian masukkan susu cair dan gaul hingga sebati. 5 masukkan dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas minyak 6. Kemudian kukus selama satu jam 7. setelah sejuk masukkan puding tersebut dalam peti ais

Selamat mencuba yer.. (maaf yer gambaq tak ada..)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails