Sudah lama kita semua kena renew lesen memandu ikut hari lahir...
dah implement beberapa tahun nih...
padahal akak dah biasa buat pun 2 tahun lepas...
boleh lupa pulak tahun ni...
sepatutnya kena renew balik sebab akak buat untuk 2 tahun jer.. 2015 - 2016
11 Jun 2016 baru-baru ni besday akak...
boleh pulak lupa nak ambik tahu pasal renew lesen memandu...
dua hari lepas tu baru perasan...
Itu pun bila buka dompet teringat nak tengok lesen...
apalagi terkojut la akak...
bawa kereta 2 hari lesen memandu dah tamat...heheee
kalut call cik suami tanya macam mana nak buat...
risau nak memandu kereta balik kerja petang nanti...
Cik suami x dapat teman nak ke JPJ atau pejabat pos sebab sibuk di tempat kerja...
nak memandu sendiri memang tak laaa...
dalam fikiran ingat macam2...
kalau la terjadi apa2 kan susah....huhuu
So minta kawan akak teman ke JPJ...
kebetulan kawan akak tu biasa kerja di JPJ dulu...
Sampai jer JPJ time rehat hampir pukul 1...
macam biasa la ramai yang berurusan di situ...
Alhamdullillah...
rezeki akak sebab kawan akak minta tolong kawannya yang bekerja di kaunter untuk
proses lesen akak..
kebetulan kawan tu sedang rehat di kaunter (ada notis REHAT)...
tanpa ambik number giliran terus ke kaunter...
pass lesen segala...
siappppp...:p
buat lesen gambar yang sama...
malas nak buat gambar baru...
Lepas dapat lesen yang baharu...
baru la x risau nak memandu balik rumah petang tu... hahaaa
Note : Gara2 tertidur lepas sembahyang subuh pagi kemarin (asalnya nak tidur2 ayam jer)... bangun untuk bersahur awal sangat....terkejar2 akak dibuatnya... sampai ofis ngam2 jer waktunya... huhuuuu... korang ada tak yang mcm akak....heheee
Itulah Normi walaupun dah letak birthday punya date tapi kadang kita ni dok pakat ingat setahun lagi haha... padahal dah expired. Anak kakak baru semalam dpt lesen betul sebab selepas 2 tahun lesen P dah lepas. Ok dah boleh bawa kereta tak payah letak P lagi.
ReplyDeleteHaha barulah lega bawak kereta ye akak. Saya w/pun ingat birthday mesti kena renew lesen tp sengaja buat2 lupa. Pernah 2 minggu drive lesen expired.
ReplyDeleteBiasa hari keje tak tidur dah lepas subuh risau anak2 tak sekolah dibuatnya. Kalau emaknya yg lambat ke ofis, setakat punchcard merah takpe lah. Kalau anak, dirotan cikgu jika lewat.
Alhamdulillah senang hati nak memandu ya kak...
ReplyDeletealhamdulillah Normi bila dah dpt lesen tak perlu risau lagi
ReplyDeleteakak pun kadang selalu jugak lupa sbb biasalah kita ni banyak yg nak kena ingat kan
heheh takde lesen lagi T_T umur dah 25. bila lah nak amek
ReplyDeleteehehhhe dana pun penah mcm akak jgk... walaupun dh kata blh bt lesen ikut tarikh lahir tp blh terlupa jgk...
ReplyDeletethn lps dh dkt sebulan lesen mati baru sedar lg teruk... hari2 pg balik keje ngn selamba, lps perasan dh mati trs seram nk drive nsb lah pos opis sebelah opis je...
betula la.. lya pom sama.. lesen x sedar mati dh nk msuk 2 tahun x sialp.. tp mujur husb cek..bru terperasan..bila renew utk tmpoh pnjng camni mulalah lupa..lps ni kna buat stiap tahun sng.. hehe
ReplyDelete