Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Hari ni dalam sejarah... 29 February 2016 adalah Tahun Lompat....
Akak dulu2 x der ambik kisah pun tahun lompat nih.... bagi akak sama jer... hehe
mungkin kisah kot kalau mak, abah, kakak, adik2, suami dan anak2 yang lahir tahun lompat.... maklum ler sambut besday 4 tahun sekali... kesian kan....
4 tahun baru dapat potong kek besday..... hahaa
Sedikit info yang akak google mengenai 29 February Tahun Lompat..
29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyaiangka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004kecuali tahun-tahun abad.
Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.
Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.
Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.
Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.
Tahun biasa mengandungi 365 hari dalam setahun sementara tahun lompat pula mengandungi 366 hari dengan ditambah 1 hari pada akhir bulan Februari.
Taqwim hari ini berasaskan kepada pergerakan bumi mengelilingi matahari. Satu pusingan lengkap bumi mengelilingi matahari disebut sebagai satu tahun suria.
Kalendar yang digunakan kebanyakan negara pada hari ini adalah calendar Gregorian iaitu mengambil sempena nama Pope Gregory (1502-1585).Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuat pembetulan terhadap kesilapan dalam Taqwim Julian.
Kenapa Wujudnya Tahun Lompat?
Kewujudan tahun lompat adalah bertujuan memperbetulkan masa. Bumi mengelilingi matahari dalam 365 hari setahun, namun ia bukan betul-betul tepat dengan angka tersebut Tempoh bumi mengelilingi matahari adalah sekitar 365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan di antara 1 tahun mengikut Taqwim Gregory dengan 1 tahun suria sebanyak ¼ hari.
Kewujudan tahun lompat adalah bertujuan memperbetulkan masa. Bumi mengelilingi matahari dalam 365 hari setahun, namun ia bukan betul-betul tepat dengan angka tersebut Tempoh bumi mengelilingi matahari adalah sekitar 365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan di antara 1 tahun mengikut Taqwim Gregory dengan 1 tahun suria sebanyak ¼ hari.
29 Februari adalah hari yang ke-60 dalam tahun lompat. Hanya ada 306 hari sebelum memasuki tahun seterusnya. Tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Tarikh ini berlaku hanya 4 tahun sekali dan berlaku dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagi dengan empat tanpa ada berbaki seperti 1992, 1996, 2004 melainkan tahun-tahun abad.
Kaedah Mengetahui Tahun Lompat
Tahun abad adalah tahun yang berakhir dua angka sifar seperti 1700, 1800, 1900, 2000 dan lain-lain tidak dikira sebagai tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa ada baki. Ini bermakna tahun 2000, 2400, 2800, adalah tahun lompat akan tetapi 1800, 1900, 2100, 2200 2300 bukanlah tahun lompat.
Contoh 1:
Tahun:
2012 ÷ 4 = 503
2016 ÷ 4 = 504
2020 ÷ 4 = 505
Penjelasan: Setelah 2012, 2016 dan 2020 di bahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor bulat yang tidak berbaki iaitu tiada sebarang titik perpuluhan (503, 504 dan 505). Jadi tahun 2012, 2016 dan 2020 adalah tahun lompat.
Contoh 2:
Tahun:
1999 ÷ 4 = 499.752001 ÷ 4 = 500.25
2010 ÷ 4 = 502.5
Penjelasan: Setelah 1999, 2001 dan 2010 dibahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor pecahan iaitu terdapat baki . Jadi tahun 1999, 2001 dan 2010 adalah bukan tahun lompat.
Manakala bagi tahun abad seperti 1700, 1800, 1900 dan 2000 jika boleh dibahagi 400 ia adalah tahun lompat.
Contoh tahun:
1700 dibahagi 400 mempunyai baki ( 4.25 ), ini bukan tahun lompat.
Tahun 2000 boleh dibahagi 400 dan tiada baki ( 5 ), tahun 2000 adalah tahun lompat.
Tahun 2008 dan 2012 adalah tahun lompat sebelum ini....
Tahun 2008 dan 2012 adalah tahun lompat sebelum ini....
Note: Ada tak sesiapa yang sambut hari lahir pada 29 February hari ni... akak ucapkan "Selamat Hari Lahir"... semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....Aamiin...:)
Tahun lompat tak apa Nomie jgn kita yg melompat hihi...
ReplyDeleteKalau yg birthday hari ini mesti kena sambut grand sebab sambutnya 4 tahun sekali kan:)
Jimat belanja ni Nomie..
ReplyDeleteSambut besday 4 tahun sekali..
Betul kata kak zakie tu..
Kena sambut grand sikit :)
tp org lahir harini special since org akan appreciate brthday dia!hiks
ReplyDeleteNice info.. Kesian sape yg lahir 29 Feb.. sambut bday 4 tahun sekali..haha
ReplyDeleteserius baru tahu al-kisahnya kewujudan thn lompat..
ReplyDeleteex boss saya dulu lahir tahun lompat..sian dia...hehe..
ReplyDelete