Followers

Tuesday, July 1, 2014

CARA BETUL TUKAR GEAR AUTO


Assalamualaikummmm

Salam 4 Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua.... masih tak terlambat lagi kan... masih di awal bulan Ramadhan kita semua ye.... harap2 kita di berikan kesihatan yang baik agar dapat berpuasa penuh tahun ni....aminnn...

Ini post pertama akak di bulan pusa yang mulia ini... oleh sebab tahap kemalasan yang maksima nak buat entry di blog kecik akak ni.... oleh kerana tak sunyi sepi jer so akak buat jua entry copy & paste.... kongsi tak salah kan???.... benda yang baik dan boleh memberi manfaat pada orang lain kita kongsi selagi bole....hehee...

Rasa cam skema jer ayat2 akak dari atas kebawah....hahhhhaa...puasa kot jadi gitu....:p

Bagi yang sudah tahu...its ok...


 CARA BETUL TUKAR GEAR AUTO

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.
Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.
JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.
Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.
Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.
Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.
p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L - Low gear, gear pertama
=========================
Ingin kelainan pada kereta anda? Nak kereta anda STYLO & RARE?
Buka je pintu kereta, SPECIAL LOGO DOOR LIGHT akan pancarkan LOGO di bawah pintu kereta. Pasti nampak BERGAYA.



Note: info ini amat berguna bagi akak yang hari2 bawa kereta yang bergear auto...hahaaa...peringatan untuk diri sendiri jugak.....:p

11 comments:

  1. mcm yg selalu falsya buat je kak..xpenah lg kat traffic light tolak gear ke p..n mmg selalu..;)

    ReplyDelete
  2. berguna entry utk mse depan nie..hihi..

    ReplyDelete
  3. hehe baru tawww rupenya, nice info :)

    ReplyDelete
  4. hehe..selama ni kalau drive kereta auto pakai sebat je..kena hafal ni..huhu..tq for the info :)

    ReplyDelete
  5. ish kak..entry terbaik ni kak...lieya ni dah le tau drive auto jek.... selama ni main sauk jee gear...bace entry ni baru le tau.... thanks kak....

    ReplyDelete
  6. Nice tp Cikna prefer yg manual,prnh bwa auto skli je tu pn xsmpi 3mnt.....;-)

    ReplyDelete
  7. hehe..saya ada dengar IKIM ada 1 slot dari pegawai apa tah bab permotoran ni,,dia kata elok masa kita mula-mula start kereta, kita pusing sikit, biar lampu dlm bahagian meter tu nyala, pas tu dalam kiraan 4 saat br start. itu supaya kereta x terkejut...(x ingat sebab apa, tu kiasan je)
    lagi 1, bila kita br nak jalan, dari terus ke D, letak gear di 2@3 dulu..baru D setelah berjalan agak laju.Ini semua antara langkah2 menjaga kereta terutama kotak gear anda.

    ReplyDelete
  8. ee..jeles je baca...sebab kita xreti lagi bawak kete T_T

    ReplyDelete
  9. salam kak..
    hehe..dah lama tak bawak auto..
    cma tau gear P,D, R & 2 je..cara2 tuko gear pun men sebat jer.. hehe..
    tenkiu sharing

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing..
    Selalu tak tekan pun tombol tu.. main tolak je.. sebab dia bleh tolak cam biasa..
    Tak sangka bleh rosakkan gear box... huhuhu pas ni kena hapai betui2 la...

    http://www.vitaminutrisikeluarga.com.my

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails