Followers

Wednesday, July 11, 2012

Perkongsian ilmu....

HAID , NIFAS DAN ISTIHADHAH


Pendahuluan :

Masalah diatas ialah masalah yang dialami oleh makhluk Allah yang bergelar wanita yang ada di atas dunia ini. Di dalam dunia, terdapat 4 makhluk yang didatangi haid iaitu manusia, kelawar, arnab dan dubuk. Jadi antara 4 makhluk tersebut, hanya manusia yang diberikan taklif ( tanggungjawab ) untuk mentadbir dan mengikuti peraturan dan perintah Allah. Bagi wanita Islam, ia merupakan satu kewajiban untuk mengetahuinya kerana ia berkait dengan pelbagai masalah hukum terutamanya berkait dengan ibadah kepada Allah S.W.T. Jadi mengetahui hukum-hukum berkaitannya menjadi wajib juga. Kaedah fikah ada menyatakan : Apa yang tidak sempurna kewajibannya melainkan dengan perkara tersebut, maka perkara tersebut menjadi wajib jua . Suci adalah satu dari syarat sahnya ibadah, jadi bersuci, mengetahui hal hal dan kaedah bersuci juga menjadi wajib bagi wanita.

Mudah-mudahan ringkasan ini akan menjadi panduan yang amat berguna kepada wanita-wanita Islam sekalian. Sebarang kesalahan atau kesilapan mohon disampaikan kepada saya.
Sebagai permulaan , darah yang keluar dari faraj perempuan terbahagi kepada 3 jenis yang mana ia berbeza antara satu sama lain. Jadi ringkasan ini akan menceritakan secara ringkas 3 jenis darah yang dialami oleh wanita-wanita

Takrif ( pengetian )

Haid : darah yang keluar dari faraj perempuan ketika sihat

Nifas : darah yang keluar dari faraj perempuan sejurus keluar anak atau selepas bersalin

Istihadhah : darah yang keluar bukan waktu haid dan nifas. Ia dikira darah penyakit

1. Haid

a) Warna darah haid

Hitam, merah, merah keemasan, kuning, keruh.. 5 warna
b) Sifat
- Pekat, seperti terbakar akibat kepanasan, ia keluar dengan perlahan, bau busuk

c) Permulaan haid
- 9 tahun dan berakhir pada 62 tahun.
( jika keluar darah kurang dari 9 tahun atau lebih dari 62 tahun tidak dikira
sebagai haid )

d) Tempoh haid
- 1 hari 1 malam dan paling panjang 15 hari 15 malam
(jika keluar darah kurang dari 1 hari atau melebihi 15 hari tidak dikira haid )

e) Tempoh suci minima adalah selama 15 hari dan tiada tempoh maksima

f) Orang mengandung jika turun darah - dikira haid

g) Tanda berhentinya haid : berhentinya keluar darah merah, kuning atau keruh samaada keluar cecair putih atau jernih atau tidak keluar apa-apa. ( asma binti abu bakar sebut perlu nampak macam putih susu )

h) Penggunaan ubat
• Untuk hentikan darah haid :
- tidak memudaratkan orang yang memakannya
- perlu minta keizinan suami
• Untuk turunkan darah haid :
- tidak berniat menggugurkan kewajipan lain
- perlu minta keizinan suami

i) Darah kuning adalah haid jika ia datang dalam waktu haid
Tetapi jika datang bukan pada waktu haid, ia bukan darah haid

j) Hukum orang yang berhaid ( 10 untuk wanita, 3 untuk lelaki )
Wanita:
sembahyang, sujud tilawah, sujud syukur , tawaf , puasa , masuk & iktikaf dalam masjid, membaca alquran, menyentuh dan menulis mushaf , bersuci ( wuduk & mandi wajib )
Lelaki :
persetubuhan , talaq , berseronok - seronok antara pusat dan lutut


Wanita :
• Sembahyang : tidak perlu qada - qada hukumnya haram. Zikir dibenarkan
- Sekiranya suci pada akhir waktu, seseorang perlu solat waktu tersebut &
qada satu waktu sebelumnya (bagi yang kering waktu asar & isyak sahaja)
- jika datang haid ketika masuk waktu, wajib qada solat waktu tersebut.

• Sujud tilawah dan sujud syukur : diharamkan keatas orang yang berhaid.

• Tawaf : tidak sah walaupun ia tawaf fardhu atau sunat. Ibadah lain dibolehkan

• Puasa : wajib qada puasa
- Keluar haid sebelum maghrib ( batal ) , keluar selepas subuh ( batal ) ,
- Suci sebelum subuh tapi tidak mandi ( sah puasa ) .
- Dapat pahala jika tinggalkan puasa

• Membaca & menyentuh alquran : diharamkan walaupun 1 huruf tapi jika niat zikir, doa naik kenderaan , doa bila mendengar berita kematian dibolehkan
- Melihat quran dibolehkan
- Membawa al quran haram melainkan dibawa bersama barangan lain.

• Berhenti didalam masjid : haram berhenti, duduk, tidur, beriktikaf dalam masjid.
- Lalu sahaja didalam masjid harus jika ada hajat, duduk atau berhenti di tempat sembahyang selain masjid seperti surau, musalla, madrasah, padang dll dibolehkan..

• Bersuci : orang yang berhaid diharamkan mengambil wudhuk dan mandi wajib jika belum kering.

Lelaki :

• Persetubuhan : haram ketika haid
- wajib mandi terlebih dahulu sebelum bersama.
- Dilarang bersama jika belum mandi wajib.
- Bagi yang bersama ketika haid, sunat membayar kifarat 4.25 gram emas.

• Talak : haram talak isteri ketika haid tapi talak dikira dan ia berdosa
- Suami perlu rujuk @ dipaksa untuk rujuk

• Berseronok antara pusat dengan lutut
- haram walaupun tidak bernafsu.
- Berseronok dengan anggota di atas pusat atau di bawah lutut dibolehkan.
- Hukum bergurau sehingga bawa kepada persetubuhan juga dikira haram.
- Sama juga jika isteri menggauli suami dengan anggota tersebut juga hukumnya haram.
- Lutut juga termasuk dalam kategori haram.

k) Orang yang berhaid :

- wajib memakai kain ketika bersama suami
- wajib membasuh darah jika terkena pada pakaian
- boleh melayani suami, boleh melaksanakan tugas seperti biasa
- boleh berbaring dalam satu selimut
- sunat memakai pakaian khas untuk orang haid
- harus makan bersama dengan orang yang suci
- boleh menghadiri orang sakit mati
- boleh dinikahkan, boleh tengok akad nikah
- boleh menghadiri hari raya dan jemputan orang islam
- boleh mendengar al quran


2. Mutahayyirah

Darah yang keluar tanpa diketahui kadar, masa dan warnanya dan ia merumitkan ahli fekah untuk menetapkan hukum.

a) Perkara yang perlu dijaga :
- ia perlu solat dan puasa
- tidak boleh ( haram ) membaca dan membawa mushaf
- haram bersetubuh dengan suami
- ia wajib mandi setiap kali solat fardhu
- wajib menyumbat kapas ke dalam faraj ketika hendak bersolat
- suami wajib membayar nafkah kepadanya.

3. Nifas
Darah yang keluar dari faraj perempuan sejurus keluar anak atau selepas bersalin

a) Tempoh nifas
- paling pendek masa 1 titik darah dan paling panjang 40 hari.
- ada yang mengatakan 60 hari.

b) Masalah berkait dengan nifas
- Melihat darah keluar sebelum 15 hari bersalin - dikira darah nifas
- Melihat darah keluar selepas 15 hari bersalin - dikira darah haid
- Darah keluar 2 hari sahaja kemudian kering selama 15 hari dan lebih, kemudian
keluar semula, darah yang keluar awal dikira nifas dan yang kedua dikira haid.

c) suci sebelum 40 hari
- wajib solat, puasa.
- sunat suami tidak menyetubuhinya sebelum 40 hari.

d) darah turun selepas 60 hari
- dikira sebagai darah istihadhah ( sakit )

e) darah yang keluar semasa bersalin@ ketika keluar bayi - tidak dikira sebagai darah nifas

f) Hukum keguguran
- jika ia melahirkan bayi yang mati atau keluar seketul daging sama ada berbentuk
manusia ataupun tidak, maka dikira hukum nifas kepadanya.

g) hukum nifas anak kembar
- dikira nifas selepas keluar anak terakhir...darah yang keluar antara anak pertama
Hingga terakhir dikira sebagai darah sakit ( fasad )

h) Hukum pembedahan
- dikira nifas jika darah keluar dari rahim.
- dikira darah sakit jika keluar dari perut.

i) Adakah perlu mandi wajib jika lahirkan anak tanpa ada darah nifas ?
- wajib mandi kerana anak dihukumkan seperti air mani yang keluar.

j) Apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita nifas?
- sama seperti wanita haid


4. Istihadhah
Darah yang keluar bukan pada waktu haid atau nifas

a) Jenis darah istihadhah
- darah yang keluar kurang dari 1 hari 1 malam
- darah yang keluar lebih dari 15 hari
- darah yang keluar sebelum usia 9 tahun
- darah yang keluar selepas nifas 60 hari
- darah yang keluar bukan pada waktu kebiasaan haid dan nifas

b) Keadaan wanita istihadhah
- tidak dapat membezakan antara darah yang keluar sejak dari awal turun darah
( haidnya dikira sehari semalam sahaja )
- dapat membezakan darah yang keluar sejak dari awal turun darah
(dikira berdasarkan jenis darah yang keluar - jika bersifat seperti haid, dikira haid)

c) Hukum wanita yang istihadhah ( ada darah penyakit )
- wajib sembahyang dan berpuasa
- wajib membasuh faraj dan membalut atau menyumbatnya dengan kapas
- wajib berwudhuk setiap kali setelah masuk waktu solat ( tidak boleh wudhuk
sebelum masuk waktu solat )
- wajib segera solat setelah mengambil wudhuk

d) Ada kemusykilan

: jika darah berhenti
- sebelum solat : batal wudhuk
- semasa solat : batal wuduk dan solat
- selepas solat : batal wudhuk tetapi sah solat
- wajib membasuh faraj setiap kali hendak bersolat
- wajib mandi 1 kali sahaja iaitu ketika haid berakhir.
- boleh masuk dan beriktikaf di dalam masjid
- harus suami bersama dengan isteri ketika istihadhah


Rujukan :
Kitab Al-Ihathoh : Persoalan haid, nifas & istihadhah
Karangan Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

6 comments:

  1. Perkonsian yg amat baik nomie... boleh dijaikan panduan mana yg masih tak faham..

    ReplyDelete
  2. oit kak normi..mak buyong sehat ke tu ;p

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  4. terima kasih sebab sharing kak...name jek mmg tiap2 bulan dtg period tapi ade gak ilmu yg kite tak tau atau 'terlupa' heheeheheh.....

    yg pasti skrang ni fobia kalo period lambat dtg heheehh...takut dayyan dpt adik plak hehehehe.....baru mule misi nak slim kan badan ni heheehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails